PART 7 : AKU YANG RANCANG

1.7K 47 7
                                    

TERJAGA daripada tidur pantas Izyan memandang sekeliling. Melihat orang yang dicari tiada terus dia bangun lalu menuju ke almari. Sebaik pintu dibuka berpuluh pakaian kelihatan tergantung.

Kebanyakannya kemeja. Semua pakaian lelaki.
Badan kembali dipusing, mengamati bilik. Baru dia sedar, ini bilik tidur lelaki. Dan tidak lain tidak bukan lelaki itu pasti Zahrin.

Ah, teringatkan lelaki itu hatinya kembali sakit. Apa Zahrin fikir dengan video itu sudah berjaya mengugutnya?

Silap!

Setiap pakaian dibelek lalu tangannya menarik sehelai sweater. Usai menyarung ke tubuh, langkah diatur ke pintu. Mahu melarikan diri. Tidak betah dia berlama-lama di sini. Saat tombol dipulas, dahi berkerut.

Pintu dikunci!

​"Zahrin!"

Tangan menepuk kuat pintu. Tetapi tiada balasan. Kaki menuju ke tingkap. Langsir diselak. Suasana senja pagi kelihatan.

​"Argh!"

​Tak guna!

Grill dipasang pada tingkap. Bagaimana dia mahu keluar? Kaki kembali bergerak ke katil. Telefon dan kad pengenalannya diambil kemudian dia ke pintu.

​"Bukak pintu ni!"

Sebelah tangan memulas tombol dan sebelah lagi menepuk kuat daun pintu. Tidak dihirau kesakitan yang mula terasa. Walau apa pun yang jadi dia perlu keluar dari tempat jahanam ini. Makin lama di sini, entah apa yang akan jadi.

​Zahrin!

Lelaki itu tidak boleh dipercayai sekarang. Dulu mungkin ya. Sekarang tidak. Dia tahu kemunculan Zahrin bukan sekadar saja-saja. Mungkin mahu menuntut sesuatu. Maklumlah pengakhiran hubungan mereka tidak berapa baik. Dia yang mulakan semuanya.

​Mendengar pintu di buka dari luar, kaki berundur setapak ke belakang. Terbuka saja pintu, laju dia menerpa.

"Lepaskan aku! Apa hak kau nak kurung aku?"

​Ditepis tangan yang cuba menahan. Hampir terjatuh dia apabila ditolak. Dipandang tajam Zahrin. Sedikit terkejut dengan perubahan lelaki itu. Dulu Zahrin tidak sekasar ini.

​"Sekali kau dah masuk tempat aku kau ingat semudah tu aku nak lepaskan kau?"

​"Kau yang bawa aku."

​"Kau silap."

​Malas mendengar, Izyan cuba meloloskan diri lagi tetapi gagal. "Kau nak apa sebenarnya?"

Dipandang lelaki yang memakai tshirt berkolar hitam itu.

​"Aku dah cakap semalam."

​Izyan tergelak. Gelak menganjing. "Aku dah ada Rafiqi."

​"Dia bukan suami kau."

​"Kau pun dah ada Rosewarda."

​"Lelaki boleh kahwin empat."

​Gigi diketap geram. "Kenapa kau masih tak move on? Kisah kita dah bertahun habis."

​"Sebab aku nak tengok kau derita. Aku tak nak tengok kau bahagia dengan jantan lain. Tengok kau kahwin, ada anak. Aku tak nak tengok tu semua."

​Terdiam.

​"Ya, aku masih tak move on dengan kau."

​"Aku minta maaf..." Perlahan. Tahu kata maafnya sudah terlambat, tapi itu jalan terbaik untuk meleraikan hubungan mereka. Untuk melembutkan hati Zahrin.

​"Aku tak nak terima maaf kau. Yang aku nak, kau. Selagi aku tak boleh balas apa yang kau buat pada aku, selagi tu aku tak akan tenang."

​"Kenapa kau nak rumitkan keadaan? Kenapa kau nak kena muncul sekarang?"

​"Sebab aku sekarang bukan lelaki bodoh yang tergila-gilakan kau lagi."

​Nafas ditarik panjang. Cuba untuk tenangkan diri. Dia seolah dapat melihat api dendam yang menyala pada bebola mata Zahrin. Dia yang memilih untuk meninggalkan lelaki itu dulu di saat Zahrin benar-benar ikhlas mencintainya. Dan jika sampai sekarang lelaki itu belum terima kenyataan dia faham.

​Ditinggalkan dengan alasan yang cukup bodoh, di saat si lelaki bertungkus lumus mencari duit...bukan mudah untuk diterima Zahrin.

​"Aku kembali sebab nak musnahkan hidup kau."

​"Apa yang aku perlu buat untuk kau maafkan aku?"

​"Kahwin dengan aku dan kau akan tahu apa nasib kau."

​Tak akan!

Sudah tahu ada derita menunggu, takkan sesekali dia menerima Zahrin. Ibarat dia melompat ke dalam lubang yang digali sendiri.

"Aku nak balik. Mama dah risaukan aku." Tukar topik.

​"Setahu aku kau dah kena halau."

​Dipandang Zahrin. Bagaimana lelaki itu tahu?

​"Antara kita dah tak de apa-apa lagi. Kau tak berhak ambil tahu pasal kehidupan aku."

​"Setuju atau tak untuk jadi isteri aku?"

​"Aku tak nak!" Izyan cuba untuk keluar tetapi gagal apabila terhalang dek tangan Zahrin yang menahan pintu.

"Kau jangan melampau. Lepaskan aku."

​"Bila kau dah jadi milik aku."

​"Apa kau merepek ni? Terimalah hakikat aku dah ada Rafiqi."

​"Mana dia sekarang?"

​Terdiam.

​"Kalau dulu kau boleh permainkan aku, sekarang satu benda aku nak ingatkan kau...aku dah tak sebodoh dulu."

​"Kau betul-betul dendam dengan aku?"

​"Aku nekad nak tengok kau derita depan mata aku."

​"Aku nak solat!" beritahu Izyan apabila pintu mahu ditutup. Hanya beberapa saat Zahrin memandangnya sebelum pintu kembali ditutup.

​"Argh!"

Stress!

Kaki mula ke hulur ke hilir. Berfikir cara untuk melarikan diri. Apa yang terjadi kali ini sungguh tidak pernah terfikir akan terjadi. Bekas kekasih yang putus beberapa tahun lepas kembali untuk membalas dendam.

​Dan melihat pada kedudukan yang dimiliki lelaki itu dengan keadaan dirinya sekarang, rasa takut itu muncul.

​Mendengar pintu dibuka Izyan kembali ke sana. Tidak sempat berkata apa, sebuah beg yang dicampak segera disambut.

Telekung.

​Pintu ditutup.

DENDAM BEKAS KEKASIHWhere stories live. Discover now