PART 1 : KITA KEMBALI BERJUMPA

1.3K 40 4
                                    

"AKHIRNYA...Rosewarda tunjuk juga muka tunang dia. Patutlah selama ni sorok. Dapat yang herlok rupanya! Sesuailah dengan dia yang jutawan. Tunang dia tu pun dengar kata jutawan jugak. Habislah dia nanti kalau tak pandai jaga..."

​Izyan yang mendengar mula menjulingkan mata hitam ke atas. Macam mak cik bawang.

Kuat bergosip!

Tak padan dengan lelaki, mengalahkan dia yang perempuan.

​"You kenal tak tunang dia?"

​"Manalah I kenal. Tunang dia pun I tak tahu sape." Malas Izyan menjawab lalu menyisip air minumannya yang masih berbaki.

​"You ni kalau bab-bab artis Malaysia tak pernah nak ambik tahu." Merungut.

​"You ingat I ada masa nak ambik tahu bab-bab retis ni. Kerja I kat opis berlambak lagi tau."

​Itulah dirinya. Kerja, keluarga dan teman lelaki. Hanya itu yang difikirkan. Selebihnya dia tidak mahu ambil tahu. Benda tiada kepentingan. Buat rugi masa.

​"Cuba you tengok tunang dia. Mana tahu kenal. Silap-silap client you."

​Geram dengan desakan Rafiqi, Izyan melemparkan pandangan pada televisyen yang terpasang di kafe. Rata-rata pelanggan memang menumpukan perhatian pada berita panas ini.

Untunglah jadi retis, mahu kahwin pun masuk berita. Lepas tu mengandung pun masuk berita. Kemudian beranak pun masuk berita. 

​Argh, siapa saja yang tidak mahu terlepas berita tentang perkembangan Rosewarda, seorang usahawan dan selebriti yang sangat terkenal di Malaysia. Walaupun dia tidak minat dengan dunia hiburan, tetapi populariti yang dikecapi Rosewarda sedikit sebanyak dalam pengetahuannya.

​Rosewarda...nama yang mula meningkat naik selepas menjuarai satu pertandingan realiti. Kemudian nama itu makin menaik apabila menceburi dunia lakonan dan pengacaraan seterusnya dilantik menjadi duta produk kecantikan antarabangsa.

​Kejayaan Rosewarda membuatkan banyak media dan peminat sering menantikan perkembangan terbaru terutama mengenai jodohnya. Dan kini, semuanya terjawab.

​Mata Izyan mula melirik pada wajah Rosewarda di kaca televisyen. Sebagai wanita, dia tidak mampu menafikan yang gadis itu sangat cantik. Tambahan Rosewarda seorang yang berdarah campur.

​"Kami dah lama kenal, satu kampung. Tapi habis SPM masing-masing bawak haluan sendiri. Cuma tak sangka, atas takdir Allah, kami berjumpa balik..."

Dipasang telinga mendengar kata-kata Rosewarda. Melihat kamera mengfokuskan pada wajah seorang lelaki di sebelah gadis itu, kerutan halus mula terbentuk di dahi. Lelaki itu dipandang. Cuba untuk mengingat sesuatu.

​"Zahrin lelaki terbaik yang pernah saya kenal. Dia penyayang, penyabar, caring...dia faham kerjaya saya..."

​Membulat mata Izyan saat sepotong nama itu masuk ke gegendang telinga. Ya, dia sudah ingat.

Lelaki itu!

Apa dia salah orang? Wajah itu ditatap.

Ya, dia salah orang. Yakin!

Lelaki yang terlihat di skrin televisyen sangat berbeza dengan lelaki yang pernah dikenalinya. Tak mungkin dia.

Pelanduk dua serupa? Itu pasti. Tapi saat mata menangkap sebaris mana yang tertera, liur ditelan.
​Ahmad Zahrin Rakin!

​Nama itu sama. Apa ini hanya kebetulan? Ya, dia percaya ini hanya kebetulan. Kebetulan semata-mata. Kalau di dunia ni ada tujuh yang berwajah serupa, setakat nama yang sama pasti berlambak.

​"Sayang, you kenal tak?" Soalan diulang lantas mematikan lamunan Izyan.

​"Tak. Kenapa?"

​"I ingat you kenal. Dah viral dah tunang dia kat twitter. Laju netizen pergi spotcheck background dia. Memang jutawan rupanya. Dia banyak buat bisnes. Tapi yang mainnya ZR Automotive tu. Tak sangka owner dia muda lagi. Tapi yang bagus, dia berjaya atas usaha dia sendiri. Dulu dia susah, kerja makenik je sekarang dah jadi tauke..."

DENDAM BEKAS KEKASIHWhere stories live. Discover now