SPECIAL TEASER 3

1.1K 19 0
                                    

SEDANG dibuai mimpi, sesuatu yang merayap pada pipi dan seterusnya turun ke leher buat Izyan terjaga mengejut. Celik saja mata, wajah Zahrin berada beberapa inci. Tubuh yang ingin bangkit kaku.

​"Siapa suruh tidur?"

​Muka disapu. "Sorry, saya mengantuk."

​Itulah Zahrin, mahu tidur pun dia perlu minta kebenaran. Kalau lelaki itu tidak bagi, tidak tidurlah dia. Tapi setakat ini tidak pernah lagi dia sampai tidak dibenarkan tidur. Cuma sebelum tidur itu ada saja idea Zahrin.

​"Aku lapar."

​Ini salah satunya. Dibuang rasa mamai. "Dah pukul berapa?"

​"Tiga."

​"Hah?" Wajah berkerut. Mengeluh. "Pagi nantilah saya masak."

​"Sekarang!"

​Terus ditolak wajah itu. Izyan bangkit. "Penat saya tak hilang lagi. Seharian saya kemas rumah. Pukul 2 tadi baru saya tidur. Sekarang awak kejutkan saya suruh masak pulak." Bebel.

​"Habis takkan nak kejutkan mak?"

​"Boleh tak bagi saya rehat malam ni? Saya penat sangat."

​"Lepas kau masak."

​"Esok ya. Cakap je awak nak makan apa, saya masak."

​"So, aku kena tunggu sampai esoklah? Kau lebih utamakan ngantuk kau dari perut suami kau yang tengah lapar ni? Kau tahukan aku kalau lapar macam mana?"

​Benci! Tak pernah tak sakit hati kalau bercakap dengan Zahrin.

​"Awak pergi mana?" soal Izyan ingin tahu. Zahrin keluar rumah pada jam 10 malam. Sehingga jam dua pagi, sewaktu dia mahu tidur lelaki itu masih belum pulang.

​"Aku tak perlu beritahu kau mana aku nak pergi. Yang aku boleh beritahu sekarang aku lapar. Jangan buat aku ulang benda sama banyak kali. Bukan kau je penat, aku pun penat."

​"Nak makan apa?" Mengalah!

​"Apa-apa je."

​"Saya tak akan masak kalau awak jawab macam ni." Tegas.

Tahu sangat permainan Zahrin. Bila dia sudah siap masak, mulalah lelaki itu cakap mahu makan benda lain. Kemudian salahkan dia sebab tak tanya nak makan apa. Apa-apa dia yang salah!

​Zahrin ketawa. "Kau dah makin pandai sekarang. Oh lupa, aku kahwin dengan orang ada degree. Mestilah pandaikan."

​"Tak payahlah nak sindir saya. Cakap awak nak makan apa."

​Apa yang ada dalam kepala sekarang, cepat dia sediakan makan lelaki itu, cepatkan dia boleh kembali sambung tidur.

​"Laksa."

​ "Awak ni memang, kan?" Gigi diketap.

Geram! Apasal tak mintak nak makan gulai kawah terus?

​"Apa dia?" Zahrin pura-pura tidak faham. "Bahan-bahan semua dah ada kat dapur. Tinggal masak je."

​"Okey. Awak tak makan siap."

Awal-awal dia sudah bagi amaran. Tahu sangat satu pael Zahrin untuk membulinya, beria-beria suruh dia masak itu masak ini, tapi tak makan. Akhirnya makanan akan masuk mulut tong sampah. Tak pasal-pasal sudah membazir.

​"Lepaslah..." Dipandang lengannya yang dipegang.

​"Tak payah masak lagi."

​"Hah?"

​"Tunggu aku mandi. Then kita turun pergi dapur sama-sama. Aku teman kau masak." Hidung itu dicuit lalu dia bangkit.

​"Zahrin!" Tangan mencengkam comforter.
Lelaki itu sebenarnya tidak mahu bagi dia tidur malam ini.

*Terima kasih sudi baca ❤️ Jangan lupa vote ⭐ dan tambah cerita ni dalam playlist reading anda k❤️

DENDAM BEKAS KEKASIHWhere stories live. Discover now