SETIBANYA di perhentian bas, Izyan melabuhkan duduk. Bukan di sini dia mahu pergi tapi di sini juga kakinya melangkah. Sendirian, dia mula mengenang nasib diri. Kematian papa beberapa tahun lepas membuatkan hidupnya mula ditimpa malang.
Dalam masa beberapa tahun pelbagai masalah melanda.
Penutupan satu persatu resort dan butik yang diusahakan mama. Penutupan restoran francais. Hutang sana sini. Dengan mama kahwin lelaki yang sebayanya lagi. Bercinta dengan lelaki lain, kahwin dengan lelaki lain. Ada lelaki yang mama bercinta sewaktu papa masih hidup. Kedengaran macam dalam drama tapi itulah yang berlaku dalam keluarganya.
Hubungan suami isteri antara papa dengan mama sudah lama renggang. Sewaktu dia remaja lagi. Tetapi kerana memikirkan dirinya, papa dengan mama mengambil keputusan untuk tidak bercerai tetapi membawa haluan masing-masing. Walaupun satu rumah, mereka seperti orang asing, tidur pun di bilik yang berbeza.
Tapi dia tidak kisah, selagi papa dan mama bersamanya....merekalah kekuatannya. Sehingga papa meninggal, beberapa bulan kemudian mama mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Khair walaupun dia membantah habis-habisan.
Dia tidak berapa mengenali Khair tapi dia tahu lelaki itu tidak jujur dengan mama. Dia yakin.Dua tahun perkahwinan mereka, sudah berjuta duit mama habis untuk Khair. Belikan kereta, rumah, tanah, barangan mewah, tanggung keluarga Khair dengan bawa pergi umrah dan bercuti. Malah memberikan jawatan tertinggi dalam syarikat untuk Khair.
Dan perlahan-perlahan duit yang disimpan habis begitu saja. Sekarang, keluarganya diisytihar muflis. Beberapa rumah, kereta terpaksa dijual untuk membayar hutang.
Pon...pon...pon
Bunyi itu mematikan lamunan Izyan. Melihat Honda HR-V warna rallye red berhenti, pantas dia bangun.
Rafiqi!
"Sayang you buat apa kat sini?" Cermin tingkap diturunkan.
"You yang buat apa kat sini?"
Soalan dibalas soalan. Gembira sebenarnya dapat berjumpa kekasih hati. Melihat Rafiqi keluar kereta, bibir mula tersenyum. Lelaki ini bakal penyelamat dan pelindungnya.
"I nak pergi rumah youlah. I call you dari tadi you tak angkat."
Telefon? Pantas tangan meraba seluar. Telefonnya ada dalam poket. Dia lupa mahu tinggalkan. Telefon dikeluarkan. Patutlah dia tidak dengar, telefonnya sudah kehabisan bateri.
"Kenapa sayang? Gaduh dengan mama lagi?"
Teka Rafiqi saat melihat wajah muram Izyan. Melihat gadis itu kembali duduk di bangku, dia menurut.
"It's over Fiq. I dah tak de apa-apa."
"What you mean?"
"Keluarga I dah bankrupt. Mama pulak dah halau I sebab jantan tak guna tu."
"Ya Allah..." Terdiam Rafiqi beberapa saat.
"I dah tak tahu nak buat apa sekarang, nak pergi mana. You tahu kan I dah tak de sape-sape."
"Habis I ni apa? You ingat I akan biar you macam tu je?"
"You nak bawak I balik rumah you? No way!"
Rafiqi tergelak. "I tak gila lagi nak bawak you balik rumah I."
"Yelah mana tahu kalau dah terdesak sangat."
"Nolah sayang. Mana I nak letak housemates I kalau bawak you balik. Lainlah diorang tak de, I on je kalau you sanggup auch..." Berkerut muka Rafiqi menahan sakit apabil perutnya dipulas.
"You cakap lagi macam ni, siap you." Awning tudung diperbetulkan apabila ditiup angin.
"I gurau je, itu pun nak marah."
Dipandang Izyan yang mengenakan pleated shawl dengan penuh rasa cinta. Gadis tercantik yang pernah dia jumpa. Perubahan penampilan Izyan disaksikan olehnya. Bermula dengan free hair, perlahan-lahan gadis itu merubah penampilan.
Semuanya selepas Izyan kehilangan ayah. Namun begitu, masih ada satu yang kekal. Walaupun kelihatan lembut tetapi gadis itu tetap seorang yang tegas.
"Kan I dah janji selagi kita belum kahwin I tak akan buat apa-apa pada you. Kita islam, kan? Berdosa."
"Nasib sedar diri."
"I sentiasa sedar diri. You yang tak sedar diri. Kenapa cubit I tadi? You dah sentuh I. I pun tak pernah sentuh you. You kena bertanggungjawab. Hilang kesucian perut I."
Tidak dapat menahan, Izyan tergelak. Hilang sekejap masalah yang menghantui diri apabila bersama Rafiqi. Lelaki itu tahu bagaimana mahu menceriakan harinya.
"Dah jom."
"Nak pergi mana?"
"Balik rumah I lah."
"Fiq!"
Rafiqi ketawa lagi mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik.
"Jom, I carikan you hotel. You stay sana beberapa hari sementara I carikan you rumah sewa."
Terharu! Saat dia jatuh, Rafiqi menghulurkan tangan untuk membantu. Kalau tiada lelaki ini entah apa nasibnya.
"Dah, tak payah nak buat muka terharu nak ucap terima kasih ke apa. I tak nak dengar lagi, I nak dengar masa first night kita...masa tu tahulah I nak buat apa kat you."
Pintu kereta dibuka. Sebelum masuk jelingan diberikan pada lelaki itu.
Suka bergurau macam tu!
"Kita pergi makan dulu boleh?" Pinta Izyan apabila melihat Rafiqi mula mengeluarkan telefon. Dapat dilihat lelaki itu membuka aplikasi WhatsApp.
Angguk.
"You nak WhatsApp siapa?" tegurnya apabila Rafiqi kelihatan fokus dengan telefon.
"Nothing." Telefon kembali disimpan.
"Jom pergi makan. Kesian sayang saya dah lapar."
Izyan senyum. Gembira apabila permintaannya dituruti.
YOU ARE READING
DENDAM BEKAS KEKASIH
Romance"Awak pergilah cari perempuan yang boleh terima diri awak. Yang betul-betul setaraf dengan awak. Yang ada SPM, yang kerja gaji RM 1000 sebulan, yang ada motor buruk! Bukan cari perempuan yang high maintenance macam saya. Tolongkan sedar diri, awak m...