AZ 12

29.1K 772 10
                                    

Erina termenung melihat Airil yang tidur nyenyak di sebelahnya selepas menangis tadi. Lingkaran hitam di bawah mata Airil kelihatan sangat jelas.

'kau kena tolong dia Erina. You must help him. Kalau kau tak lari hari tu, dia tak akan jadi macam ni.' getus hati Erina.

Dia melihat badan Airil yang semakin susut.

"Baru dua minggu awak dah kurus macam ni. Mana otot-otot saya?" Bisik Erina.

Airil sengih.

"Hahh! Awak bangun!" Erina menjerit terkejut.

Airil ketawa. Dia menarik Erina rapat dengannya.

"Sleep sayang. Pelik lah kalau awak tenung saya macam tu." Kata Airil lembut.

Erina mengucup pipi Airil.

Airil membuka matanya melihat Erina.

"Saya akan bantu awak dapatkan syarikat awak balik." Kata Erina yakin.

Airil senyum saja.

"Awak tak percaya?" Soal Erina.

Airil menggeleng kepala.

"Saya belajar Perniagaan tau dulu masa sekolah." Kata Erina yakin dengan otaknya.

"Hmmm .. yeke." Balas Airil sekadar melayan Erina.

"Iye." Balas Erina dengan senyuman bangga.

"Okey." Airil mengucup dahi Erina.

Erina senyum. Dia sudah banyak berfikir tentang rancangan baik dan buruk.

___


Airil terjaga dari tidur. Sudah lama dia tidak tidur nyenyak seperti itu.

Diam-diam dia memerhati wajah tidur Erina. Senyumannya terukir lega.

'syukurlah bukan mimpi.' getus hatinya.

Dia memeluk Erina lalu membiarkan Erina tidur dalam pelukannya.

Pagi itu Airil mengemaskan barang-barang mereka untuk pergi ke rumah orang tuanya.

"Sayang dah siap?" Soal Airil.

"Sikit lagi!" Balas Erina.

Airil menarik bagasinya keluar dari bilik. Erina turut mengeluarkan barang-barangnya.

Bilik itu mereka kosongkan lalu pergi ke rumah Tuan Andie.

Erina kagum Airil masih memiliki keretanya.

"Lepas ni saya akan sibuk. Awak tunggu kat rumah je tau dengan Mama." Kata Airil.

Erina mengangguk faham. Dia melihat Airil lama.

"Airil." Panggilnya.

"Hmmm?" Balas Airil .. dia fokus ke pemanduannya.

"Airil Zafran."

Airil memandang Erina sekilas. Baru pertama kali Erina sebut nama penuhnya.

"Nak apa sayang? Sampai sebut nama full saya." Kata Airil kekok.

"Tak ada apa. Saja nak sebut." Kata Erina lalu senyum.

Airil senyum manis.

Setidaknya melihat Erina dapat membuatkan beban hatinya sedikit ringan.

Mereka tiba di rumah Puan Rasya.

Puan Rasya terus berlari memeluk Airil sejurus selepas Airil keluar dari kereta.

"Kesian anak mama. Siapa buat kamu macam tu? Hmmmmm? Siapa yang kejam sangat ni?" Soal Puan Rasya dengan nada sebak.

"Yang .. biarlah diaorang masuk dulu." Kata Tuan Andie dari depan pintu.

Airil Zafran (COMPLETED)Where stories live. Discover now