AZ 35

18.1K 538 19
                                    

Selepas mendengar berita itu Erina datang ke balai polis untuk melihat anaknya dan dua orang yang mengaku sebagai pekerjanya.

Erina mengambil Aerina dari dukungan polis.

"Aahhh .. syukurlah anak mama." Ujar Erina lega. Dia mengucup pipi Aerina.

Detektif itu senyum melihat Erina dengan anaknya.

"Puan, kami perlukan puan untuk mengecam dua orang ni." Kata polis itu lalu membawa Erina ke penjara tahanan.

Erina melihat Haris dan Kyle dengan wajah yang terkejut. Haris merenung Erina lama.

"Ye. Diorang pekerja saya, yang Encik Haris tu pemandu kereta saya, Encik Kyle pula tukang kebun." Kata Erina dengan nada lega.

Haris senyum.

"Kan aku dah kata! Kitorang ada kat dalam kereta tu masa lelaki tak guna tu ugut kami!" Kata Haris dengan serius sekali.

Polis terpaksa melepaskan mereka kerana kekurangan bukti kukuh.

"Puan dan pekerja puan boleh pulang ke rumah, tapi pihak polis masih akan terus mengawasi Puan sampai suami puan dijumpai." Kata polis itu lalu membenarkan mereka pergi.

Mereka semua keluar dari balai polis.

"I need an explanation later." Bisik Erina lalu berjalan dengan sayu menuju ke keretanya.

Detektif Zack terus memerhatikan tiga orang yang kelihatan sangat mencurigakan.

"Tuan Detektif." Polis lain menegurnya.

"Keep an eye on them." Arah Detektif Zack.

Polis itu mengangguk lalu masuk ke dalam.


Selepas mendengar cerita Haris, Kyle terus marah kerana dia tidak diberitahu apa-apa mengenai rancangan yang satu itu.

Erina hanya diam, dalam hati berdoa untuk keselamatan Airil.

Haris dan Kyle masih lagi bergaduh berlawan mulut.

"Dia akan selamat kan?" Soal Erina risau.

Haris dan Kyle segera berhenti bergaduh.

"Yes, jangan risau." Balas Haris dengan yakin. Sejujurnya dia juga menentang rancangan gila Airil pada mulanya. Tapi Airil yang mempunyai sembilan nyawa itu tetap mahu melanjutkan rancangannya.

"Tsk. Lelaki gila tu." Kyle mengeluh lalu duduk di sofa dengan selamba.

Erina naik ke tingkat atas untuk memeriksa anak-anaknya. Dia masuk ke dalam bilik yang menempatkan anak-anaknya.

Bilik itu sangat bersepah dengan mainan bayi yang selalu Airil bawa pulang selepas beberapa minggu keluar bekerja.

"Apa lah Papa kamu tu. Degil, orang suruh diam tak nak. Nak juga buat kerja gila, mama macam nak gila dah dengar rancangan gila papa kamu tu." Omel Erina, dia mengemaskan semua mainan anaknya.

"Jatuh dari jurang? Gila ... Airil memang gila. Saya pun boleh gila Airil." Air mata Erina mengalir.

Dia sangat takut jika ada apa-apa yang terjadi pada Airil.

"Kalau dia balik nanti Mama akan marah dia puas-puas." Ujar Erina lalu mengelap air matanya.

Haris berdiri bersandar di luar pintu mendengar bebelan Erina. Dia sengih.

'kalau boleh, aku pun nak pukul-pukul dia. Tumbuk muka dia sampai lumat.' getus hati Haris.

___


Sebulan berlalu dan masih tiada berita mengenai mayat Airil.

Hari itu polis datang ke rumah Erina untuk memeriksa mereka dan juga memberikan berita.

Detektif Zack memeriksa rumah itu. Selepas selesai dan berpuas hati dia kembali ke ruang tamu bersama dengan Erina.

Detektif Zack memandang Erina lama. Sejujurnya dia masih tidak percaya dengan laporan itu. Laporan menyatakan bahawa ada secebis baju yang kelihatan seperti baju kemeja yang dipakai oleh Airil.

"Saya nak bagitahu Puan tentang laporan mengenai kes ini. Suami puan dah meninggal di jurang hari tu. Jadi puan dah bebas dari ancaman dia. Tahniah." Detektif Zack sengaja mengucapkan tahniah dengan nada yang ceria untuk melihat reaksi Erina.

Namun Erina sudah pakar dengan lakonan. Kalau boleh, dia sudah boleh menerima anugerah Best Actress of the years.

"Alhamdulillah." Erina senyum lega. Dia melihat Selina dengan senyuman gembira. Selina mengangguk dengan senyuman.

Detektif Zack kagum. Dia hampir terpedaya.

"Good afternoon Puan. Kami akan kembali sekarang." Kata Detektif itu lalu keluar dari rumah.

"Syukurlah kan!! Dia dah tak ada.." Erina memegang tangan Selina, sengaja menguatkan suaranya.

Detektif Zack menoleh melihat Erina sekejap baru ia pergi.

"This is insane. The whole family is fucking insane." Ujar Zack sambil berjalan pantas menuju ke kereta. Dia segera pergi dari rumah itu.

"Ada apa-apa berita?" Soal Erina.

Ashril merangkak menuju ke arahnya. Kedua-dua anaknya sudah mula pandai berdiri.

"Masih belum ada." Jawab Haris dengan nada kecewa.

"Aku nak ke Office jap." Erina mengangkat begnya lalu mengambil Ashril.

Haris mengambil Ashril daripada Erina.

"Jangan bawa anak-anak puan." Kata Haris sambil merenung Erina tajam.

Selina mengambil Ashril daripada Haris.

"Jangan cakap macam tu lah." Kata Selina.

Haris terus diam tidak melawan cakap Selina.

"Kau ingat aku nak larikan diri ke?" Soal Erina dingin.

Haris mengangguk tanpa teragak-agak.

"Kau kan memang macam tu." Kata Haris sinis. Selina mencubit lengan Haris. Haris langsung tidak melatah dicubit Selina.

"Aku boleh lari tinggalkan anak-anak aku lah." Kata Erina marah.

Haris ketawa sinis.

"Aku tak percaya lah Puan. Kau sebagai seorang mak yang masih menyusukan anak, takkan tinggalkan anak-anak kau. Lainlah kalau kau ni dah tak sayangkan Airil dan anak-anak kau." Ujar Haris.

Erina senyum sinis lalu berjalan keluar dari rumah itu. Dia terus memandu menuju ke syarikatnya.

"Kenapa awak cakap macam tu?" Selina memandang Haris tajam.

Haris senyum lalu mengusap kepala kecil Ashril.

"Supaya dia tak berfikir nak larikan diri lagi." Balas Haris lalu memeluk Selina.

"Tsk. Awak melampau tau tak." Selina menolak Haris.

Haris ketawa kecil.

Erina menangis dalam keretanya.

"Bodohlah!! Aarghhh!!" Stereng kereta itu dia hentak dengan kuat.

Kelajuan keretanya semakin laju dan laju lagi.

"Please aku penat lah Airil!!" Jerit Erina lalu berhenti secara mengejut di tepi jalan.

Dia menyandarkan kepalanya di stereng.

"Kau ingat aku nak ke tinggal dengan kau macam ni? Kalau kau balik nanti aku akan minta cerai." Ujar Erina hanya untuk menenangkan dirinya.








TBC

Vote ..

Sorry tak kemas. Bab ni hilang(ᗒᗩᗕ)

Airil Zafran (COMPLETED)Where stories live. Discover now