AZ 30

21K 603 11
                                    

Erina mengikut Airil ke pejabatnya. Airil meletakkan semua asetnya ke Nama Erina. Dia kini tidak memiliki apa-apa. Bahkan syarikat keluarganya juga dia berikan kepada Erina.

Erina semakin yakin Airil akan meninggalkannya selepas menerima semua kenyataan itu.

"Airil! Saya tak nak semua ni!" Jerit Erina lalu meletakkan semua fail itu di atas meja Airil.

Airil senyum.

"Awak mesti ambil semua ni. It's for you, me and our child support." Kata Airil.

Erina mula menangis kerana takut Airil akan meninggalkan dia selamanya.

"Tak nak Airil! Jangan tinggalkan saya." Jerit Erina lalu berjalan ke sebelah meja. Dia terus memeluk Airil erat, dia naik ke atas peha Airil dengan selamba.

Airil ketawa kecil mendengar kata-kata Erina. Ahhh puas hati nya!

"Awak suka? Saya rasa puas hati sangat. Akhirnya awak rasa apa yang saya rasa selama ni. How is it?" Soal Airil sambil mengusap kepala Erina.

Erina diam dan terus menangis.

"It's awful." Bisik Erina.

"Sayang Saya ..."

PAKK!

Kyle merempuh masuk ke dalam pejabat Airil. Apahal manusia ni tak reti ketuk pintu?

"Airil! Polis on the way. Diorang dah pecah masuk rumah kau." Kata Kyle dengan nada tergesa-gesa.

"Dah sampai masanya." Airil mengangkat Erina. Dia berdiri lalu berjalan dengan Erina dalam dukungannya.

"Bawa tali dan kerusi." Arah Airil lalu berjalan keluar dari pejabatnya.

Polis mula mengepung bangunan Syarikat Airil. Beberapa orang polis mengarahkan pekerja-pekerja Airil keluar.

Polis mula mencari Airil di seluruh bucu bangunan itu.

Airil menurunkan Erina di bumbung. Erina keliru kenapa mereka pergi ke sana.

Airil memegang bahu Erina. Mereka saling berpandangan.

"Apa kita buat kat sini? Polis datang nak tangkap awak? Macam mana ni?" Soal Erina risau dan cemas.

Airil masih lagi tersenyum manis. Erina benci melihat senyuman manis Airil yang itu.

"Dengar baik-baik sayang." Airil memegang bahu Erina.

"Mulai sekarang saya akan jadikan sayang sebagai tawanan saya. Sayang mesti bagitahu polis yang saya culik dan paksa sayang kahwin. Cakap yang saya selalu pukul awak. Understand?" Sambung Airil dengan tatapan serius.

Erina tergamam. Dia menolak lengan Airil.

"No way." Kata Erina tidak mahu melakukan itu.

"Kalau sayang tak buat macam ni polis akan tangkap dan mahkamah akan jatuhkan hukuman bunuh pada saya." Kata Airil.

Air mata Erina semakin deras. Kalau lah dia tahu semua ni akan terjadi dia pasti akan memberitahu cintanya dari dulu lagi.

"Okey?" Soal Airil.

Erina mengangguk perlahan. Dia tersedu-sedan menangis.

"Lepas ni tak kira apa pun nama saya, saya akan sentiasa jadi suami awak. Saya akan kembali selepas 3 bulan if lucky." Airil mengelap Air mata Erina. Hatinya sayu melihat Erina menangis seperti itu.

"Cepatlah Airil!" Jerit Kyle.

"Lahirkan anak saya Erina." Kata Airil lalu mengikat tangan Erina. Dia menarik Erina untuk duduk di kerusi lalu mengikat Erina pada kerusi.

Airil Zafran (COMPLETED)Where stories live. Discover now