AZ 16 🔞

77.9K 820 15
                                    

Airil Terjaga dari tidurnya, Kepalanya terasa berat. Dia perlahan-lahan duduk bersandar pada kepala katil.

Matanya yang masih agak kabur itu menangkap satu susuk tubuh kecil berbaring di sebelahnya, tidur dengan nyenyak.

Dia melihat pakaian Erina yang masih bersarung elok di badannya.

'thank god aku tak buat apa-apa kat dia semalam.' getus hatinya.

Dia meraup mukanya.

'apa aku nak buat? Perlu ke aku kurung je dia?'

Airil merenung Erina tajam.

"Ughh .. too much problems." Gumamnya.

Tidur tidak menyelesaikan masalahnya. Dia turun dari katil lalu berjalan ke kamar mandi. Dia memerhatikan bilik itu seketika. Sangat bersepah.

"Tch .. aku akan dapatkan semua yang sepatutnya hak milik aku." Ujarnya dengan nada yakin.

Dia masuk ke dalam kamar mandi.

Erina terjaga selepas puas tidur. Dia tidak melihat Airil di dalam bilik.

"Dia dah keluar ke? Tak kejutkan pun." Ujarnya lalu duduk dengan mata yang masih tertutup.

Mata yang tiba-tiba terbuka luas.

"Arghh!! Aku lupa bagitahu dia!! Dia nak dengar cakap aku lagi ke? Dia dah lah salah faham." Gumam Erina. Dia berfikir panjang.

"Aku akan tanya dia!" Erina turun dari katil. Bilik itu sudah bersih seperti biasa.

Dia senyum nipis. 'rajinnya.'

___


Airil menguruskan segala-galanya sendirian selama sebulan. Dia tidak berhubung dengan Erina ataupun keluarga pada masa itu.

Erina berasa sangat risau dan resah menunggu kepulangan Airil.

Haris diam melihat senyuman mencurigakan Airil itu. Bilik hotel itu terasa sangat dingin dan seram.

Airil sengih jahat melihat kertas-kertas penting di hadapannya.

"I got it!" Ujarnya bangga.

Dia juga mengupah peguamnya untuk menyaman Dato Ashraf selepas dia mengumpulkan semua bukti.

"Haris .. call Evans sekarang." Arah Airil.

"Baik tuan." Haris segera menghubungi peguam Evans.

Mereka terus bawa masalah itu ke mahkamah. Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman dan menyuruh Dato Ashraf mengembalikan semula harta Airil. Dia menerima hukuman penjara 5 tahun.

Airil sengih melihat semua dokumen yang menunjukkan dia sudah mendapat semua hartanya.

"Hah!"

Dia bangun dari duduknya. Dia melihat telefonnya. Gambar Erina dalam galerinya itu dia tatap lama.

"Aku dah boleh dapatkan dia balik." Gumamnya.

Haris masuk ke dalam biliknya.

"Tuan." Haris berdiri di belakang Airil.

Airil berpusing menghadap Haris.

"Pack all of my things and bring it to my home." Ujarnya bangga.

Haris mengangguk dengan senyuman.

"Tuan nak panggil balik semua pembantu sebelum ni ke?" Soal Haris.

Airil memandang Haris lama. Dia berfikir panjang.

"Selina. Dan semuanya. I'll discuss about it later. Bagitahu dia untuk kumpulkan semuanya." Arah Airil.

Haris mengangguk faham.

Airil Zafran (COMPLETED)Where stories live. Discover now