AZ 27

21.1K 571 2
                                    

Erina mengikut Airil pergi ke Syarikat A.R Holding Sdn BHD, iaitu syarikat milik ayahnya.

Semua pemegang saham, pelabur dan orang-orang yang menyokong syarikat itu berkumpul untuk bermesyuarat dengan CEO baru.

Airil meninggalkan Erina di lobi.

"Sayang tunggu sini tau. Tunggu sampai saya siap." Kata Airil dengan nada serius.

Erina mengangguk faham. Dia melihat tali leher Airil yang agak senget.

"Be confident Airil." Kata Erina lalu menepuk bahu Airil.

Airil senyum nipis. Erina membetulkan tali leher Airil, selepas membetulkan tali leher itu Erina menepuk dada Airil.

"Good luck." Kata Erina memberikan semangat kepada Airil.

Airil mengangguk lalu berjalan pantas menuju ke lif bersama PA Encik Andie.

Erina duduk di sofa lalu mengeluarkan telefonnya.

"Puan Isteri Tuan Airil ke?" Seseorang menegurnya.

Erina menoleh memandang ke arah suara itu. Seorang lelaki berdiri di sebelah sofa yang dia duduki.

"Ye saya." Balas Erina.

Lelaki itu senyum.

"Maafkan saya. Saya Tengku Amran." Amran duduk di hadapan Erina dengan senyuman yang senyuman yang sangat mencurigakan.

"Saya, Erina Hami." Balas Erina dengan nada datar. Dia cuba untuk bersopan dengan orang-orang di syarikat itu kerana mahu menjaga nama baik Airil.

"Puan Erina." Sebutnya dengan nada yang mendayu.

'Pahal mamat siput ni?' getus hati Erina geram.

"Jadi puan buat apa di sini? Teman suami?" Soal Amran dengan nada lembut.

"Yes. I teman Suami. Since mama mertua I baru meninggal, I tak boleh biarkan suami sendiri." Kata Erina juga dengan nada lembut.

Tengku Amran tergelak kecil.

"Hmm .. nampaknya Puan sayang sangat dengan suami." Kata Amran.

Erina bertentangan mata dengan Amran. Walaupun mereka berdua saling tersenyum namun pandangan mata mereka sangatlah tajam.

"So, Erina tak nak bagi saya peluang ke? Saya dah lama nak kenal dengan Erina semenjak saya dengar Airil dah kahwin." Kata Amran dengan nada sinis.

"Puan Erina. And I tak rasa I nak berkenalan dengan Tengku Amran." Balas Erina dengan yakin.

"Okey. I kind of like you more now. Miss Erina." Kata Tengku Amran lalu berdiri.

Kening Erina berkerut mendengar panggilan yang Amran gunakan. 'Miss kepala otak dia.'

"Well I don't." Balas Erina selamba.

Tengku Amran senyum sinis lalu meninggalkan Erina di sana.

Seorang pekerja datang menyapa Erina.

"Puan tak apa-apa ke?" Soal pekerja wanita itu.

Erina menoleh lalu senyum memandang pekerja itu.

"Tak .. saya okey je." Balas Erina.

"Tak habisnya, Tengku Amran tu salah satu pemegang saham terbesar dalam syarikat ni. Dia boleh saja ambil alih syarikat ni." Kata Pekerja itu dengan nada risau.

'Hmmm.. ada rupanya pekerja yang taat.' getus hati Erina dengan lega sekali.

"Nama awak apa?" Soal Erina.

Airil Zafran (COMPLETED)Where stories live. Discover now