Ini gawat! Gawat sangat!
Kenapa lah tak ada sesiapa pun kejutkan aku. Dah lah aku ada presentation kejap lagi. Jam di tangan aku lirik sedikit. Dah hampir nak ke pukul 10.30 am. Kelas Tuan Adam pukul 10.45 am.
Adoi! Terkocoh kocoh aku lari dah serupa cicak kobeng. Aku dah tak kisah siapa yang aku langgar di depan mata. Jangan ingat mentang-mentang badan aku ni kecik rempuh orang tak melayang tuan punya badan.
"Hoi! Buta ke? Kau jalan pakai apa? Kaki ke siku? Bukan jalan kau sorang dalam kampus ni."
Teriak seorang gadis bimbo di belakang sana. Aku hanya senyum nipis. Persetankan lah amarah dia. Tak heran pun. Dia marah pun bukan dia boleh buat apa sangat, sedikit sebanyak dia canang je satu universiti ni yang aku langgar dia macam jentera berat.
Dasar TV3 bergerak.
" Sorry bimboss.. Aku nak cepat ni. Prof aku mintak langgar je sesiapa yang jalan melenggang bontot. Sebab lembap sangat."
"Kau Talia!"
Dia menjerit kuat. Sampai bergema satu level bawah. Aku hanya ketawa mengejek. Siapa tak kenal aku. Aku lah manusia berjantikan wanita yang berani mencari pasal dengan minah high heels 15 inci tu.
Hairan betul, datang kampus nak belajar ke nak jadi model peragaan Gucci? Belajar kelaut, hari-hari kerjanya menyembang pasal fesyen dan makeup. Aku tengok yang betul-betul ada rupa dan yang sah jadi model elok je belajar. Rajin pulak tu. Merendah diri dan sopan santun. Datang kelas pakai sandle biasa je. Tak adanya nak melaram. Tahu-tahu minggu depan gambar dia keluar kat majalah glamour dengan berbaju cantik dari jenama Prada, Gucci, LV.
Tali beg sandang aku gengam kemas. Berlari lari juga. Terlucut beg ni memang sia sia je aku hadir hari ini.
Dengan langkah yang berterabur. Kejap berlari anak, kejap jalan cepat macam The Flash aku hentam je. Memang kelaut sangat gaya aku sebagai perempuan melayu terakhir. Agaknya bakal besan mama aku histeria bila tengok cara aku jalan.
Kali ini aku juga hampir terlanggar seorang lelaki yang boleh tahan tegap nya. Sedang berdiri di depan lift. Bahu aku langgar lengan keras dia. Berpusing 25 darjah aku dek perlanggaran yang tiba-tiba itu. Sengal tang bahu ni boleh tahan juga rasanya. Mujur tak berputar donia dan sekalian alam hamba.
Hari ni hari berlanggar sedonia ke apa?
"Ma.. Maaf encik.. Saya tak sengaja. Saya nak cepat.."
Aku sempat lihat wajah dia dari tepi. Dengan hoodie hitam yang menutupi kepala memang wajah dia elok tersembunyi. Entah hensem entah tidak?
Misterius betul, dalam kampus musim panas macam ni nak ber hoodie. Tak berpeluh ke abang? Cer abang kipas-kipas sikit baju tu, mana tahu meleleh peluh. Untung-untung mata saya ni boleh menatap keindahan ketulan coklat Cadbury.
Tiber, bak kata senjat! Eh!
Tapi kawan-kawan aku cakap lelaki yang ada suara garau, lemak manis, husky musky mungkin misterius macam mamat ni. Tiba-tiba aku rasa teruja.
Berdiri menghadap sisi nya yang terselindung itu macam sedang mendongak ke KLCC. Boleh tahan tingginya. Mengalah! Entah-entah mak ayah dia pun galah juga. Kat rumah diaorang mesti main lompat galah.
Yaa tohan! Ke situ!
Aku ni mungkin takat paras dagu dia. Bahu dia pula jenis bahu batu bata. Bahu lelaki yang selalu exercise dan ke gym.
Entah kenapa aku rasa dia serupa dengan lelaki itu.
Talia.. Talia.. Kenapa masih terperangkap dalam memori lalu?
YOU ARE READING
VILLAIN OR LOVERS? I'M BOTH!
Lãng mạnAku pernah menyintai dan aku pernah kehilangan. Saat aku berikan hati dan cinta, siapa sangka aku bakal kehilangan dia. Dia mungkin jahat di mata manusia, atau mungkin dunia. Tetapi aku menerimanya tanpa ragu. Issac pergi meninggalkan aku tanpa sebu...