BAB 9 - SINGA

77 8 2
                                    

Aku diam menikus. Tak tahu hendak tunjukkan reaksi apa sekarang ni. Yang pasti dua pasang mata bersinar garang sedang merenung aku macam nak telan. Air liur yang memenuhi rongga mulut aku telan perit. Aku sekarang betul-betul tersepit. Dilema dalam situasi yang aku sendiri tak sangka akan jadi. Muka aku angkat perlahan-lahan. Lenguh juga nak menunduk dari tadi.

"Ok, look.. I'm sorry ok. Benda ni kakak pun tak sangka boleh jadi. Aku.. Kau.. Tahu lah. Macam mengejut.. Adoi!"

Pipi gebu aku di cubit kuat oleh abang. Sampaikan tersenget-senget aku mengikut arah tarikan dia. Talha pulak? Hanya senyum mengejek.

"Banyak lah kau punya mengejut. Kau tahu apa akan jadi kalau mama dan papa tahu pasal ni semua? Aku ingatkan kau matang. Tapi lebih kurang sama dengan Talha je kau ni."

Mata Talha terjegil sedikit.

"Asal aku pulak yang kau masukkan sekali dalam tazkirah kau? Aku matang lah."

Abang pandang Talha dengan pandangan mencerun.

"Haa. Matang lah sangat. Suka buat perangai aneh-aneh. Keluar memalam buta lepas tu tak bawak dompet. Orang cabar race kau pun onzz kan ajur, kena tahan polis pandai pulak kau call aku. Korang berdua ni memang adik tak guna tahu."

Dengusan kecil keluar dari mulut abang. Jujurnya aku nak ketawa bila tengok muka abang macam ayam berak kapur. Tetapi demi menjaga hati dia dan pipi comel aku! Aku kulum senyum. Tak nak jadi mangsa cubitan lagi.

Ye, sakit gila kot!

" Abang.. Jangan lah cakap macam tu. Aku sayang kau. Kau lah satunya abang kirimkan Ilahi buat aku bang. Aku.."

Aku gosok sekali lagi pipi. Belum habis orang cakap kena balik dah. RIP pipi aku yang cantik. Esok confirm ke kelas pipi macam tembok.

"Tak usah nak bodek-bodek aku. Kau perempuan kak, perempuan.. Jadi apa-apa kat kau apa aku nak jawab? Kau bawa nama baik keluarga juga. Kita bukan orang biasa-biasa. Bayangkan tiba-tiba benda ni viral ke apa ke macam mana? Ayoo, tak faham lah aku."

Abang gosok rambut dia kuat-kuat. Aku tertunduk memandang kaki. Kata-kata abang ada betulnya. Siapa kata anak orang di kenali bebas buat apa sahaja? Padahal kami ni lah selalu kena jaga tata tertib. Buat nakal-nakal je satu Malaysia gempar. Macam perangai abang yang playboy tu lah. Satu Malaya ni kenal. Entah-entah ke Indonesia pun dah kenal dia.

"Yang diam ni kenapa? Engkau ni.. Ee.. Geramnya aku! Nasib baik Milo call aku bagitahu pasal ni, kalau tak berangkut sekali kau ke balai dengan kawan baik kau tu."

Milo? Aku pandang Talha.. Berkerut kening kami.

"Sejak bila Milo memang boleh call orang?"

Talha cuit bahu abang. Aku pun hairan juga. Kotnya abang salah sebut nama kawan dia ke mana lah tahu kan. Abang pandang Talha macam nak telan. Talha diam. Tertelan-telan air liur budak tu.

"Engkau orang ni memang nak aku ni arwah awal kan? Suka aku ke alam kubur cepat-cepat ye. Dok melayan korang pendek umur aku."

Talha tepuk dahi sendiri. Aku masih blur-blur ayam.

"Kau ni dah kenapa abang? Tadi bebel-bebel. Pastu cakap pasal Milo, pastu pendek umur nak ke kubur pulak. Apa yang kau mengarut ni."

Pertanyaan Talha tu di sambut dengan suara ketawa yang agak kuat. Aku paling ke belakang. Hampir saja aku melopong dengan apa yang aku pandang.

" Korang ni memang keluarga yang sangat bahagia. Bonding antara korang bertiga memang kuat."

Noah senyum. Bahunya di sandar pada pintu masuk dapur. Senyuman dia semakin melebar bila kami bertiga kaku semacam.

VILLAIN OR LOVERS? I'M BOTH! Where stories live. Discover now