BAB 6 - JUMPA

91 12 5
                                    

Selepas seharian aku melepak di kafe abang. Aku pun buat keputusan untuk balik ke rumah. Daripada kena jadi kuli dia terkejar sini terkejar ke sana baik aku duduk rumah. Dia pun bukannya boleh tengok adik-adik dia senang dan gembira. Ada je nak di suruhnya.

"Talia baby, tolong hantarkan makanan ni ke meja 10."

"Baby, ambik lah order. Tu dah lama orang tunggu tu."

"Kau nak bagi kafe abang kau ni bungkus melingkup ke apa? Kot ye pun protes aku kuli kan kau, jangan lah bazirkan barang aku sampai macam ni."

Sudahnya aku buat keputusan nak balik. Dia bagi ke tidak peduli lah. Stres aku dengan abang aku ni. Pekerja dia aku tengok elok je. Tang aku kemain dia buli. Benci!

Dalam sibuk melayan pelanggan yang datang, sempat lah aku cuci mata. Yang aku perasan ada sorang perempuan ni dia dok usha abang aku. Abang berdiri depan kaunter dia kalih pandang ke kaunter. Abang bawa dulang naik ke tingkat atas mata dia pun bergerak sama. Dari pandangan dia aku faham sesuatu. Yang dia sukakan abang aku.

Dia duduk di meja paling rapat ke dinding kaca. Orang nya simple. Manis dan nampak lembut. Cuma satu je.. Dia nampak ala-ala nerd sedikit. Kaca mata dia besar. Pakaian dia tak terlalu ikut trend. Tapi aku suka. Dia nampak sopan. Aku tak pasti kalau-kalau dia taste abang.

Buaya darat macam abang aku tu bukan biasa-biasa pilihanya. Tak cantik tak couple. Dah cantik kang dia cakap tak boleh ngam. Dah ngam elok-elok, eh dia cakap cepat bosan sebab terlalu banyak chemistry. Apa yang tak kena dengan dia pun aku tak tahu. Mujur saja abang aku bukan lelaki yang rosakkan anak orang.

Selalunya bila keluar dating dia akan cakap dating. Tak pernah lebih dari pukul 11 malam dia bawa anak perempuan orang merendek keluar. Sejuk hati mama dan papa aku.

Sedar yang dirinya di perhatikan, perempuan itu segera tunduk ke bawah. Buat-buat belek jari. Aku senyum sahaja. Panik dia buat aku rasa nak ketawa. Tetapi memikirkan yang dia akan malu aku tahankan saja. Tak apa, aku boleh jadikan bahan untuk menghentam abang nanti.

Abang aku semua serba serbi dia tip top. Andai kata Malaysia dah pupus dengan lelaki-lelaki hensem, memang abang aku akan di gilai para wanita sekaliam alam. Makcik ke tok cik ke mahupun gegadis akan histeria dengan dia.

Pernah dulu, ada bini orang ni tergila-gilakan dia. Sampaikan hampir bercerai dengan suami dia. Huru-hara juga kami sekeluarga. Siap suami dia datang rumah ajak abang bergusti. Mama tak usah cakap lah dia punya susah hati macam mana. Yang itu ratu drama air mata. Dok salahkan diri sebab tak pandai didik anak. Ayooo!

Papa juga terpaling cool santero Malaysia. Dia diam, perhati dan dengar je apa yang abang cakap. Tak cepat melatah. Agaknya memang bapak-bapak macam tu ye. Sentiasa tenang.

Alhamdulillah kes tu selesai jua dengan baiknya bila abang cakap elok-elok dengan perempuan tu. Jelaskan pada suami dia tentang salah faham yang berlaku. Perempuan tu kesunyian bila suami dia selalu sibuk dengan kerja, dan abang ni pula hensem dan baik orangnya. Kadang-kadang abang jadi tempat dia meluahkan perasaan. Rajin pulak nak dengar masalah orang kan? So mendapat lah masalah yang memang menyusahkan semua orang. Dan di sebabkan itu juga abang berhenti bekerja. Dia buat pilihan nak buka restoran sendiri. Dia rela pergi ambik course  baru untuk bina kerjaya yang selamat. Itu katanya lah!

Mama pun lega. Tapi tu lah jenuh juga dia nak memujuk abang. Walau abang selamba dan happy orangnya. Sekali dia terasa, huh! Susah gais nak pujuk.

Agaknya abang aku terlalu sempurna pada mata orang lain lah yang buatkan dia selalu ada dalam masalah. Lepas kes tu tak serik-serik pulak. Yang terpaling perfect adalah sedikit gatal, tak sedar diri dan playboy.

VILLAIN OR LOVERS? I'M BOTH! Where stories live. Discover now