tiga-||03

291 31 12
                                    

Seperti yang dikatakan oleh Wonyoung kelmarin. Hari ini mereka akan ke program di rumah anak yatim. Mereka berdua bersiap untuk ke rumah anak yatim itu.

"Jom, kawan aku dah tunggu kat lobi" kata Wonyoung. Seoni menganguk saja. "Ey, Jay lama dah tak jumpa" kata Wonyoung membuat seorang jejaka memusing ke arahnya.

Dia melemparkan senyuman manis buat dua gadis itu. "Jomlah nanti lambat" kata jejaka bernama Jay itu. Mereka pun masuk ke dalam kereta dan menuju ke lokasi tersebut.

"Seoni" gadis itu terjaga dari tidurnya. Dia merenggang kan badannya dan keluar dari perut kereta. "Jay Park Family?" Wonyoung menganguk. "Ini lah nama rumah anak yatim tu. Semua budak-budak kat sini macam keluarga pada Jay" kata Wonyoung lalu menunjuk ke arah rakannya Jay.

Saat Seoni melangkah masuk ke dalam semua kanak-kanak disitu berlari ke arahnya. "Wah, kita ada kakak baru lah" kata salah seorang budak kecil. Seoni mengusap lembut kepalanya. "Nama siapa?" soal Seoni. "Jihan, Lee Jihan" gadis kecil itu tersenyum padanya.

"Jom" ajak Jay. Mereka semua mengikut langkah Jay dan rakannya. "Baiklah, hari ni kita ada kakak baru nak melawat jadi jaga perangai ye" "Baiklah, Abang Jay" balas mereka.

Seoni duduk di kerusi di depannya dan memandang satu persatu muka kanak-kanak disitu. "Kakak, kenapa kakak cantik sangat?" Wonyoung dan Seoni tertawa kecil.

"Baiklah, siapa nak dengar cerita?" kata Wonyoung membuat semua kanak-kanak berpusu duduk di depannya. Seoni yang dari jauh hanya tersenyum.

Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Ada seorang budak lelaki yang duduk di bangku sendirian. Seoni sudah lama perasan akan budak lelaki itu cuma dia tidak berani ingin tegur.

Seoni menghembus nafasnya dan berjalan ke arah budak lelaki itu. "Hai, kenapa tak bergaul dengan budak-budak lain?" soal Seoni. Badan budak lelaki itu sedikit terhinjut apabila Seoni menegurnya.

Budak itu mula menulis sesuatu di atas kertas. "Saya bisu" Seoni membaca tulisan di kertas itu. Dia mengukirkan senyuman manis. "Nak tak berkawan dengan kakak? Kakak pun tak ramai kawan" kata Seoni lalu memuncungkan bibirnya.

"Boleh saja" Seoni gembira melihat balasan dari budak lelaki itu. "Nama kakak Kim Seoni, 21 tahun" kata Seoni. "Nishimura Riki, 17 tahun dari jepun. Panggil Ni-ki saja" Seoni terkejut dan memandang lelaki itu.

Seoni fikir budak lelaki itu berumur 12 atau 14 tahun. "Kenapa pandang macam tu?" Seoni menggeleng saja. "Macam mana Ni-ki boleh sampai ke sini?" soal Seoni. Ni-ki mula menulis di kertas itu.

"Ni-ki diselamatkan oleh Abang Jay. Dia selamat kan Ni-ki sewaktu bencana alam di Jepun. Ibu bapa Ni-ki dah takde. Diorang mati waktu bencana alam" Seoni mengusap lembut kepala Ni-ki. Hampir saja air matanya ingin keluar. Dia dapat rasakan bahawa Ni-ki sangat rindukan keluarganya dan ingin merasa kasih sayang dari kedua ibu bapanya.

"Tapi, Ni-ki kuat. Walaupun ibu bapa Ni-ki tiada di dunia tapi mereka masih di hati Ni-ki" Seoni tersentuh hati dengan jawapan dari budak bernama Ni-ki itu. Seoni melihat ke arah jam tangan miliknya. "Jom, masa untuk makan. Ni-ki belum makan kan?" Jejaka itu menggeleng.

Seoni memegang tangan Ni-ki dan bawanya ke pantri. Dalam diam jejaka itu mengukirkan senyuman kecil.

"Ini kali pertama aku merasakan kasih sayang yang sebenar" - Ni-ki

<<<<<

❤️🌷
BISU
Nishimura Riki & Kim Seoni

BISUWhere stories live. Discover now