"Seoni, kau dah sedar?" soal Jay. Gadis itu terjaga setelah mendengar suara Jay. Dia bangun dan memandang ke arah Jay. "Itu bukan Ni-ki kan?" Jay memandang ke arah lantai.
Air mata Seoni mengalir dengan deras. "Kenapa dia tipu aku?" Seoni menggenggam tangannya. Dia mula membaling bantal ke lantai. "KENAPA DIA TIPU AKU?!" Jay terus memeluk Seoni.
Dia mengusap lembut rambut gadis itu. "Jangan macam ni Seoni-ah. Ni-ki takkan suka kalau kau macam ni" kata Jay.
Setelah discaj dari hospital Seoni selalu menziarah pemakaman Ni-ki. Dia selalu membawa bunga kesukaan jejaka itu setiap kali kesana.
"Awak mesti tak sabar nak jumpa keluarga awak kan?" Air mata Seoni mengalir setelah melihat bingkai gambar Ni-ki. "Saya cemburu dengan awak" kata Seoni sendirian.
Kenangan dia bersama jejaka itu bermain difikirannya. "Saya harap kita dapat bertemu di dunia lain" kata Seoni lalu beredar.
5 tahun kemudian~
"Seoni-ah, kau tak nak carik boyfriend ke?" soal Wonyoung. Seoni menjeling tajam ke arahnya. "Ye lah kita kan dah habis belajar jadi kau takde terfikir ke nak carik boyfriend ke suami ke?" Seoni menggeleng.
Wonyoung mengeluh kecil. "Kau nak jadi anak dara tua ke apa?" Seoni memukul bahu rakannya itu. "Diam kau" balasnya.
Seoni menscrol laman media. Sesuatu menarik perhatiannya. Iaitu gambar dia bersama Ni-ki 5 tahun lalu. Dia mengusap gambar itu seolah-olah dia mengusap wajah jejaka itu.
"Saya rindukan awak Ni-ki-ah"bisik hati Seoni. Wonyoung sempat melihat sekilas telefon Seoni. "Kalau rindu dia pergi lah melawat dia" kata Wonyoung. Dia menghirup jus oren kepunyaannya.
Seoni meletakkan sejambak bunga di pemakaman Ni-ki. Setiap hari dia akan menghantar sejambak bunga beserta surat di dalam. Seoni benar-benar mengharap jejaka itu membaca semua suratnya.
Wonyoung
| Jay-ah, aku nak kau datang sini
Jay
| pahal?
Wonyoung
| kau boleh tak recommendation kawan2 kau yang masih single?
Jay
| ada, nanti aku bawak dia jumpa kau
Wonyoung
| bukan aku tapi Seoni
Jay
| okokWonyoung mematikan telefonnya dan memandang ke arah tingkap. Satu keluhan kecil keluar dari mulutnya. "Sampai bila kau nak jadi macam ni Seoni-ah?" Wonyoung menghirup airnya.
Seoni melangkah masuk ke dormnya dan baring di atas sofa. Matanya mula layu. Lama-kelamaan dia pun terlelap.
"Seoni-ah" gadis itu terjaga dari tidurnya. "Eo, siapa awak?" soal Seoni lalu merenggangkan badanya. Dia memandang figura itu atas bawah. "Saya Nishimura—" belum sempat jejaka itu menghabiskan ayatnya Seoni terus memeluknya erat.
Air matanya dengan dera mengalir. "Ni-ki, kenapa awak tinggalkan saya?" Seoni menepuk dada jejaka itu. Dia meleraikan pelukan dan mengusap wajah Seoni.
"Maafkan saya tapi saya bukan Ni-ki"
•END•
❤️🌷
BISU
Nishimura Riki & Kim Seoni.
- - - -
YOU ARE READING
BISU
FanfictionSeorang gadis yang menjadi sukarelawan untuk satu program di rumah anak yatim piatu. Semasa program dijalankan seseorang menarik perhatiannya.