BAB 2

916 45 5
                                    

Aku sudah menunggu di hadapan rumah yang dihadiahkan oleh atuk sewaktu mahu berpindah ke universiti untuk menyambung belajar. Kata Firash dia sudah dalam perjalanan.

Pon.. Pon..

Dari jauh bunyi kereta sudah didengari di gegendang telinga aku.

"Awal ye tuan puteri tunggu driver" tegur Firash yang baru sahaja sampai.

"Ya la tak sabar nak balik kampung!" ya ya je tak sabar nak balik kampung, ke tak sabar nak berdua dengan Firash.

"Baguslah jom masuk Rash dah simpankan beg" beritahu Firash.

"Thanks Firash" ucap aku dan terus mengambil tempat di tempat duduk depan. Masuk sahaja aku sudah melihat rakan Adnin dan adik lelaki  Firash iaitu Fuad yang sudah tersengih di belakang.

"Eh korang pon ada? Ingat balik dengan Rash je" tegur aku pada dua lelaki itu.

"Haah tumpang sekali la dah Firash cakap nak balik. Malas la nak drive" ucap Fuad adik pada Firash.

Aku hanya mengangguk.

"Sibuk je orang nak balik berdua gatal nak ikut sekali" marah Firash.

Aku ketawa kecil.

"Tak apa la lagi ramai lagi meriah perjalanan" ujar aku bagi menceriakan keadaan.

"Betul-betul" sokong Adnin dan Fuad.

Firash hanya menjeling dan memulakan perjalanan ke Perlis rumah mak dan ayahnya.

Aku memang tinggal sendiri di Rumah semi-D yang dihadiahkan atuk kerana malas mahu mencari teman serumah. Selepas sahaja atuk meninggal dunia tahun lepas rata-rata pembantu yang diarah atuk ada sahaja dimana-mana untuk mengawal pergerakan aku.

"Kita singgah breakfast dulu lah eh" ujar Firash sambil mengerling aku dan dua lelaki di belakang.

Kami hanya mengangguk tanda bersetuju kerana perut juga sudah berkeroncongan sejak dari tadi. Maklumlah terlalu teruja sampai lupa untuk mengisi perut terlebih dahulu selepas subuh tadi.

Sampai sahaja di gerai tepi jalan Firash mencari parking dan memberhentikan kereta. Kami keluar dan berjalan menuju ke gerai yang sedikit sesak kerana di penuhi para pelanggan.

"Awak dengan Fuad cari tempat dulu saya dengan Ad nak pergi order. Awak nak makan apa?" Tanya Firash.

"Roti telur la satu dengan teh o ais" pesan aku.

"Aku pun sama" beritahu Fuad.

Kami berdua menuju ke tempat kosong yang agak kebelakang, hanya itu sahaja yang tinggal jadi kami duduk sahaja daripada tiada kan.

"Julia dah lama ke kenal angah?" Tanya Fuad membuka bicara diantara kami.

Aku menatap wajahnya.

"Lama tak lama la dalam tiga tahun juga" balas aku sambil tersenyum nipis.

"Ouh tak tahu pulak lama macam tu. Fuad ingat dia dekat dengan kak Mia je" Fuad membuka rahsia yang disimpan rapi.

Aku agak tersentak. Mia? Rakan sefakulti aku di universiti?. Kenapa Firash tidak pernah memberitahu tentang itu pada aku.

"La tak tahu pula Julia yang Rash kawan dengan Mia. Setahu Lia, Mia tu susah nak dekat dengan orang sikit apa kata orang introvert?" tidak sangka diam-diam ubi berisi juga ya si Mia itu. Siapa sahaja yang tidak jatuh hati pada Firash dia hensem, kapten Ragbi, soft spoken dan jarang la mahu melihat dia berkasar dengan orang.

" Iya kak Mia introvert? Fuad tengok haritu bukan main manja lagi borak dengan angah" terkejut Fuad apabila dikata Mia itu introvert.

"Haa....."

MEGAT FAVOURITE'S GIRL. Where stories live. Discover now