BAB 7

828 50 4
                                    

"Firash!".

Firash yang sedang berehat di tepi padang sambil melihat rakannya yang lain bermain ragbi tersentak mendengar seseorang menjerit memanggil namanya.

"Hai sayang" Mia datang menghampiri Firash.

"Eh Mia you tak cakap pun nak datang sini?" hairan juga Firash Mia sanggup turun padang melihat dia disini.

"Saja la I dah rindu sangat nak jumpa you. Iyala nak tunggu you datang jumpa I lambert lagi, asyik dengan team ragbi you je" muncung mulut Mia terkenang perangai kekasih hati yang lebih memilih sukan kegemaran daripada dia sendiri.

Firash sudah menggaru kepala yang tidak gatal mendengar bebelan daripada Mia.

"Ala Mia you macam tak kenal I. I kan memang busy dengan team ragbi I sebab hujung bulan ni ada game, so you paham-paham la eh. Lagi pun sebelum kita bercinta boleh je you terima I busy dengan ragbi kenapa sekarang tak boleh?" pelik juga Firash dengan sikap Mia yang kian berubah.

Mia mengeluh.

" Ish you ni Firash dulu lain sebab baru nak kenal you sekarang I dah kenal you so dulu rajin la I nak turun padang sokong you all the time but now tak dah. Lagipun panas tau kalau nak tunggu you dari awal sampai habis training" bebel Mia.

Firash sudah termanggu sendiri.

"Julia okay je panas-panas tunggu I habis training kenapa bukan you kekasih I?" bisik Firash.

"Kenapa you tak pernah cakap dekat I? Kalau I tahu you tak suka I tak ajak you datang sini teman I. I pun tak suka nak menyusahkan orang yang tak sudi Mia" ucap Firash seakan berjauh hati.

"Eh you jangan la merajuk I cuma cakap pandangan dari pihak I tu je" Mia terus memujuk Firash, dia tidak mahu kekasih hatinya berubah hati pada perempuan lain. Tidak boleh! Selama ini punya la susah untuk dia jarakkan Firash dan Julia tiba-tiba dia pula yang dibuang hanya kerana sikap yang tak tahan dengan tempat panas. No way!.

Firash hanya diam. Dia agak terasa dengan sikap Mia sejak akhir-akhir ini, entah mengapa? Sebelum ini elok sahaja datang teman dia di padang tanpa merungut sekarang lain pula. Kalau Julia dia ajak untuk teman bukan main semangat lagi nak ikut. Haih nasib sayang la dekat Mia kalau tak dah lama tinggal.

Rakan-rakan Firash yang lain sudah berhenti bermain, mereka terus berjalan ke tepi padang menuju ke tempat beg mereka diletakkan untuk berehat sebelum permainan seterusnya.

"Eh Mia pun ada?" sampuk Nafis salah seorang rakan Firash.

"Hai Nafis, haah datang nak jumpa my boyfie" balas Mia sambil tersengih.

"Ouh bagus la Firash pun kami tengok dua tiga hari ni macam tak ada mood" tegur Iqram pula.

Mereka terus mengambil tempat berhampiran dengan Firash. Pada mula mereka mengetahui Firash bercinta dengan Mia hairan juga, Iyala selama ini Firash rapat dengan Julia tiba-tiba bercintanya dengan Mia. Julia lagi cantik dan baik dari Mia yang sombong itu.

Firash hanya menjadi pendengar malas mahu menyampuk.

"Eh aku dengar Julia dapat tukar ke Paris sambung belajar sana?" Naufal membuka cerita.

"Haah do aku pun dengar juga. Katanya madam Melinda yang uruskan Iyala dia kan isteri sepupu Julia jadi senang" sokong Nafis.

Firash sudah panas punggung. Bila Julia ke Paris? Kenapa dia langsung dia mengetahui tentang itu. Dia rakan Julia bukan? Tapi kenapa Julia tidak mengkhabarkan tentang itu?.

"Mia kau mesti tahu sebab Julia kan satu course dengan kau" Tanya Iqram.

"Haah Julia dapat pergi Paris. Dah masuk sebulan dah dia pergi sana" balas Mia tanpa sedar Firash menatapnya tajam.

"You tahu langsung tak bagi tahu I?" Tanya Firash dengan suara menahan marah.

Yang lain sudah terdiam.

"Err you tak ada tanya I sebab tu la" gugup Mia.

"Bullshit! Kalau I tahu buat apa I nak Tanya!. Susah sangat ke nak cakap" marah Firash. Dia terus bangun dan mengambil semua barang terus berlalu pergi meninggalkan Mia dan rakannya yang lain.

"Lah aku ingat dia tahu marah bebeno tu nampak gayanya" ucap Naufal.

Yang lain hanya mengangguk mengiyakan. Tetapi bukan pada Mia dia rasa mahu menangis sahaja sekarang dimarah di hadapan orang ramai.





























Firash terus sahaja masuk ke tempat di mana fakulti fesyen terletak.

"Er sorry pejabat madam Melinda dekat mana eh?" Tanya Firash.

"Tingkat dua. Kenapa ya?" Tanya pelajar itu kembali. Setahu mereka madam Melinda tiada kerana ada urusan di Pahang.

"Saya ada hal sikit nak jumpa" beritahu Firash.

Dua pelajar itu mengangguk.

"Tapi madam Melinda tak ada" ucap mereka.

Firash sudah terhenti langkah. Terus sahaja dia memusingkan badan menghadap dua pelajar itu kembali.

"Dia pergi mana?" Tanya Firash.

"Johor".

"Ouh tak apa la thanks" selepas dia mengucapkan terima kasih kedua pelajar itu terus berlalu pergi.

"Cit, time sekarang la tak ada pulak!" marah Firash.

Dia kembali menatap telefon pintar di tangan dan terus mandail nombor Julia tapi hampa hanya operator sahaja yang bercakap!.

"Ish Julia kenapa buat Rash macam ni. Tak pernah-pernah Julia pergi tanpa bagi tahu" bebel Firash sendiri.

Dia hairan kenapa Julia tidak memaklumkan langsung tentang kepergiannya ke Paris? Salah apa dia lakukan.

"Firash?" tegur seseorang.

"YA ada apa?" balas Firash sedikit kasar.

Nana mencebik. Belagak!.

"Nah Lia kasi" Nana menghulurkan satu beg kertas kepada Firash.

"Lia? Bila dia kasi" Tanya Firash tapi tangan tetap mengambil.

"Sebelum dia pergi. Hmm satu je la nak cakap tak payah nak call Lia lagi sebab dia dah tak pakai nombor tu. Lagi satu dia pesan teruskan hidup dan tak payah ganggu dia lagi. Bye" Nana terus berlalu pergi meninggalkan Firash.

Beg kertas dibuka dan dia melihat barang yang pernah dia bagi pada Julia selama perkenalan mereka. Satu nota ditarik.

Sorry pergi tanpa pamit. Saya pulangkan balik barang yang pernah saya minta setiap kali habis game ragbi awak, barang yang sepatutnya dapat diberi pada seorang kekasih. Thanks Rash jadi kawan saya I'm sorry for leaving.

XOXO Julia Savage 💕.

"Tapi barang ni memang untuk awak" bisik Firash sendiri.



























       Hai semua maaf tak update
                      Semalam.

Harini kisah Julia tak ada ya mungkin second chapter?. Kalau nak second chapter Komen la okay?

                            Bye!

MEGAT FAVOURITE'S GIRL. Where stories live. Discover now