BAB 14

695 45 3
                                    

Firash duduk termenung di pangkin rumah keluarganya di Perlis sambil menikmati angin malam yang sejuk di tepi sawah padi itu. Sejak akhir-akhir ini dia selalu teringatkan Julia sahabat wanita merangkap teman sehati sejiwanya. Entah mengapa dia merasakan hidup dia seakan kosong tanpa celoteh seorang Julia Aishah. Jujur dia rindu akan wanita itu tetapi mahu bagaimana lagi wanita itu sudah pun pergi ke bumi Perancis tanpa dia sendiri tahu akan hal itu. Sedih?sudah tentu!.

Firash melepaskan keluhan lemah. Esok merupakan hari pertunangan dia dan Mia tetapi hati langsung tidak rasa teruja seperti kali pertama dia merancang akan hal itu bersama Mia enam bulan lepas.

"Julia kenapa awak tinggalkan saya? awak cakap kita akan sama-sama graduate dan kerja sekali tapi awak tipu!" ucap Firash perlahan.

Selalu habis sahaja perlawanan Ragbi Julia mesti akan menjadi orang pertama yang akan menyapa dirinya dan bersorak ceria atas kemenangan yang dia perolehi dan akan memeinta jersey yang dia pakai untuk dijdikan kenangan.

" Arghh rindu kau Julia AIshah!" jerit Firash.

"Rindu cari la dia long bukan duduk sini dan tak buat apa-apa"sergah Fuad dari belakang.

Firash tersentak. Dia mencari wajah si adik.

Fuad mengambil tempat disebelah Firash dan melabuhkan punggungnya.

"Macam mana aku nak cari kalau nombor telefon dia yang baru aku tak ada? Aku dah cuba tanya sepupu dia tapi? langsung tak dapat" keluh Firash.

Fuad tergelak kecil.

"Waktu ada tak nak hargai kan dah kena tinggal"ejek Fuad.

Firash mendengus. Ada adik bukan membantu tapi lagi menyusahkan!.

"Kau pernah rasa masuk ICU tak? kalau tak pernah aku boleh bagi kau rasa. Peluang ni jarang-jarang sekali datang tau" marah Firash.

Fuad mengangkat tangan ke atas tanda mengalah.

Mereka diam seketika.

"Kau tahu waktu aku tanya Julia tahu tak tentang kau dengan Kak Mia muka Julia keruh sangat" ujar Fuad tiba-tiba.

Laju Firash alih muka menatap wajah si adik.

"Bila?" tanya Firash kalut.

"Waktu kita sama-sama nak balik sini, tak silap aku dalam tujuh bulan lepas" beritahu Fuad.

"Bila aku tanya tu muka dia dah start lain. Baru aku nak cakap pasal kau nak tunang waktu dekat kedai makan tu kau dengan Adnin dah sampai jadi tak sempat tanya. Tapi aku yakin dia tahu sebab mak bagitahu dekat Julia. Iyalah sampai je sini dia memang asyik berborak dengan mak dan mesti mak ada tanya Julia pasal kau dengan Kak Mia. Waktu kau ajak dia ke sungai pun dia dah lain. Macam orang kecewa pun ada long" cerita Fuad panjang lebar.

Firash terdiam. 

"Jadi Julia tahu dari mak? kenapa aku tak sedar?" bisik Firash sendiri tetapi masih didengari oleh Fuad.

Fuad tersengih.

"Sebab kau tengah angau dengan Mia! Orang sekeliling pun kau dah tak ambil kira dah"sindir Fuad.

Firash mula memaki diri sendiri atas kelakuan yang di buat pada Julia. Dia langsung tak sedar yang wanita itu cintakan dia dan yang paling teruk dia sendiri yang rosakkan hubungan persahabatan mereka!.

Shit!.

Fuad menepuk-nepuk bahu abang sulungnya. 

"Dah la long, apa yang penting sekarang lebih baik kau fokus pada Kak Mia. Dia dengan kau dah nak bertunang esok jadi tak baik kau masih fikir pasal perempuan lain. Hargai Mia sebelum dia jadi macam Julia yan pergi tinggalkan kau" Fuad bangkit dan menapak masuk ke dalam rumah meninggalkan Firash sendirian.

MEGAT FAVOURITE'S GIRL. Where stories live. Discover now