BAB 16

733 49 2
                                    

"Lepaskan aku!" aku menjerit lantang selepas lelaki yang muncul entah dari mana tiba-tiba sudah berada di atas badan aku dan mengepung pergerakan aku..

Flashback

Aku keluar dari bilik mandi selepas mandian yang mengamil masa selama setengah jam itu.

"Argh segar" kaki menapak mendekati almari pakaian tempat aku meletakkan segala pakaian yang aku bawa dari Malaysia. Sedang kaki melakukan kerja mata menangkap patung teddy bear yang aku dapat dua minggu yang lalu. Niat di hati mahu sahaja aku buang kerana bila aku tanya akan Yusof perihal patung itu dia tidak membalas,mungkin dia terlalu sibuk jadi aku memadam kembali mesej yang aku hantar pada dia. Aku letakkan patung itu betul-betul berhadapan dengan pintu almari aku kerana hanya tempat itu sahaja yang ada di dalam bilik ini.

Siap sahaja menukar pakaian di bilik persalinan, aku terus mencapai telefon bimbit untuk melihat pesanan yang masuk.

Krak!

Bunyi kaca pecah menarik perhatian aku.

kening sudah mengerut tanda tidak senang dengan bunyi sebegitu. Aku bukan apa boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan dengar bunyi kaca pecah melalui tingkap bilik aku. Mahu katakan orang mabuk memang mustahil sebab dikawasan apartment aku memang dilarang untuk buang botol kaca sebegitu sahaja ini apatah lagi sengaja mahu memecahkan. Kerap pulak tu!.

"I don't think this is ghost anymore" ucap aku sendiri.

Kaki dibawa mendekati tingkap yang berada dibilik aku untuk melihat keadaan di bawah.

Tiada apa-apa. 

Hati sudah berdegup laju. Tiba-tiba...

DUM!!.

Bunyi seperti pintu rumah aku ditendang kuat dari luar.

Badan aku kembali bergetar. Bulu roma sudah mencanak naik kerana ketakutan. Telefon di tangan dibuka untuk mencari nombor Yusof kerana hanya dia yang berada di fikiran aku saat ini. Baru sahaja tangan membuka kenalan telefon aku sudah mati.

"No no not this time baby!" aku sudah kalut. Tangan mengetuk-ngetuk telefon supaya kembali hidup tapi hampa dia tetap begitu!.

Kedengaran pintu ditendang semakin kuat dan selepas beberapa saat aku rasa pintu itu sudah dapat dibuka. Mata diliarkan disekeliling bilik bagi mencari barang apa yang dapat digunakan untuk melindungi diri dari perkara yang tidak diingini. 

Skrekkk

Langkah aku terhenti selepas mendengar bunyi serekan seperti besi di lantai rumah apartment aku. Mata tertancap di pintu bilik yang masih tertutup rapat.

"Atok help Aishah"bisik aku perlahan.

Hati dari tadi tidak berhenti berselawat dan berdoa memeohon pada Allah. Sungguh aku tersangat takut saat ini. Yang aku mampu lakukan hanya berdoa pada Allah bagi menyelamatkan dari perkara jahat.

BAM!! BAM!!

Bahu terhincut kerana terkejut mendengar hentakan kuat di pintu bilik milik aku. Bunyi itu makin lama makin kuat.

BAM!! BAM!!

"Why are doing in other people house dude!" suara seseorang menjerkah lantang dari luar.

Dalam hati sudah bersyukur ada juga orang datang untuk selamatkan aku akhirnya.

"Not your problem!" suara asing yang kedua mula berbunyi. Aku fikir mungkin itu suara lelaki yang menendang pintu rumah aku tadi.

MEGAT FAVOURITE'S GIRL. Where stories live. Discover now