BAB 1

1.1K 53 1
                                    

"Julia!"

Aku tersenyum manis pada lelaki yang memanggil nama aku. Oh sebelum itu hai nama aku Julia Aishah, cantik kan nama aku pandai atok kasi. Aku baru 23 tahun sambung belajar dalam fesyen designer sebab cita-cita aku nak jadi pereka terkenal!

"Ha mengelamun! Rash panggil boleh tak dengar" sergah Firash.

Aku hanya tersenyum.

"Mana ada mengelamun la Rash kan Lia tengah dengar apa yang Rash bebel dari tadi" muncung mulut aku dituduh sedemikian rupa.

Firash ketawa kecil.

"Ya la Julia cantik" terus Firash menyerabaikan rambut aku yang sudah dirapi cantik cantik.

"Rash jangan la" halang aku.

Firash dia la lelaki yang aku suka merangkap sahabat baik lelaki aku. Jika ada lelaki yang mahu dekat dengan aku pasti sahaja harus melaluinya dahulu. Itu salah satu sifat yang aku suka pada diri Firash sangat protective!.

"Rash ada apa datang sini kata ada latihan ragbi?" Tanya aku sambil merapikan rambut yang dikusutkan Firash tadi.

"Ouh lupa pulak. Hujung minggu ni Rash nak balik kampung jumpa mak sambil-sambil tu sepupu Rash ada buat kenduri bertunang" beritahu Firash.

"Jadi Rash balik sendiri ke? Rash drive kereta?" setahu aku dia bawa kereta ke kampus.

"Haah malas la nak naik bas, lagipun Rash bawak kereta so senang la" ulas Firash panjang lebar.

Aku sudah menarik senyum misteri.

"Mmm Lia nak ikut boleh?" pinta aku sambil mengerdipkan mata.

Firash meletakkan jari di dagu seolah-olah berfikir. Fikir la sangat si Firash ni sebenarnya mahu mengusik!.

"Hmm macam mana eh seat tak ada kosong la" sengaja Firash mahu menduga.

"Ala baru ingat boleh ikut" hmm tak boleh la nak jumpa bakal mertua.

"Rash melawak je la Lia, of course Lia boleh ikut. Hujung minggu Rash nak balik pagi dalam pukul 7.30 Rash datang ambik eh" pesan Firash.

Aku sudah bersorak di dalam hati.

"BAIK!" aku terjerit kecil.

Makin ketawa Firash melihat keletah sahabatnya.

"Okay la Rash nak kena pergi padang balik. Bye Julia" pamit Firash.

Aku melambai Firash yang sudah jauh dari aku.

"Wah tak sabarnya!!. Mesti kena cari baju cantik ni nak jumpa mak Firash" dalam otak sudah memikir macam-macam benda ketika mahu berjumpa mak Firash. Ini bukan lah kali pertama aku bertemu dengan mak Firash. Kali pertama berjumpa ketika hari ibu Firash datang untuk melawatnya di universiti. Waktu itu kami baru berkawan tak sampai dua bulan jadi masih kekok. Tahun ini sudah tiga tahun kami berkawan, arghh tak sabarnya nak luahkan pada Firash aku suka pada dia!.

***




















"Tuan Qaldrin semua dah siap" beritahu Malik pada majikannya yang sedang merenung diri di hadapan cermin.

"5 minutes Malik" suara garau itu berbunyi.

Malik menunduk sedikit dan terus menuju keluar.

"It's time Yusof. It's time for you" bisik Yusof perlahan sambil melihat diri di cermin. Dia mengemaskan sedikit kot di badan dan berjalan keluar dari bilik selepas memastikan semua sempurna.

Keluar sahaja dari pintu utama semua menunduk hormat pada majikan mereka. Hari ini merupakan hari terbesar buat Megat Yusof Qaldrin kerana hari ini hari pelancaraan buat hotel terbarunya di bumi Eropah. Setelah tiga tahun berhampas pulas untuk mendirikan hotel yang mewah dan megah akhirnya dia berjaya. Semua di atas usahanya sendiri. Atas usahanya di mampu berjaya sebegini rupa. Disaat yang lain mencemuh dan bersenang lenang dia bangkit untuk buktikan Megat Yusof Qaldrin bukan orang yang lemah dan bukan orang yang boleh dipandang remeh. Semua yang keluar dari mulut sexy itu semua akan terjadi kerana dia Megat Yusof Qaldrin tidak ada siapa yang boleh buat main dengannya!.

Masuk sahaja ke dalam kereta mewah yang dipandu Malik terus sahaja kereta itu meluncur laju di atas jalan menuju ke tempat di mana hotel dia dibangunkan.

Sampai sahaja di hotel THE QALD terus sahaja dia turun dengan penuh gaya. Para photographer tidak ketinggalan untuk mengambil gambar lelaki itu sebanyak mungkin kerana rugi tidak mengambil dan membuat artikal tentang lelaki yang hebat itu.

"Welcome Sir Qaldrin" ucap pembantu yang mengurus kan pelancaran pada hari itu.

Yusof hanya mengikut dari belakang untuk masuk ke dalam tempat yang sudah disediakan untuk pelancaran pada hari ini. Masuk sahaja rata-rata tetamu memaku pandangan mereka pada lelaki yang segak bersut koko berjalan megah ke tempat vvip. Para bodyguard penuh di sekeliling bilik luas itu menjaga majikan mereka dari setiap pelusuk bilik.

"Good morning everyone, thank you to all of you who took the time for THE QALD launch day today. We really appreciate it" ucap Hans yang merupakan pengacara buat hari ini merangkap pembantu peribadi Yusof.

Semua tetamu menepuk tangan selepas sahaja Yusof naik ke atas pentas.

"Good morning morning sir and madam for coming to my hotel launch day on the day. So I Megat Yusof Qaldrin inaugurated The QALD" seusai menghabiskan kata Yusof terus memotong ribbon yang disediakan bagi menandakan bermulalah operasi pembukaan The QALD.

Tepukan gemuruh dihadiahkan buat Yusof. Mereka sangat mengagumi sifat semangat yang ada pada diri Yusof yang tidak tahu erti mengalah.


























Hai semua kita jumpa lagi!. So macam mana first chapter is it good?. Komen OK thank you!!!!.

MEGAT FAVOURITE'S GIRL. Where stories live. Discover now