BAB 9

814 55 3
                                    

Semua sedang menumpukan perhatian pada bicara Madam Suzy yang sedang menerangkan atur cara yang bakal berlangsung pada esok hari. Aku lah orang yang paling tak sabar dan tersangat gementar kerana salah satu rekaan aku bakal diperagakan di hadapan orang-orang ternama dalam dunia fesyen.

"Nervous ke kak" tegur Nafisah.

"Nervous la gila ke tak nervous dah la first time aku dapat tempat tau" balas aku sambil menggenggam tangan.

"Inshaallah semua akan okay. Ha sebelum tu aku nak tanya ramai kan yang datang esok? Termasuk Tuan Qald?" Tanya Nafisah lagi.

"Haah yang aku tahu ramai la datang event besar kan?. By the way siapa Tuan Qald?" hairan juga aku asyik ramai orang asyik menyebut nama Tuan Qald siapa empunya nama pun aku tak tahu.

Terhenti pergerakan Nafisah. Terus sahaja dia mengalihkan badan dan bertentangan dengan aku.

" Sumpah la kau tak kenal Tuan Qald?! " hampir sahaja Nafisah mahu menjerit.

Aku menayangkan wajah polos dan mengangguk.

"Ya Allah Cik Julia yang kau pergi event dua minggu lepas tu hotel dia la!" beritahu Nafisah.

Membulat mata aku.

"Dia pengusaha hotel ke?" Tanya aku.

"Iya la. Dia antara usahawan termuda dan terkaya tau. Setiap apa yang dia mahu pasti diturutkan" cerita Nafisah.

"Tapi aku tetap tak kenal dia" selamba aku menjawab dan meneruskan perjalanan yang tergendala tadi. Nafisah mengikut.

"Tapi bagus juga kau tak kenal dia. Dia misteri dan bahaya" ucap Nafisah.

"Kenapa dia bahaya dan misteri" ingin juga tahu.

"Ramai orang cakap selepas mengusaha hotel dia pembunuh bersiri" bisik Nafisah.

Aku ketawa kecil.

"Memandai je kau, tak baik tuduh nanti sia-sia dapat dosa free" pesan aku.

Nafisah menggulingkan mata ke atas.

"Aku serious! Dia bahaya tapi yang pasal pembunuh tu dengar boleh percaya jangan. Tapi aku pesan dekat kau ni kalau kau dah kenal dan jumpa dia hati-hati la, aku tak nak bad things happen to you" ingat Nafisah.

"Baik Cik Nafisah Amber saya buat. Tapi kalau dia yang dekat dengan aku macam mana pulak?" layan kan sahaja la.

"Kau sembur air dekat mata dia lepastu kau cabut lari" ujar Nafisah sambil membuat demo.

Makin kuat ketawa aku.

"You really make my day" balas aku sambil ketawa.

Nafisah tersengih.




























Harini memandangkan hari dimana event yang besar berlaku dan aku bertuah dapat menjadi salah seorang designer yang dapat memperagakan rekaan aku Di tubuh model yang terpilih dan diperlihatkan pada orang ramai di atas pentas hebat.

"It is okay to you?" soal aku sambil memperkemaskan pakaian di tubuh model bernama Emma.

"Ya it's okay" balas Emma dan tersenyum nipis.

"It's Julia time!" laung kaki tangan yang dipertanggungjawab untuk menjaga pentas.

"Okay ready!" balas aku tidak kurang kuat juga.

"Good luck girl!" bisik aku memberi semangat.

Emma membalas dengan anggukan.

Dan akhirnya rekaan aku dipertunjukkan pada orang ramai.

MEGAT FAVOURITE'S GIRL. Where stories live. Discover now