BAB 17

805 51 2
                                    

Yusof menatap sayu wajah kekasih hatinya yang sedang terbaring lesu ditambah dengan mask oksigen yang dipasang di muka. Tangan tidak lepas dari memegang tangan Julia dan mengusap lembut tangan wanita itu.

Hati dia sakit melihat Julia diperlakukan sedemikian rupa. Dia tidak sanggup!.

Kelmarin selepas sahaja dia tidak dapat menghubungi Julia dia terus meminta Malik untuk mencari keberadaan wanita itu secepat mungkin. Dapat sahaja tempat dimana Julia berada dan Malik mengatakan Julia dalam bahaya jantung dia seakan terhenti. Laju sahaja dia bergerak meninggalkan pejabat miliknya dan kerja hanya untuk memastikan seorang Julia Aishah selamat. Orang suruhannya yang diupah untuk menjaga Julia dari jarak dekat juga tidak dapat  dihubungi dan itu lagi menambahkan kerisauan di dada. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa takutnya dia jika berlaku perkara buruk pada little girlnya.

Setiba sahaja di di kawasan apartment milik Julia dia terus bergegas naik ke rumah yang menjadi tempat Julia berteduh selama lapan bulan dia disini. Apabila kaki mencecah di lantai rumah Julia mata dia menangkap aksi lelaki asing yang sedang menindih Julia dan yang palin membuatkan dia panas hati ialah Julia terlihat sangat terseksa!. Oh Tuhan andai dia tiba lebih awal untuk menyelamatkan pujaan hatinya itu tidaklah sekarang Julia terbaring lesu di atas katil hospital dengan wayar yang dipasang di badan.

Apa nasib lelaki itu? 

Tengah menunggu mati yang bakal Yusof ambil nyawanya!.

Jantan itu memang menempah maut kerana menyentuh haknya!.

"Bangun little girl, Yusof miss you sayang" ucap Yusof lirih.

Tiada gelak tawa Julia dan tiada senyuman manis dari Julia. Yang ada hanya seorang Julia yang terbaring lesu tanpa merespon.

Tttt.....ttttt...

Bunyi mesin di tepi katil pesakit itu sangat tidak menyenangkan!. Ianya menakutkan seorang Yusof yang selama ini gagah dalam semua perkara.

Dia lemah kerana Julia.

Dia menangis kerana Julia.

Semua hanya Julia.

Tangan Julia diambil dan dibawa ke bibir merahnya. Dicium lembut tangan itu dengan penuh syahdu sehingga ada mutiara jernih dan jatuh dari retina mata.

"You need to promise me yang you akan bangun sayang. You dah janji dengan i yang you nak ada dengan i dan tak nak tinggalkan i kan? So please wake up little girl. I need you" bisik Yusof.

Mata Yusof yang sudah lemau itu masih ditahan supaya dia dapat menjadi orang pertama yang menyaksikan kesedaran Julia. Tidak kesah tentang diri asalkan Julia kembali sedar!.

Kepala dibawa ke tepi tilam untuk direhatkan sedikit tetapi tangan masih tidak lepas menyentuh tangan lembut milik Julia.

"Goodnight little girl. Janji dengan i you akan bangun okay?" mata Yusof sedikit demi sedikit tertutup dan akhirnya kedua pasangan itu diam dalam tidur mereka.



















"Julia!" Datuk Mastura terjaga dari tidur selepas dia mendapat mimpi yang menakutkan.

Julia disakiti!.

Hati ibu saudara mana yang tidak risau anak buahnya diperlakukan perkara yang tidak tercapai dek akal?. Walaupun bukan anak sendiri tetapi dia yang menjaga Julia dari kecil juga.

"Mom okay?" tanya Melinda selepas terkejut mendengar teriakan ibu mertuanya yang tadi tenang sahaja tidur di ruang tamu.

Datuk Mastura mengalihkan kepala dan menatap wajah menantunya.

"Mom mimpi Julia. Is she okay Mel?" tanya Datuk Mastura risau.

Melinda sudah mengerutkan dahi.

"Julia? buka baru minggu lepas kita call. Dia okay je dia cakap kan mom" balas Melinda lembut dan kaki dibawa mendekati ibu mertuanya. Risau pula melihat wajah ibu mertuanya yang tiba-tiba risau akan keadaan Julia. Sedangkan tak sampai tiga hari lagi mereka tidak bertanya khabar Julia.

"Mom tak tahu Mel tapi mimpi tu real sangat. Mimpi tu macam ada bagi petanda yang Julia dalam bahaya" Cerita Datuk Mastura.

Hati tuanya tidak tenang!.

Melinda tersenyum sedikit.

"Inshaallah Julia okay mom"pujuk Melinda

"Kita pergi Paris ya jumpa Julia?. I can't let it until i saw her with my own" ucap Datuk Mastura .

"Tapi Naqi kan kerja mom? boleh ke? tanya Melinda pula.

Datuk Mastura menggelengkan kepala. Dia tidak kesah pergi sendiri asalkan keadaan Julia dia dapat lihat dengan mata kepalanya sendiri!.

"Tak apa kalau Naqib ada kerja mom boleh flight sendiri. Call Naqib ASAP tanya dia. Mom nak naik pack barang. Esok kita pergi" Datuk Mastura terus bangun dan naik ke atas meninggalkan Melinda sendirian.

Melinda sudah terlopong. Cepat betul.

Dia terus mencapai telefon bimbit miliknya dan menghubungi suaminya.

"Hello Hubby....".









SORRY CHAPTER NI PENDEK SAHAJA.

MAAF JIKA TAK MEMUASKAN ANDA SEMUA.

KOMEN DAN VOTE.

THANKS

ASSALAMUALAIKUM.

MEGAT FAVOURITE'S GIRL. Where stories live. Discover now