Bab 4

591 44 3
                                    

Iskandar membawa makanannya yang dibeli di kantin dan duduk di satu sudut yang agak jauh dari pelajar-pelajar lain. Hari ini dia baru memdaftar masuk disekolah itu. Dalam pemerhatian Iskandar, semua pelajar disitu lebih gemar berkumpulan dan berpuak-puak. Hanya segelintir pelajar yang keseorangan. Menurut info yang di peroleh sebelum masuk ke sekolah itu, para pelajar dan guru disitu mengamalkan double standard.  Sesiapa  yang dari keluarga berpengaruh, kaya ataupun mempunyai rupa, merekalah yang akan bergembira disekolah itu.

Sedang dia menikmati makanannya, Iskandar melihat sekumpulan pelajar mengelilingi seseorang.

"Woi Rahman... Kau makan apa? Mintak sikit." Seorang pelajar yang bertubuh besar berkata sambil mengambil bekas bekal makanan pelajar yang bernama Rahman itu.

"Jangan lah..itu bekal aku." Rahman cuba mengambil kembali bekalnya.

Pelajar yang bertubuh besar itu hanya mengacah-acah rahman. Mee didalam bekal Rahman disuap kedalam mulut menggunakan tangan kirinya.

"Puih. Taik apa yang kau makan ni?" Pelajar itu meludah kembali kedalam bekal Rahman.

Rahman sudah mahu menangis. Air mata sudah bertakung. Sampai hati pelajar itu meludah kedalam bekalnya. Dia bertambah sebak apabila mengenangkan ibunya bersusah payah untuk menyediakan bekalnya pagi tadi.

"Cuba tengok ni geng..taik apa ni?" Pelajar itu menunjukkan kepada rakan-rakannya.

Mereka menghidu makanan itu sebelum masing-masing meludah kedalam dengan reaksi seperti meloyakan.

"Ambik balik la. Taik pon kau makan ye Rahman? Hahaha" pelajar yang bertubuh besar itu melempar kembali makanan itu keatas meja.

"Ganti balik makanan aku!" Rahman menghalang apabila mereka semua ingin meninggalkannya.

"Kau apahal? Nak mati ke?" Pelajar itu mencengkam kolar baju Rahman.

Rahman yang bertubuh kecil itu terjengket-jengket apabila bajunya direntap kasar. Bibirnya terketar-ketar ketakutan membuatkan mereka semua ketawa.

"Blah." Pelajar itu menampar songkok Rahman lalu menolak tubuhnya.

Iskandar telah menggengam penumbuknya. Mahu saja dia melompat dan membelasah mereka semua. Apa yang lebih membuatnya geram, semua pelajar yang melihat insiden itu langsung tidak membuat apa-apa.

Rahman terpelanting dan terduduk keatas kerusi. Tidak mampu dia melawan mereka semua. Bekal makanannya dipandang sayu. Air ludahan mereka kelihatan bertakung didalamnya. Dengan sebak, dia mengasingkan bahagian yang sudah kotor dengan tangannya. Dia mengorek-ngorek sehingga kebahagian bawah dengan harapan masih ada sisa yang boleh dimakan.

Baru sahaja dia ingin menyuapkan kedalam mulut, tangannya ditepis kasar. Iskandar meletakkan makanan yang baru dibelinya dihadapan Rahman.

"Makan." Kata Iskandar.

Rahman sedikit takut melihat Iskandar yang bertubuh sasa itu. Dia hanya mengedipkan matanya tidak berani bersuara.

"Makan. Karang muka kau pulak aku ludah." Kata Iskandar sekadar bergurau.

Namun riak wajahnya yang serius membuatkan Rahman berasa takut. Laju dia menyuapkan makanan itu sambil matanya tetap terarah pada Iskandar.

Iskandar hanya tersenyum sedikit lalu meninggalkan Rahman. Para pelajar yang lain turut memandang Iskandar.

*****

Tamat waktu persekolahan, para pelajar mula berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing. Rahman berjalan dengan membimbit buku dan filenya. Tiba-tiba, dia terpelanting dan menyembam keatas tanah. Kedengaran beberapa orang pelajar ketawa melihatnya. Dalam kesakitan, Rahman melihat pelajar bertubuh besar itu ketawa mengejek setelah menendang ya dari belakang. Rahman cuba mengambil songkoknya yang tercampak. Namun pelajar itu menendang songkoknya jauh kehadapan. Pelajar-pelajar itu hanya ketawa sebelum meninggalkan Rahman yang masih terkial-kial.

The Devil's Child: Baba YagaWhere stories live. Discover now