Bab 16

261 19 1
                                    

"Apa yang berlaku kat sini?" Soal Tuan Hasyeem sedikit keras.

"Iskandar dah buat kacau dekat tempat kita. Dia dah takda kena mengena dengan organisasi ni." Izaki memberanikan diri untuk bersuara.

Tuan Hasyeem hanya merengus. Pandangannya dihalakan kearah Iskandar pula.

"Iskandar. Apa yang aku tahu, kau dah keluar dari OAA. Apa yang kau nak?" Soal Tuan Hasyeem.

"I want his head." Kata Iskandar bersahaja sambil menunjuk kearah Haidar yang sudah kecut perut itu.

Tuan Hasyeem memandang sekilas pada Haidar. Langsung tiada riak diwajahnya.

"Apa masalahnya?" Soal Tuan Hasyeem kepada Izaki.

"Budak ni orang kita." Jawab Izaki.

"Dia rogol kawan aku!" Iskandar membentak.

"Kau tau benda ni tapi kau ambil peluang untuk cari isu dengan Iskandar. Kau hanya gunakan budak tu untuk kau serang Iskandar, kan?" Julia mencelah.

Riak wajah Izaki bertukar marah namun dia tidak berani untuk bersuara kerana keberadaan Tuan Hasyeem disitu.

"Izaki. Kau tau kan budak ni siapa? Kalau dia nak, dia boleh hancurkan seluruh kumpulan kita seorang diri." Kata Tuan Hasyeem sinis.

"Tapi...dia dah.."

"Enough! Aku tak nak perkara remeh ni berlaku lagi. Sekarang aku nak kau berambus dari sini." Tuan Hasyeem memberi arahan.

Izaki sedikit tersentak. Dia sendiri tidak faham mengapa Tuan Hasyeem begitu menyebelahkan Iskandar sedangkan dia merupakan pemimpin disitu. Dalam hatinya yang tidak puas hati, dia memgarahkan anak-anak buahnya untuk beredar dari situ. Sempat dia merenung tajam kepada Iskandar. Hatinya bertambah sakit apabila Iskandar hanya tersenyum sinis tanpa memandang ke arahnya.

"Kau, tunggu sini." Tuan Hasyeem berkata kepada Haidar yang cuba untuk memyelinap dibelakang para pengikut Izaki.

Langkah Haidar terhenti serta merta. Kakinya terasa menggigil akibat ketakutan.

"Julia, kau pun boleh pergi dari sini." Kata Tuan Hasyeem lagi.

Julia dan pengikut Ruska Roma turut akur. Dia seakan  mengerti bahawa Tuan Hasyeem seperti ada urusan dengan anak saudaranya itu.

Diluar perkarangan bangunan Safe House, Izaki tidak henti-henti menghamburkan sumpah seranah kerana tidak berpuas hati. Iskandar Zulkarnain sudah hampir pasti berada didalam genggamannya sebentar tadi. Namun segala perancangannya rosak akibat campur tangan Tuan Hasyeem.

Tidak lama kemudian, kelihatan Julia dan para pengikutnya turut melangkah keluar. Izaki memandang penuh dendam. Hatinya bertambah sakit apabila melihat riak wajah Julia yang seolah-olah sedang mentertawakan dirinya.

" Kuzuri." Panggil Izaki.

Adam menghampiri. Dalam hatinya, dia sudah dapat mengagak niat Izaki itu.

"Aku nak kau hapuskan Siska Roma. Dan semua yang membantu Iskandar!" Izaki memberi arahan.

"No." Adam menjawab pendek.

Izaki yang mendengar jawapan dari Adam itu memandang dengan wajah terkejut. Tidak pernah lelaki itu mengingkari arahannnya sebelum ini.

"Izaki. Aku tahu yang kau bencikan Iskandar. Tapi aku sendiri tak faham kenapa kau begitu bencikan dia. Dan sekarang, dendam kau buat aku tak tau hala tuju Gokudo. I'm sorry. I will follow you no longer." Adam berkata lalu berjalan meninggalkan Izaki dan perkarangan Safe House.

"Apa yang kau cakap ni? Kuzuri! Kuzuri!" Izaki memanggil Adam namun lelaki itu terus berlalu.

Julia,Yo, dan semua yang berada diluar perkarangan Safe House turut memandang hairan kepada Adam yang semakin jauh meninggalkan mereka.

*******

"Aku betul-betul kagum dengan keberanian kau Iskandar. Kau cukup berani langgar peraturan sedangkan kau tau apa akibatnya. Lebih-lebih lagi kau dah takda kena mengena dalam OAA." Tuan Hasyeem berkata sinis.

Iskandar hanya mempamerkan wajah tanpa riak. Pandangannya langsung tidak dialihkan dari wajah Haidar yang sudah tidak mampu untuk membalas renungannya.

"Aku sememangnya menyanjung tinggi seorang fighter macam kau Iskandar. terus terang aku cakap, memang susah nak cari orang macam kau. Kau unik Iskandar. Kenapa kau nak sia-siakan kebolehan kau dengan mengikut orang-orang lemah?" ssambung Tuan Hasyeem lagi.

"Just tell me what you want?" Iskandar yang sudah mula bosan, segera mencelah.

"Hahaha. Baiklah. Aku nak tengok kau berlawan. Sekarang. Di sini." Tuan Hasyeem akhirnya berterus terang.

Memang dari dahulu, Tuan Hasyeem amat gemar menyaksikan pertarungan hebat. Dia sungguh mengagumi orang yang handal bertarung. Baginya, pertarungan hebat satu lawan satu amat puas untuk ditonton. Malah, sewaktu zaman mudanya dahulu, dia turut dahagakan pertempuran. Boleh dikatakan, kehebatan empayar OAA sekarang adalah hasil dari kehebatannya dahulu.

"Untuk apa?" soal Iskandar.

"Aku cuma mahu lihat kehebatan keturunan orang yang paling handal yang pernah aku kenal." jawab Tuan Hasyeem, merujuk kepada sahabat baikya, arwah Haji Kamal.

"I want his head." Iskandar berkata sambil menunjuk kearah Haidar dengan renungan yang tajam.

Tuan Hasyeem tanpa berlengah, merentap tangan Haidar lalu menolaknya sehingga jatuh terduduk dihadapan Iskandar. Bibirnya hanya tersengih dengan wajah yang berharap. Berharap agar Iskandar setuju dengan permintaannya. Haidar yang sudah ketakutan itu bertambah menggeletar apabila tubuhnya direntap kasar oleh Iskandar.

"Fuck you, Iskandar!" Haidar menyumpah.

Iskandar pula langsung tidak mempamerkan sebarang riak. dia segera memaut batang leher Haidar. Dengan sekali kilasan kasar, tubuh Haidar jatuh terjelupuk diatas lantai tidak bergerak lagi. Tuan Hasyeem yang melihat juga turut tidak berkata apa-apa. Dia sendiri tidak menyangkakan sepantas itu semuanya berakhir.

"Iskandar Zulkarnain!" panggil Tuan Hasyeem apabila melihat Iskandar sudah mula mahu beredar.

"Aku belum cakap yang kau boleh pergi." sambungnya lagi.

Langkah Iskandar terhenti. Dia memalingkan tubuhnya kembali. Renungan orang tua itu dicabar tanda tidak gentar.

"Aku tak cakap yang aku akan ikut cakap kau untuk bertarung. Kau sendiri tahu Adam bukan lawan aku." Iskandar berkata sedikit angkuh.

"Aku tahu. Dan aku pun berminat untuk tengok kau berlawan dengan Adam. Dan aku percaya, kau dan Adam adalah fighter yang terbaik yang aku tau. Tapi, aku tak pernah cakap yang aku nak tengok kamu berdua bertarung." Kata Tuan Hasyeem.

Iskandar terdiam dan cuba memahami maksud orang tua itu. Tuan Hasyeem dilihat ketawa sambil mengangkat tangannya memberikan isyarat. Dan sejurus selepas itu, kelihatan seseorang yang bertubuh besar dan bertopeng muncul dari arah belakang dan meluru kearah Iskandar.

Iskandar yang terkesima segera membuat perisai dengan kedua belah tangannya saat lelaki misteri itu melompat dengan tendangan terbang. Tubuh Iskandar terseret kebelakang akibat impak dari tendangan itu. Tangannya terasa perit menahan tendangan itu. 

Tuan Hasyeem mula teruja melihat aksi pantas itu. Wajahnya bertambah gembira apabila melihat Iskandar mula bersungguh-sungguh menahan asakan demi asakan oleh lelaki misteri itu. Iskandar Zulkarnain yang terkenal dengan kehebatannya itu dilihat tidak lagi bersahaja menentang lawan, tetapi seperti menghadapi kesukaran.

Walaupun Iskandar berjaya menepis serangan yang bertubi-tubi itu, namun pergerakannya semakin perlahan akibat kesakitan yang dirasai. Malah, serangan lelaki misteri itu semakin lama semakin mengenai sasaran.

The Devil's Child: Baba YagaWhere stories live. Discover now