Bab 8

473 35 1
                                    

Setahun setelah kehadiran Iskandar didalam OAA, banyak perubahan telah berlaku. Nama Iskandar Zulkarnain dan Adam semakin dikenali dan amat digeruni. Namun begitu, kedua-dua mereka turut dikenali sebagai seteru paling hebat didalam sejarah.

Bagi Adam yang masih memegang gelaran Kuzuri, dia lebih menumpukan kekuasaannya untuk menjaga sekolah-sekolah di daerah itu. Semuanya hanya untuk mengekang tindakan Iskandar yang dilihat semakin menghuru harakan keadaan. Namun begitu, Adam yang masih berada dibawah naungan Gokudo agak kurang senang dengan pemerintahan Izaki. Ketuanya itu dilihat semakin ganas dan tidak berperi kemanusiaan. Semuanya kerana perasaan dendam terhadap Iskandar.

Sementara itu, Iskandar yang kini setia bersama Ruska Roma lebih suka bertindak secara terbuka. Dia langsung tidak peduli siapa lawannya. Didalam sekolah mahupun diluar, semuanya dilanggar tanpa gentar. Oleh sebab itu, nama Iskandar lebih dikenali.

Oleh sebab kekuatan Iskandar, Ruska Roma kini telah menjadi ketua dalam House of Bratva. Spalko telah melepaskan jawatannya kerana menganggap Tuan Hasyeem kini lebih mengutamakan Ruska Roma dari kumpulannya. Dan kerana itu, Kaiju telah melafazkan sumpah setianya kepada Ruska Roma.

Dalam masa yang sama, hubungan Joana yang kini telah menetap di rumah agam Ruska Roma bersama Iskandar semakin rapat. Walaupun Joana pernah meluahkan perasaannya kepada Iskandar, namun Iskandar menolaknya dengan baik. Bagi Iskandar, cinta pertamanya, Q masih tetap berada didalam hatinya.

Rindu pada kekasih hatinya membuatkan Iskandar sedar. Walaupun dia berjaya memiliki semuanya, nama dikenali dan digeruni, tetapi Iskandar berasa kosong. Dia langsung tidak pernah rasa disayangi. Joana yang masih setia disisi Iskandar juga turut memberi dorongan untuk Iskandar berubah. Dan disebabkan itu, keinginan untuk hidup normal seperti dahulu membuatkan Iskandar mahu meninggalkan semua ini.

Pada mulanya, Julia menentang keras hasrat Iskandar untuk meninggalkan kumpulannya. Seolah-olah mencemarkan maruah Ruska Roma kerana Iskandar telah melafazkan sumpah setia. Akhirnya atas desakan Iskandar, Julia terpaksa akur walaupun dia sendiri tidak rela.

Akhirnya, pada usia 18 tahun, Iskandar dan Joana melangkah keluar dari rumah agam Ruska Roma dan membawa diri untuk meneruskan kehidupan normal.

Ketiadaan Iskandar sedikit sebanyak mengurangkan pengaruh Ruska Roma didalam organisasi OAA. Tuan Hasyeem yang tidak berpuas hati dengan Julia kerana membiarkan Iskandar pergi memberi peluang kepada Izaki untuk naik. Dengan pengaruh Izaki bertambah kukuh, sedikit sebanyak menaikkkan juga nama Adam. Lama kelamaan, nama Iskandar semakin dilupakan. Namun legasinya tetap berada dalam ingatan terutamanya yang pernah bertemu dengan lelaki misteri itu.

Tamat imbas balik.

*****

Hari ini.

Suasana di sekolah itu tiba-tiba kecoh dengan amukan Barzun. Barzun telah membawa semua pengikutnya untuk menyerang Haidar. Haidar yang sudah lama menantikan saat ini telah bersiap sedia tanpa rasa gentar. Ikhwan dan Malik yang terkejut dengan tindakan Barzun turut melihat dari tingkat atas. Iskandar yang bagaikan sudah tahu pergaduhan ini akan terjadi hanya mendiamkan diri.

"Aku tak kesah macam mana langsi kau kat luar, tapi sekarang kau dah lebih. Mana awek aku Nabila?!" Barzun menjerkah.

"Hahaha...lah bohsia tu awek kau ke? Aku kesah apa? Hahahaha" Haidar ketawa galak.

Barzun yang sudah hilang sabar mahu menyerang namun segera ditahan oleh Malik.

" Malik. Si tempang yang kononnya berkuasa dekat sekolah ni. Pui. Kau sedar tak si tempang macam kau dah tak releven dekat sini. Hahahaha." Haidar menghina.

Malik hanya tersenyum walaupun hatinya memberontak untuk menutup mulut celupar budak dihadapannya itu. Kalau tidak kerana Kaiju melindungi Haidar, sudah lama dia membelasah kumpulan Haidar.

"Kalau betul kau yang culik Nabila, aku sarankan lebih baik kau pulangkan dia." Malik berkata tenang, masih lagi bersabar.

"Pulangkan? Hmmm..aku rasa tak. Aku dah jual bohsia tu. Kalau kau orang nak, boleh roger Kaiju. Itupun kalau Kaiju nak sewakan. Hahahaha" Haidar mengejek lagi.

"Siall!!" Barzun yang berang maju kedepan namun segera ditahan oleh ahli-ahli kumpulannya.

Malik hanya menghela nafas panjang. Dia sendiri buntu apabila mendengar nama Kaiju disebut.

"Kau jangan lupa, sekolah ni Adam yang jaga." Malik berkata.

Haidar terdiam. Nama Adam amat ditakutinya. Walaupun dia belum pernah bertemu dengan lelaki itu, namun dia sering mendengar tentang kehebatan Adam dari cerita Kaiju.

Baru sahaja keadaan ingin menjadi kecoh, kelihatan beberapa buah kereta memasuki ke perkarangan sekolah. Haidar yang mengenali kereta-kereta itu terus berdiri dan menunduk. Begitu juga dengan para pengikutnya.

Kelihatan Nabila turun dari kereta dan terus berlari kearah Barzun. Barzun yang kelihatan sedikit terkejut, tersenyum gembira apabila tubuhnya dipeluk oleh Nabila. Haidar yang melihat berasa pelik. Namun dia tidak berani berbuat apa-apa.

Kaiju turun dari kereta sambil membetulkan bajunya. Dia melihat di sekeliling sekali imbas. Kelihatan ramai pelajar disekolah itu sedang memandang kearahnya. Perlahan-lahan dia berjalan kearah Haidar yang berdiri dihadapannya. Satu tumbukan dihayun kearah perut membuatkan Haidar jatuh melutut.

"Kaiju..aku dah buat apa yang kau suruh.." kata Haidar sambil memegang perutnya yang senak.

" Aku suruh kau buat apa?" Soal Kaiju.

"Cari perempuan.." jawab Haidar menahan kesakitan.

"Yes. Tapi bukan dari Ruska Roma!" Satu penumbuk lagi dilepaskan tepat ke arah muka Haidar.

"Sorry Kaiju. Aku tak tau." Haidar memegang hidungnya yang berdarah.

Mereka yang mendengar juga turut terkejut. Begitu juga dengan Barzun. Langsung tidak menyangka yang kekasihnya itu berasal dari Ruska Roma.

Kaiju melihat sekali lagi keadaan sekeliling. Wajahnya bertukar apabila terpandang seseorang yang amat dikenalinya ditingkat atas. Kelihatan Iskandar sedang merenung tajam kearahnya. Segera dia memalingkan wajah. Dia langsung tidak menyangka, Iskandar yang selama ini menghilangkan diri, berada disekolah itu. Kaiju memandang semula kearah tadi, namun kelibat Iskandar sudah hilang. Kaiju menelan air liurnya.

"Dengar sini. Lepas ni aku taknak kau ambik perempuan dari sekolah ni lagi. Dan aku taknak kau bawak mana-mana perempuan lagi ke tempat aku. Aku ada kerja lain untuk kau. Paham?" Kata Kaiju.

Haidar hanya mengangguk laju walaupun dia tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Sorry sebab buat kecoh. Aku janji yang budak ni takkan buat kacau lagi." Kata Kaiju kepada Malik sebelum beredar.

Malik yang dapat mengagak perubahan Kaiju hanya mendiamkan diri. Selama ini, Kaiju lah orang yang sering membuat kacau disekolahnya. Adakah kepulangan Iskandar bakal mengubah segalanya disekolahnya itu, dia sendiri tidak pasti.



The Devil's Child: Baba YagaWhere stories live. Discover now