Bab 9

453 41 4
                                    

Seminggu selepas kembali, Iskandar dikejutkan dengan berita kematian atuk dan neneknya. Azmi dan Mastura disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Iskandar yang ditemani Joana pulang untuk menguruskan jenazah mereka. Walaupun dirinya tidak pernah dilayan dengan baik oleh atuk dan nenek kandungnya, Iskandar tidak pernah membenci mereka. Apatah lagi mereka berdualah yang telah membesarkannya.

" Sabarlah Is." Pujuk Joana setelah melihat Iskandar masih tidak berganjak walaupun urusan perkembumian telah selesai.

"Aku dah takda sapa lagi Joana. Semua orang yang aku sayang semua dah takda." Kata Iskandar.

" Kau kena kuat. Kau masih ada Auntie Julia. Kau masih ada kawan-kawan kau. Kau masih ada aku." Joana memujuk lagi.

Iskandar hanya mendiamkan diri. Kitab Yassin ditangan dibuka semula dan dibaca sekali lagi. Joana disebelah turut membaca. Sepanjang dia mengenali Iskandar, tidak pernah dia melihat lelaki itu berduka seperti itu. Dia sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan setia memberi semangat kepada Iskandar.

****

Malam itu, setelah selesai majlis tahlil, Joana meminta diri untuk pulang kerumah sewanya.

"Kau nak balik naik apa?" Soal Iskandar.

"Aku naik bas kat depan tu." Kata Joana.

" Dah malam ni. Mana ada bas. Sini kampung, bukan bandar. Aku hantar kau." Iskandar bangun dari tempat duduknya.

Motosikal arwah Azmi dihidupkan. Joana hanya menurut. Hatinya juga berasa sedikit lega kerana dia sendiri takut untuk pulang seorang diri.

"Kau ok ke tinggal sorang?" Soal Joana.

" Kenapa? Kau ingat aku penakut macam kau ke?" Usik Iskandar.

" Tak lah. Aku takut kau menangis sorang-sorang. Takda sapa nak pujuk kau nanti." Balas Joana.

" Dah. Pegang kuat-kuat. Karang tercicir pulak." Kata Iskandar.

" Is. Kau berapa lama kat sini? Bila balik asrama?" Soal Joana ketika mereka sudah memasuki jalan besar.

" Mungkin tiga hari. Lepas semuanya dah setel." Jawab Iskandar.

Sedang mereka melalui satu kawasan, beberapa buah motosikal memotong mereka.

"Is..hati-hati.." Joana menjerit panik.

Sebuah kereta dari arah belakang menghimpit membuatkan Iskandar hilang kawalan dan terbabas dibahu jalan. Kemudian beberapa orang yang menaiki motosikal itu turut berhenti dibahu jalan. Salah seorang dari mereka terus menyerang Iskandar. Iskandar yang masih belum bersedia tidak sempat mengelak apabila lelaki itu menghayunkan batang kayu kearah kepalanya. Mujurlah dia memakai topi keledar.

" Is...tolong..." Joana menjerit saat tubuhnya dipegang oleh beberapa orang lelaki dan diseret kedalam belukar.

"Joana.." Iskandar bingkas bangun.

Baru sahaja dia ingin menyelamatkan Joana, lelaki tadi memukulnya bertubi-tubi. Iskandar yang mula berang menahan kayu itu lalu direntap. Satu tendangan dilepaskan kearah dada membuatkan lelaki itu terpelanting kebelakang. Iskandar membuka topi keledarnya. Baru sahaja dia mahu menghayun, terasa lehernya dijerut dari belakang. Iskandar segera menahan rantai besi yang menjerut lehernya, namun satu lagi hentaman tepat pada rusuknya membuatkan dia rebah. Dalam kesakitan, Iskandar cuba mengecam wajah kesemua mereka, namun tidak berjaya kerana mereka semua memakai topi keledar. Dalam keadaan lehernya terjerut, Iskandar turut diheret masuk kedalam belukar.

" Kau nak buat apa sekarang?"

" Kita kenduri dulu perempuan ni. Lepas tu kita jual la."

"Tapi Kaiju cakap..."

The Devil's Child: Baba YagaWhere stories live. Discover now