Bab 1

982 48 8
                                    

Iskandar menyiram air ke pusara Q setelah sesesai membaca Yassin. Daun-daun kering serta rumput liar dibersihkan. Begitulah rutin harian Iskandar sejak dua tahun yang lalu. Setiap hari, dia akan menghabiskan masa hampir dua jam disitu. Sehingga ke hari ini, dia dihambat dengan rasa bersalah. Cinta pertamanya terkorban dalam pertempuran yang dia aturkan sendiri.

"Aku pergi dulu Q. Esok aku datang lagi. Hari ni hari penting. Aku janji aku akan tebus semua kesilapan aku." Ucap Iskandar.

Dia mencapai beg galasnya dan melangkah pergi. Setelah hampir dua tahun dia meninggalkan sekolah itu, akhirnya dia kembali.

****

Sekolah itu telah menyimpan pelbagai sejarah yang mana hanya penghuninya sahaja mengetahui. Setiap tahun, bilangan mereka semakin bertambah. Dengan pelbagai latar belakang, para pelajar disana sudah mula membiasakan diri dengan 'tradisi' mereka. Namun, sejak kejadian dua tahun lalu, mereka tidak lagi berpuak-puak. Walaupun masih lagi mempunyai banyak kumpulan, tetapi mereka bersatu. Semuanya sebagai langkah berjaga-jaga supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

Setelah Malik melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6, mereka telah mempunyai ketua yang baru iaitu Barzun, pelajar tingkatan 5. Barzun lah yang bertanggung jawab untuk menyatukan semua kumpulan. Namun, sejak kemasukan pelajar baru Tingkatan 4, keharmonian mereka sekali lagi digugat. Kebanyakan pelajar Tingkatan 4 langsung tidak menghormati senior mereka. Malah, dalam kalangan mereka ada yang berani mencabar kekuatan untuk mengetuai sekolah itu.

Haidar adalah salah seorang diantara mereka. Dia yang mempunyai pengikut yang agak ramai merupakan kumpulan terawal yang memberontak. Walaupun masih baru, Haidar dapat meyakinkan pelajar-pelajar baru untuk menyertainya. Dia yang berasal dari keluarga yang kaya tidak gentar dengan senior-seniornya kerana dia mempunyai sokongan dari orang luar. Selain daripada itu, dia juga turut terlibat dalam beberapa kes jenayah, termasuklah memperdaya pelajar perempuan untuk dijadikan habuan rakan-rakannya diluar.

****

"Sial! Apa yang korang semua buat? Kenapa budak-budak baru sekarang hilang respect?" Ikhwan membentak sambil menendang kerusi dihadapannya.

Ikhwan yang kini sudah di Tingkatan 6 bertindak sebagai penjaga sekolah itu bersama-sama Malik, menggantikan Yo yang sudah habis sekolah.

"Barzun. Siapa yang paling banyak buat hal?" Soal Malik.

"Haidar. He's really pain in the ass." Jawab Barzun, hanya menundukkan kepalanya.

"Dari dulu lagi aku tak setuju dengan sistem baru kita ni. Tengok lah sekarang. Budak baru banyak yang naik lemak." Kata Ikhwan. Marahnya belum lagi reda.

" Kau rindu ke zaman aku dulu? Rindu nak rasa penampar aku masa kau jadi budak baru dulu? Hahah" Malik menyidir.

"Kau ni jangan la ungkit cerita lama. Karang ni makan dia." Ikhwan mengangkat tangannya.

Hubungan mereka berdua semakin rapat sejak pertempuran dua tahun lepas. Malik hanya mempunyai masa 5 bulan sebelum dia tamat Tingkatan 6 dan dia telah berusaha untuk menyatukan semua kumpulan atas saranan Yo dan juga Adam.

"Aku nak kau pantau Haidar dengan kumpulan dia. Kalau lagi sekali dia buat suka hati, aku rasa kau tau apa yang kau patut buat." Kata Malik. Nadanya tegas.

Barzun hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk beredar. Nampaknya kedudukan dia sebagai ketua disekolah itu semakin tergugat jika Haidar terus membuat onar.

****

"Jad, aku perlukan girl baru. Kaiju dah roger aku pagi tadi. Kalau boleh petang ni." Haidar berkata kepada orang kanannya.

The Devil's Child: Baba YagaWhere stories live. Discover now