Bab 11

476 42 6
                                    

Iskandar berasa kurang senang melihat Yo yang kini bertindak sebagai pengurus baru Safe House. Jiwanya bagai meronta apabila merasai bahang dan aura dari diri Yo. Kerana Yo adalah individu terakhir yang dapat mengawal dirinya setelah kematian Haji Kamal.

"Aku banyak dengar pasal kau lepas kau pergi tinggalkan sekolah kita, Iskandar." Yo berkata sambil menghulurkan tangannya.

"Aku tak tau pun kau join OAA." Iskandar menyambut Salam Yo.

" Adam. Dia yang bawak aku." Yo berterus terang.

"Sorry. Aku tau kau tak suka dengar nama dia. Aku dengar kau dah keluar dari OAA. Apa tujuan kau datang sini?" Yo mempelawa Iskandar duduk setelah melihat tiada reaksi dari Iskandar.

" Haidar." Jawab Iskandar.

"Kenapa dengan dia?" Soal Yo kembali.

" Aku nak bercakap dengan dia."

" Bercakap? Aku faham maksud kau Iskandar. Biar aku tanya kau satu soalan. Kau betul-betul nak comeback lepas kau dah berjaya keluar?"

"Aku cuma datang melawat." Kata Iskandar.

" Dengar sini Iskandar. Kau dah fikir masak-masak? Kau berjaya keluar dari OAA. Takkan kau nak sia-siakan usaha kau? Kau tau kan? Takda orang lagi yang berjaya keluar dengan selamat dari OAA, kecuali kau, Iskandar."

" Mana aku boleh cari dia?" Soal Iskandar lagi.

" Kau tau rules Iskandar. No business can be conducted in company ground. Atau kau tau akibatnya kalau kau ingkar. So aku cadangkan kau, bawak bertenang, and relax." Yo cuba memujuk setelah melihat tenungan Iskandar sudah mula bertukar.

" It's personal." Iskandar berkata sebelum meninggalkan Yo.

Iskandar menuju semula kearah kaunter untuk mengambil kunci biliknya.

"Is. Ada panggilan untuk kau." Suzie memyerahkan telefon kepada Iskandar.

"Hello?"

"Is. Aku dah jumpa Joana." Terdengar suara Dani dihujung talian.

"Dekat mana?" Soal Iskandar.

****

Spalko sedang sibuk mengarahkan anak-anak buahnya untuk berkemas. Sejak dia melepaskan jawatannya mengetuai Bratva, dia telah menjalankan pusat hiburan dan rumah urut. Perniagaannya yang lebih kepada aktiviti pelacuran itu akhirnya memakan diri. Semuanya kerana dia telah membeli seorang gadis. Dia yang mengetahui Iskandar telah kembali, terus membuat keputusan untuk berpindah.

"Macam mana dengan persiapan kita?" Spalko bertanya kepada pembantunya.

"Hampir siap bos." Jawab pembantunya.

"Hampir?" Spalko tidak menyenagi dengan jawapan itu.

"Sorry bos. Tapi kenapa kita tiba-tiba nak berpindah.."

"Sebab si bodoh Haidar tu dah jual perempuan dekat kita! Perempuan yang sekarang ni ada dalam kalangan berpuluh perempuan simpanan kita." Spalko berkata keras.

"Kenapa dengan perempuan tu? Kita kena tutup bisnes kita sebabkan perempuan tu?" Pembantunya masih tidak mengerti dengan arahan Spalko yang tiba-tiba itu.

" Perempuan tu bukan sebarangan perempuan. Dia kawan kepada Iskandar. Iskandar Zulkarnain!" Spalko akhirnya memberitahu.

"Ouh..errr kenapa kita tak lepaskan je perempuan tu?" Soal pembantunya.

"Berpuluh perempuan baru masuk semalam. Kau tau ke yang mana satu?" Soal Spalko sinis.

"Kita masih ada masa untuk cari. " Pembantunya memberikan pendapat.

The Devil's Child: Baba YagaWhere stories live. Discover now