Bab 5

584 42 6
                                    

Seluruh kawasan bandar itu menjadi gempar apabila melihat tiga orang lelaki tergantung diatas bangunan tempat karaoke 3 tingkat. Ketiga-tiga mereka tergantung dalam keadaan kaki dan tangan diikat keatas dan tubuh mereka terbuai-buai ditiup angin pagi. Ketiga-tiga mereka turut mengalami kecederaan parah. Kesemua mereka juga adalah dari pelajar-pelajar sekolah yang boleh dikatakan selalu terlibat dengan kegiatan samseng.

Sejak tiga bulan lalu, banyak kejadian ngeri berlaku. Hampir keseluruhan sekolah yang terdapat di bandar itu terlibat. Pihak polis juga tidak menang tangan untuk menguruskan kes-kes yang berlaku.

Bagi penduduk setempat, kekacauan yang berlaku, terutamanya yang melibatkan anak-anak mereka amat merisaukan. Namun, ada juga sebilangan daripada mereka beranggapan kejadian itu adalah balasan pada kejahatan mereka sendiri. Mereka juga telah menganggap, walau siapa pun yang melakukan itu, orang itu adalah hero.

Disebalik suasana yang kecoh itu, seorang individu berjalan dicelah-celah orang ramai menuju kehadapan. Hoodie yang menutup kepalanya diturunkan. Suasana yang kecoh sebentar tadi bertukar senyap. Bukan kerana takut, tetapi sebagai tanda hormat.

Adam menghampiri tiga lelaki itu tergantung. Dia cuba mengecam wajah-wajah mangsa, namun agak sukar kerana wajah mereka penuh dengan luka. Kemudian, dia cuba mengecam lencana pada baju mereka.

"Ini budak-budak Kaiju." Adam menghelakan nafas.

"Turunkan diorang." Adam berkata sambil menggoyangkan tangannya diudara.

Beberapa orang pengikutnya keluar dari orang ramai dan mula melakukan apa yang disuruh oleh Adam.

"Adam..."  seorang pengikut Adam menghulurkan sekeping nota yang dijumpainya didalam poket salah seorang dari mangsa.

Adam menyambut nota itu. Nota yang ditulus dengan darah itu dibaca.

Guru adalah contoh kepada para pelajarnya. Mereka mengajar kita mana yang betul, mana yang salah. Kekuasaan dan pangkat bukan tiket untuk kita menganiayai orang yang dibawah. Mereka yang bergelar pelajar, haruslah dibimbing, bukan untuk dirosakkan.

Adam cuba memahami maksud ayat itu. Insiden seorang guru dibelasah separuh mati dan pengetua yang ditangkap atas kesalahan mencabul anak murid mereka teringat di kepalanya.

Mereka yang mempunyai kekuatan, sepatutnya melindungi golongan yang lemah. Bukannya menindas mereka. Kau akan dianggap pengecut jika terus membuli orang yang lemah. Kesan buli bukan pada fuzikal sahaja, tetapi pada mental. Jika kau sudah menyentuh limit kesabaran seseorang, adakah kau mampu bernafas lagi?

Adam mengimbas kembali kejadian seorang pelajar yang menjadi gila dan membunuh si pembulinya. Kemudian, setiap bait-bait nota itu ibarat berkait dengan semua kes yang terjadi selama ini.

Dan seperti yang kita semua tahu, karma adalah akibat dari setiap perbuatan yang kita pilih. Selepas ini, aku mungkin akan menjadi pelajar baru disekolah kalian. Jadi, bersiap sedialah. Semoga Kuzuri dapat melindungi kalian.

See you soon....

Adam menelan air liur. Tekaknya terasa kelat. Peluh kecil mula merembes keluar dari liang romanya. Hari yang amat ditunggunya kini kian hampir.

" Baba yaga.." ucap Adam sambil merenyuk nota ditangannya.

*****

Iskandar memasuki kawasan tanah perkuburan itu seorang diri tanpa ditemani oleh para pengawal Julia. Begitulah rutinnya setiap hari, tanpa pernah tertinggal walau satu hari. Rindunya pada Q tidak pernah kurang. Kenangan manis saat mereka bersama seeing kali terbayang difikiran Iskandar.

Saat dia mendekati pusara Q, dia kelihatan satu susuk tubuh sedang berdiri. Susuk tubuh yang dia sudah kenali.

"Aku rasa tak perlu kot kau datang sini." Adam yang dapat merasai kedatangan Iskandar berkata tanpa menoleh.

"Habis, kau rasa kau perlu ke datang?" Soal Iskandar sinis.

"Aku abang dia!" Adam meninggikan suaranya sambil memusingkan badannya menghadap Iskandar.

"Abang? Masa dia perlukan abang dia? Kau dekat mana?" Iskandar memerli lagi, mengungkit kisah lama.

Adam menghela nafas panjang. Soalan yang dia sendiri tidak mampu menjawab. Sesuatu yang amat dia kesalkan selama ini.

"Aku tau semua tu kerja kau." Adam menukar topik.

Iskandar hanya merenung tanpa reaksi.

"Kenapa kau buat semua ni? Untuk tarik perhatian aku? Aku dengan kau saje dekat sini. Tunggu apa lagi?" Adam sengaja mencabar.

Iskandar hanya tenang. Langsung tidak terkesan dengan cabaran Adam.

"Apa aku buat takda kena mengena dengan kau." Kata Iskandar.

"Selagi aku ada, aku takkan benarkan kau buat sesuka hati. Ini daerah aku, Iskandar." Adam berkata tegas.

"Sembilan sekolah aku dah huru harakan. Kau kat mana? Masih berbangga dengan gelaran Kuzuri?" Iskandar berkata sinis membuatkan wajah Adam telah bertukar.

" Aku tak takut dengan kau Iskandar!" Adam sudah hilang sabar.

"Bagus. Sebab aku pun tak takut dengan kau!" Iskandar membentak. Renungan matanya sekelip mata bertukar, tajam dan menakutkan.

Mendengar bentakan Iskandar, para pengikut Adam mula keluar dari segenap arah. Masing-masing sudah bersiap siaga untuk menyerang. Adam hanya mengangkat tangannya memberi isyarat supaya mereka bertenang.

"'aku dengan kau je kat sini' hah?" Iskandar tersenyum sinis.

Adam tidak menjawab. Matanya tertumpu kepada beberapa buah kereta yang mula masuk ke kawasan perkuburan itu.

"Kau pon tak datang sorang rupanya." Adam tersenyum sinis.

"Adam. Lama betul kita tak jumpa. Susah betul nak cari kau sekarang." Julia yang turun dari kereta menuju kearah mereka.

"Kau ke yang jaga budak ni?" Adam sudah semakin jelas tentang misteri kehilangan Iskandar dahulu.

"Dia anak buah aku. Sudah tentu la aku yang akan jaga dia. Macam Gokudo jaga kau." Julia memerli.

" Buat apa kau datang sini? Ini urusan aku." Soal Iskandar.

"Budak Gokudo dah bulat kau, takkan kita semua nak tengok?" Julia menjawab sambil memeluk bahu Iskandar.

"Gokudo takda masalah dengan Bratva, Julia." Adam mengingatkan.

Kedua-dua kumpulan itu adalah sebahagian dari organisasi OAA ataupun One Above All. Organisasi yang dianggotai oleh enam kumpulan turut diserati oleh Camorra, Harlem, Laeme dan Triad.

"Iskandar sebahagian dari Bratva. Aku nasihatkan kau arahkan budak-budak kau berundur." Kata Julia.

"Hahaha. Jadi, huru hara yang jadi dalam tiga bulan ni, angkara kau rupanya." Adam ketawa sinis.

" Urusan Bratva takda kena mengena dengan Gokudo." Julia membalas.

" Urusan aku selagi berada dikawasan aku. Aku Kuzuri!" Adam membentak keras.

"Ya ya ya... Kuzuri. Tapi ingat...kalau dia hilang kawalan, aku sendiri tak mampu nak halang." Pesan Julia sambil mengerling ke arah Iskandar yang berdiri tidak berganjak.

Adam hanya mencebik. Tidak sabar dia ingin melihat kehebatan sebenar lelaki itu. Namun, sekarang bukan masanya. Dia memberi laluan kepada Iskandar untuk menziarahi pusara adiknya. Pandangan Iskandar yang menakutkan sebentar tadi serta merta berubah. Dia dengan bersahaja berjalan kehadapan dan duduk didepan pusara Q.

Adam memberikan isyarat agar para pengikutnya beredar. Sempat dia melihat kearah Iskandar sebelum melangkah keluar meninggalkan kawasan perkuburan itu.

The Devil's Child: Baba YagaWhere stories live. Discover now