#4

9 1 0
                                    

Sedang along berbaring di tepi tebing sungai, mengelamun jauh ke luar galaksi bima sakti.

*Beep*

Along melonjak terkejut kerana penghasilan hormon cortisol (Cortisol adalah hormon yang terkait dengan kewaspadaan, ketakutan, dan stres; sumber internet) nya melepasi paras normal.

Telefon bimbit along berbunyi menandakan masuk notifikasi mesej daripada coach melalui aplikasi pesanan ringkas atas talian – WhatsApp.

Meet me at the gym right now, urgent.

Along tergegas mendapatkan motornya dan memecut laju membelah jalan kampung yang sebahagian basah dan berlumpur.

***

George Hickman ialah MMA coach di jim berdekatan sekolah along. Coach yang berusia masih muda itu merupakan coach terkemuka di Nusantara yang melatih beberapa atlet tinju yang telah menjuarai One Championship di peringkat dunia seperti Kairat Akhmetov, Shannon "OneShin" Wiratchai and Rika "Tinydoll" Ishige.

Coach pening kepala mencari pengganti atlet bagi pertandingan tinju kategori featherweight yang telah menarik diri last minute. Along sahaja pilihan terakhirnya walaupun dia tahu yang along belum bersedia lagi untuk menyertai mana-mana pertandingan.

Risau akan along mengalami cedera yang teruk. Tapi coach terpaksa melibatkan along dalam pertandingan kali ini demi menjaga nama baiknya.

***

Selepas mendengar "berita gembira" itu, along bersetuju untuk menggantikan tempat atlet tersebut. Dia teruja dapat menyertai pertandingan sebesar itu. Malah along ingin mula berlatih dari saat itu juga.

Latihan tinju untuk persediaan sebelum pertandingan berbeza sedikit dengan latihan tinju harian. Latihan untuk pertandingan boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu high and low training stressors.

18 jam tujuh hari seminggu selama beberapa bulan along berlatih. Tiga sesi setiap hari iaitu sesi pagi, sesi petang, dan sesi malam. Along berlatih tanpa henti seperti jadual yang disediakan oleh coach. Hari isnin pagi, along melakukan latihan technical and drilling bersama 20 minit MMA specific cardiac output, pada sesi petang pula, along melakukan technical/drilling dengan flow sparring. Latihan pada hari isnin disudahi dengan MMA off-feet cardiac power and tempo intervals  pada sesi malam.

Selepas meluangkan hari-harinya dengan berlatih, along yakin dia boleh sampai ke peringkat akhir pertandingan tersebut.

Dalam sibuk berlatih, along lupa akan masalahnya dengan ibu sebelum ini.

Menghitung hari.

SketchWhere stories live. Discover now