#1

11 2 2
                                    

2 minggu selepas insiden itu...

Seusai solat subuh, along keluar rumah untuk jogging sekeliling taman. Ini merupakan rutin hariannya sejak dia menceburi bidang mix martial art (mma) 2 tahun lalu tanpa pengetahuan ibu. Jika ibu mengetahui perkara ini, sudah pasti ibu tidak akan membenarkan along menyertai aktiviti yang tidak membawa faedah kepada keluarganya dari sudut pandangan ibu.

Selepas jogging, dia menjenguk gym dimana atlet mma berlatih untuk competition yang tak lama lagi akan berlangsung. Dan juga  lepak dengan kawan-kawan atletnya. Selepas berjam-jam lepak di gym, along bergegas pulang ke rumah..
...

Sampai dirumah, along terus meluru ke bilik air untuk mandi menyegarkan badan. Ketika sedang mengeringkan badan, dia terdengar adik bongsunya menjerit kegirangan.

"Ini untuk kamu, ini untuk angah dengan achik" terang ibu kepada adik. Ibu baru pulang dari out station di Singapura itu membelikan souvenirs untuk anak-anaknya. "Yeay! Yeay! Yeay! Ibu belikan baju dan mainan baru." Laung kegembiraan si bongsu. 

Tetiba dia senyap seketika lalu bertanyakan soalan dengan serious kepada ibu.

"Tapi adik pelik lah, kenapa ibu tidak pernah beli apa-apa pun kepada along?" soal adik. Ibu agak tersentap dengan soalan itu. Tidak tahu mahu jawab apa.

Along masih lagi memasang telinga, tertanya-tanya juga akan apa ibu akan jawab... sehingga aktiviti yang dilakukannya ketika itu terbengkala.

Selepas beberapa saat membisu, lalu ibu menjawab pertanyaan adik, "along kan dah besar, dia boleh beli sen...." Belum sempat ibu menghabiskan ayatnya, adik deras menyampuk "tapi along belum kerja lagi, mana ada duit sendiri."

Along mula sebak. Ada kebenaran juga kata-kata adik itu namun dia tidak mahu timbul secalit dendam di dalam hati.

Ibu menamatkan perbualan itu dengan alasan ingin memasak lauk tengah hari sebelum angah dan achik pulang bermalam dari asrama kelaparan. Lalu ibu beredar dari situ sebelum ditanya soalan-soalan yang tidak mampu dijawabnya.

Memang betul apa kata adik itu, ibu tidak pernah membelikan apa-apa untuknya walaupun berkali-kali dia meminta untuk ibu membelinya. Pedih bagai dirobak-robak hatinya. Kecewa sungguh dia dengan layanan ibu terhadapnya.

Along nekad untuk lari dari rumah. Dia tidak sanggup terus dikecewakan oleh keluarga sendiri. Meluahkan perasaan tidak puas hati nanti dilabel anak derhaka. It is felt like when life handing you lemon but you do not have blender to make lemonade. What a pity life.

SketchWhere stories live. Discover now