#2

12 1 2
                                    

Pada ibu, along sudah dikatogerikan sebagai anak derhaka. Dia selalu menyakitkan hati ibu dan menimbulkan masalah dimana-mana sahaja dia menjejakkan kaki. Oleh kerana itulah, ibu mula mendikriminasikan along dek perasaan marah dan kecewa yang membuak-buak.

Hampir seminggu kewujudan along dinafikan oleh ibunya. Ibu berjaya menghasut angah dan achik turut sama mendikriminasikan along. Hati along bagai disiat-siat dengan pisau tajam. Perit, pertama kali dia merasa kosong sepanjang 17 tahun hidup.

Semakin hari, semakin stress along dek layanan keluarga. Hampir seminggu jugalah dia berkurung dalam bilik.

'Aku penat dengan layanan semua orang. Aku pun nak diri ini rasa dihargai, disayangi. Ya Allah berat sungguh dugaan mu ini. Hamba tidak sanggup untuk menempuhi ujian mu ini hari demi hari,' Along bermonolog.

Penat Lelah tidak terucap dengan kata-kata. Penat untuk terus kekal hidup walaupun mindanya mengatakan yang sebaliknya.

Death is the only answer he thought right now.

Andai dengan pemergian membuatkan semua orang happy terutama ibu aku rela mencabut nyawa ku sendiri. Along makin hanyut dalam pemikiran negatifnya.

Along terlena.

SketchWhere stories live. Discover now