"Apa nak jadi dengan kau ni, along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil, tak nak dengar cakap aku? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya mampu berdiam diri
Tidak memberi sebarang respon "Dah sekolah tak pandai, kaki gaduh. Habis satu taman ni umpat fasal kau. Mana aku nak letak air muka aku ni?" Leter ibu lagi. Suaranya memekik satu rumah. Amarahnya tidak tertahan lagi.
Along masih membatukan diri. Tidak berani untuk bersuara, bimbang ibu semakin naik angin. Lalu ibu bergegas mencari sesuatu dan kembali dengan hanger ditangan. Bulu roma along mencanak tinggi, terasa angin sejuk. Dia berdoa agar ibu tidak memukulnya seperti selalu.
"Kau cakap sekarang, kenapa kau bergaduh lagi? Kenapa kau pukul anak Dato' Kamal tu?" Namun along tidak dapat berkata-kata dek jantung yang semakin berdegup laju kebimbangan. Malah, lebih laju daripada arrhythmia. Mulut mahu berbicara namun dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan penjelasan peristiwa itu.
"Cakaplah along" Jerkah ibu. Along tersentap, tidak pernah ibu marah sebegini rupa.
Ibu semakin bengang. "Jadi betul lah kau yang mulakan pergaduhan tu?! Suka sangat cari penyakit, nah rasakan!!" Ibu mula merotan along berdas-das. Along mula meronta-ronta dan menjerit kesakitan. "Sakit bu. Sakit bu. Maafkan along, along janji tak akan buat lagi" along merayu belas kasihan dari ibu. Tangisan along teresak-esak namun tak diendahkan oleh si ibu.
"Kau tahu rasa sakit ya, bila kau pukul orang kau tak fikir orang tu sakit ke tak?" tengking ibu. Api kemarahannya bertambah, semakin kuat dia menghayun hanger memukul along.
"Bukan along yang mulakan bu... bukan along" along merayu lagi dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih pukulan ibu. Air mata tangisan along semakin deras bagai air terjun membasahi pipi.
Selepas penat merotan along, akhirnya ibu berhenti jua.
Along tak berani untuk memandang tepat ke mata ibu. Dia malu. Ibu asyik marah dengan sikapnya. Malah ibu pernah menitiskan air mata, semua berpunca dengan dirinya.
Malam itu along tidak dapat melenakan dirinya. Teringat akan peristiwa ibu memukulnya siang tadi. Sedemikian rupalah yang berlaku apabila dia membuat kesalahan. Mungkin ibu marah kerana dipanggil oleh pengetua buat kali ke-3 dalam bulan ini. Mana tidaknya dia telah menumbuk anak Dato' Kamal yang merupakan sponsor kepada sekolah dia itu meyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibu ke sekolah unutk memberi amaran buat kali keseterusnya. Bahkan dia digantung persekolahan selama sebulan.
Dia bangun dari katil dan meluru ke almari, mencapai ubat untuk disapu di bekas rotan berbirat dibadan. Pedih! Sepedih luka dihatinya. Dunia ini terasa tidak adil bagi nya. Tiada yang pihak yang sudi dengar isi hati kecilnya. Namun apakan daya semua memandang serong terhadapnya. Setiap kesalahan ditunding kearahnya. Tiada tempat untuk mengadu domba.
Dulu Ketika ayah masih hidup, wajah ibu sangat mendamaikan dimatanya bahkan tidak se-garang harini. Akan tetapi Allah lebih sayangkan ayah. Setelah ketiadaan ayah, sikap ibu mula berubah, semua perbuatannya kelihatan salah dimata ibu.
Along buntu bagaimana untuk memperbetulkan dirinya. Entah apa yang salah.
Along memejam mata, menahan air mata keluar dari kelompak mata.
YOU ARE READING
Sketch
FantasySemoga perkongsian ini menginsafkan semua pihak yang tidak memahami jiwa remaja yang dilihat bermasalah. Sedarlah bahawa ada remaja yang ingin melakukan perubahan. Mereka juga ingin disanjungi dan diberi kesempatan membuktikan mereka adalah manusia...