" Kau nak tidur mana ? Nak tidur guest room ke nak tidur bilik aku ? " Soalku sambil menutup pintu rumah agamku , namun soalanku diendahkan dan tidak dijawab oleh Amanda . Amanda leka mencari - cari kelibat seseorang didalam rumah ku . Aku mula curiga dengan tingkah laku nya itu .
" Oi , aku tanya kau ni . Kau dengar tak apa aku cakap ni . Kau cari sape ? Terjenguk - jenguk sana sini , apahal ?
Kau cari sape ? " soalku sambil menarik beg bagasi yang dibawa oleh Amanda . Padahal tidur rumah aku dua hari je , dia siap nak bawak beg bagasi bagai asal . Maklum lah perempuan , biasalah barangnya kan banyak . HAHAHAHA" Ouh dengar dengar . Aku nak tidur dengan kau jela . Rumah kau ni dah la besar , karang aku sesat kan susah . " Jawab Amanda yang matanya masih melilau ke seluruh kawasan rumah ku . Apa yang dia cari sebenarnya ni , dia ni mencurigakan betul la .
" Alahhh padahal takut , cakap je la . Haaa kau ni lagi tadi macam cari something je , kau cari apa sebenarnya eh dekat rumah aku ni ? " soalku kepada Amanda . Amanda yang terdengar soalan yang ditanya oleh Afsyah membuat kan dirinya berhenti dari membuat tingkah lakunya yang pelik itu .
" Ma.. ma.. mana .. ada cari siapa siapa pun . Apa la kau ni . " Jawab Amanda dengan gagap serta gelak palsu .
" Elehhhh , kau cari Airil kan . Abang aku tak balik rumah lagi , dia pergi main bola sepak dengan kawan dia . Mungkin dalam pukul 10.00 malam dia balik la tu . " Kataku sambil berjalan ke arah lif untuk memasuki bilik tidur aku yang terletak di tingkat 3 .
" Eh , kenapa aku nak cari abang kau pulak , apa kene mengena dia dengan aku pulak ni . You're so funny la babe . " Jawab Amanda dengan muka yang agak cuak itu serta menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal .
" Cakap je la yang kau suka abang aku , tak payah la nak sorok - sorok sangat la Engku Amanda sayang . Kau suka abang aku dari kau form 1 lagi kan ? Aku tahu la , aku saja tak nak tanya kau suka sape sebab aku tahu yang kau memang takkan bagitahu aku pun kalau aku tanya , but I know it by myself , HAHAHAAHHA " jawab ku sambil tergelak kecil .
" Eish mana kau tahu ni ..! . " Soal Amanda dengan muka yang agak cuak itu setelah aku mengetahui siapa cinta hatinya yang selalu dia ceritakan padaku itu . Rupa-rupanya lelaki itu adalah abangku sendiri .
Amanda memang menyukai abangku sejak dirinya berusia 13 tahun lagi . Namun dia hanya menyimpan perasaan cintanya terhadap abangku iaitu Tengku Airil Haikal .
Sedang kami leka menonton movie di Tv bersama tiba - tiba pembantu rumahku iaitu Mak Yan mengetuk pintu bilik . " Afsyah Mak Yan dah siap kan makanan malam , turun la ye , Mummy , Daddy , Adik dengan Abang Airil pun sudah ada di bawah . Turun ye ." Kata Mak Yan .
" Okay baik Mak Yan , terima kasih ye . " Kataku sambil bangun dari sofa yang terletak di hadapan TV dibilikku .
Mak Yan hanya membalas dengan anggukan sahaja lalu menutup pintu bilikkku dan terus turun ke bawah." Haaa ?! Abang Airil kau dah balik .? Seriously ..? Omaigad Afsyah , I'm really shaking right now . " Tanya Amanda dengan begitu riang sambil menggoncangkan tubuh ku .
" Eish kau ni , tak payah la excited sangat . Dah jom turun makan ." Jawab ku sambil membetulkan baju dan rambut ku yang sudah serabai akibat perbuatan tidak waras Amanda sebentar tadi .
" Ei excited nya aku . " Ujar Amanda sambil menepuk kedua - dua belah tangannya. Aku hanya mengendahkan sahaja perbuatan gediknya itu dan meninggalkan Amanda keseorangan dibelakang . " Ehh tunggu la aku Afsyah ! " teriak Amanda yang sedang mengejar Afsyah yang sedang keluar dari bilik tidurku.
" Haaa turun pun anak dara pemalas ni . Tak reti nak tolong orang dekat dapur ke ? Ni tidak asyik terperap je dalam bilik . Pemalas , nasib malang la sape yang kahwin dengan Syah ni nanti . " Kata abangku sambil bermain telefonnya .
YOU ARE READING
ATLET ITU CRUSH AKU
Romance~ Tengku Afsyah Hufaira ~ Tengku Afsyah Hufaira merupakan anak kedua kepada Tan Sri Riezwan dan Puan Sri Sofea . Afsyah sangat dikenali dengan sikap sopannya dan bijaknya kerana Afsyah merupakan pelajar cemerlang disekolah . Afsyah sangat peramah...