Part 1

7.3K 267 0
                                    

"Mama nak bincang sesuatu sebenarnya dengan kamu berdua. Itulah sebabnya mama panggil kamu berdua ke sini."

"Penting sangat ke mama?"

"Sebenarnya mama dah lama tanamkan niat untuk bagitahu kamu pasal ni."

Puan Park melihat ke arah anaknya dan Clara bersilih ganti. Chanyeol dan Clara hanya diam tidak memberi sebarang respon.

"Mama dengan papa sebenarnya dah lama rancang semua ni sejak kamu kecil lagi. Tunggu masa je. So sekarang, mama rasa dah tiba masanya. Mama nak kamu berdua kahwin." kata Miss Park sambil tersenyum girang.

"What?! Mama tak mungkin lah. This is joke right?" soal chanyeol lalu memandang ommanya, tajam.

"Tak Chan. Mama tak bergurau. Ni serious. Kalau kamu kahwin pun dengan dia bukannya ada masalah pun. Mama dengan papa suka dengan dia. Baik,cantik dan paling penting sekali sopan santun."

Clara hanya diam membisu. Dia sebenarnya memikirkan nasibnya. Dia tidak dapat menerima kalau dia harus berkahwin dengan Chanyeol. Lagi-lagi Chanyeol adalah orang yang istimewa dalam kamus hidupnya. Tapi, dia tidak pernah terfikir yang Chanyeol akan berkahwin dengannya.

"Kenapa mama? Nanti kalau kawan-kawan atau satu sekolah tahu Chanyeol kahwin dengan dia ni, habislah." kata chanyeol lalu mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Kusut!!

"Yang tu sayang jangan risau ya. Mama tahu macam mana nak uruskan. Yang penting kamu berdua kena kahwin juga dalam masa terdekat ni. Clara okay tak?"

Clara  hanya tersenyum dan mengangguk tanda faham.

Kemudian Chanyeol terus bangun lalu menuju ke bilik. Agaknya mahu menenangkan fikiran. Kerana perkara ini berlaku secara tiba-tiba. Sementara itu, di bilik Clara pula dia hanya termenung sendirian sambil berbaring di atas katil. Beberapa minit kemudian, dia pun tertidur lena dibuai mimpi.

Naughty Kiss Where stories live. Discover now