Part 7

2.9K 181 1
                                    

Keesokkan harinya...

[Skip]

Minwoo hanya memerhatikan sahaja perlakuan Clara pada hari tersebut. Seperti ade sesuatu yang sedang bermain di dalam fikirannya. Tidak beberapa minit kemudian, Chanyeol pun turun ke bawah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Hyung!" panggil Minwoo.

Chanyeol terus mengambil tempat di sebelah adiknya dan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Minwoo nak tolong abang pikat Clara noona. Nak tak?" bisik Minwoo kepada Chanyeol.

"Boleh juga. Bagilah idea." kata Chanyeol.

"Macam ni..bla..bla..bla." terang Minwoo dengan panjang lebarnya.

Clara hanya memerhatikan sahaja perlakuan mereka dua beradik itu. Apa topik yang dibualkan sehingga tersenyum-senyum.

[Skip]

Di sekolah...

Clara hairan dengan sifat Chanyeol hari ni. Sebelum ni Chanyeol lebih suka menyendiri, diam dan jarang senyum. Tapi, hari ni terus berubah serta merta menjadi seorang yang peramah dan ceria. Walaupun hairan dengan sikap Chanyeol, dia masih memuji-muji Chanyeol di dalam hatinya.

"Hari ni saya nak belanja awak makan. Awak tunggu saya tau!"

"Tapi..Tapi..."

"Takde tapi tapi. Awak nak ke tak nak?" soal Chanyeol.

"Hurm... Yelah." balas Clara.

"Ok. See you again." kata Chanyeol lalu memberikan senyuman manis kepada Clara.

Clara berasa gembira sangat bila dengar Chanyeol nak belanja makan. Sebenarnya dia bukan berharap sangat Chanyeol akan belanja dia, tapi dia hanya nk bertemu dengan Chanyeol sahaja.

Tanpa Clara sedari, ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya dari jauh. Kemudian, dia terus beredar dari situ. Siapakah dia?

[Skip]

Di dalam kelas keadaan sungguh bising dengan suara penghuni kelas tersebut. Clara dan kawan-kawannya leka berbual tentang geng Titi yang diketuai Hyuna.

"Bangun..." arah Sir Jaesuk sambil membetulkan bingkai cermin matanya.

"Selamat pagi Cikgu." ucap semua murid di dalam kelas itu.

"Ok semua boleh duduk."

"Terima kasih Cikgu."

"Kamu tunggu apa lagi? Masuklah." arah Sir Jaesuk kepada seseorang di luar kelas. Perbuatan Sir Jaesuk telah membuatkan semua pelajar berasa hairan.

"Hari ni akan ada murid baru yang akan masuk ke dalam kelas ni. So, boleh perkenalkan diri kamu?"

"Anyeonghaseyo. Oh Sehun imnida. Awak semua boleh panggil saya Sehun saje. Harap awak semua boleh bekerjasama dengan saya. Kamsahamida." kata pelajar baru itu sambil tersenyum.

Semua pelajar perempuan di dalam itu bersorak untuk Sehun.

"Handsomenya dia." kata Chorong, fangirling terhadap Sehun.

"Handsomenya! Ishh!! Chanyeol macam mana?" marah Clara kepada dirinya sendiri.

"Kalau macam tu, awak duduklah sebelah Clara ye." arah Sir Jaesuk lalu tunjuk ke arah tempat kosong di sebelah meja Clara.

Semua murid dalam kelas tersebut, masih tidak boleh melepaskan pandangan dari Sehun. Bagi murid perempuan, Sehun bagai cheonsaga(angel). Dan bagi lelaki pulak, mereka cemburu dengan wajah yang dimiliki Sehun. Ramai yang nak berkawan dengannya.

"Anyeong! Sehun imnida." kata pelajar baru itu lalu menghulurkan tangannya.

"Anyeong! Clara imnida." sapa Clara dan menyambutkan tangan Sehun.

Dia sudah terpikat dengan Sehun apabila melihat senyuman Sehun yang semanis madu itu. Clara begitu gembira kerana dapat belajar dengan lelaki yang handsome macam Sehun ni. Dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya apabila Sehun duduk di sebelahnya.

[Skip]

Loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat. Clara pun teringat pasal Chanyeol nak belanja makan waktu rehat ni. So, Clara pun mengemas barang-barang dia lalu keluar menuju ke kelas Chanyeol. Apabila tiba di kelas Chanyeol, terdapat dia masih belum keluar lagi. Jadi Clara hanya berdiri di luar kelas menunggu Chanyeol.

Tiba-tiba..

"Tak rehat lagi? Tak lapar ke?" soal Sehun dengan jarak yang dekat.

"Handsomenya dia!" puji Clara di dalam hati apabila dapat melihat muka Sehun dengan lebih dekat.

"Hello? hello? Baby?" soal Sehun berkali kali sambil melambaikan tangannya di hadapan muka Clara.

"Oh Sorry. Awak panggil saya apa tadi? Baby?" soal Clara pula setelah sedar dari terus berangan.

"Eh Nothing. Awak salah dengar kot." kata Sehun sambil tangannya diletakkan di belakang leher.

"Salah eh? Mianhei..." kata Clara dengan pipinya dah bertukar merah.

"Btw, tunggu siapa?"

"Tengah tunggu Ch..."

Belum sempat Clara habis cakap, tiba-tiba ada satu suara datang menyampuk.

"Sorry sebab tunggu.... lama." kata Chanyeol yang baru sahaja keluar dari kelas.

"Chanyeol! Jom? Kata nak belanja."

"About that, sorry. Awak rehatlah dengan dia. Saya ada hal dengan kawan saya." kata Chanyeol.

Sebenarnya, dia ternampak semua apa yang Clara dan Sehun lalukan tadi. Dia terus menipu Clara mengatakan dia ada hal.

"Tapi... Awak kan d-"

Belum sempat Clara nak cakap, Chanyeol dah pergi. Clara hanya terpinga-pinga berdiri di situ. Sehun yang dari tadi berdiri di situ pun, mula mengambil peluang.

"Jomlah, biar saya belanja awak makan. Kesian awak." pelawa Sehun lalu terus menarik tangan Clara.

Naughty Kiss Where stories live. Discover now