Part 10

2.2K 162 0
                                    

Clara terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan aunty dan uncle sedang duduk di ruang tamu menonton tv dengan gelak-tawa.

Clara? Mari sini duduk sebelah aunty." panggil Miss Park.

Clara pun menuruti arahan Miss Park dan memgambil tempat di sebelah Miss Park.

"Kamu tak lupa lagi kan pasal perkahwinan kamu dengan Chanyeol tu?"

"Mestilah saya tak lupa."

"Lagi seminggu je kamu akan kahwin dengan Chanyeol. Lepas ni, kamu kena jaga Chanyeol. So, aunty harap lepas ni kamu takkan ulangi kesilapan ni lagi."

"Nae. Mianhei. Clara naik atas dulu."

Clara terus beredar dari ruang tamu dan naik ke atas. Setibanya di tangga, tiba-tiba kelihatan Chanyeol berdiri tegak dengan pandangan kosong. Clara yang dari tadi asyik termenung, terus menjerit dan hampir terjatuh akibat terkejut. Tetapi, sempat disambut oleh Chanyeol. Muka mereka berdua bertemu rapat dan Chanyeol hanya merenung sepasang mata berwarna coklat hazel yang cantik milik Clara. Jantung Clara berdegup pantas.

"Wahai hati tak penat ke berdegup? Nak tercabut rasanya." monolog Clara sendirian.

Setelah beberapa minit kekal dalam posisi berikut, Chanyeol terus menolak Clara dan menyebabkan Clara tersandar di dinding. Selepas itu, Chanyeol terus beredar dari situ dan masuk ke dalam biliknya.

"Lepas dah buat jantung aku dup dap dup dap, kau tinggalkan aku macam tu je?" kata Clara dengan sedikit marah.

Naughty Kiss Where stories live. Discover now