Part 16

2.1K 136 2
                                    

Keesokkan harinya di sekolah...

Sehun sedang leka menyiapkan kerja Math. Apabila Clara masuk sahaja ke dalam kelas, terus Sehun menyimpan buku-bukunya.

"Macam mana semalam?"

"Macam tu jelah. Tapi, sorrylah sebab saya tak dapat ikut awak semalam. Mianhei."

"It's okay. Saya nak tanya ni, tapi awak jangan marah tau."

"Tanyalah. Takkan saya nak marah."

"Awak ada boyfriend tak?" soal Sehun dengan nada yang teragak-agak.

Clara hanya diam apabila mendengar soalan yang ditujukan kepada dia. Apa yang patut dia jawab.

"Errr...Sa-y-ya..."

Clara buntu dengan apa yang dia patut jawab. Sehun tak boleh tahu yang dia akan berkahwin dengan Chanyeol. Jadi dia pun memberitahu kepada Sehun yang dia tak ada boyfriend.

"Ani. Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu kat saya?"

"Saja. Thanks."

Kata Sehun lalu menyambung semula kertas sekolah Mathnya.

"Yes!! Ada peluang." kata Sehun dalam hati sambil tersenyum.

Clara pula hanya memerhatikan Sehun. Pelik. Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam itu.

***

Selepas tamat waktu persekolahan, Clara mengemaskan barang untuk dimasukkan ke dalam beg.

"Kau nak ikut tak kita orang?" soal Chorong.

"Taknaklah. Kau orang pergilah. Aku ingat nak terus balik rumah."

"Okay. Bye..."

Chorong dan rakan-rakannya yang lain bercadang untuk buat study group di Mc donald. Termasuk Clara.

Selepas kemas, Clara menyandang begnya dan berlalu keluar dari kelas. Clara berjalan menuju ke locker untuk mengambil sesuatu barang.

Ketika dia berjalan di lorong locker tersebut, dia seperti terdengar bunyi tapak kaki. Dia menoleh ke belakang, tetapi tiada sesiapa. Jadi, dia meneruskan perjalanannya sehinggalah tiba di lockernya.

Apabila tiba di lockernya, dia pun membukanya dan mengambil barang. Selepas itu, dia menutup kembali pintu locker tersebut. Baru sahaja dia mahu pusing, tiba-tiba ada orang menolaknya ke locker sehingga belakang terhentak dan membuatkan dia menjerit.

"Kyyaaaaa!!" jerit Clara.

Kemudian, satu tangan kasar menutup mulutnya dan sebelah lagi memegang bahunya. Clara menutup matanya dengan rapat sambil menjerit dengan mulut yang tertutup.

"Ni akulah!"

Setelah mendengar suara itu, dia pun membuka matanya dengan perlahan-lahan. Kelihatan orang di hadapannya mengerutkan dahi. Keningnya sedikit terangkat. Macam kenal dia ni. Jap...

"Chanyeol!!"

"Ye ni aku!! Yang kau menjerit dah kenapa?!"

"Tak saya ingat ada orang jahat nak apa-apakan saya. Mana tahu dia nak culik saya ke, bunuh ke. Tulah saya menjerit."

Chanyeol tergelak apabila mendengar jawapan Clara. Dia ni banyak sangat ke tengok drama? Aduhaii..

"Dalam sekolah ni, mana ada orang jahat boleh masuk. Kalau ada pun, budak-budak dalam sekolah ni. Tapi, ada ke yang dendam dengan kau?"

"Dah dah!! Yang awak ada kat sini kenapa?"

"Aku nak jumpa kau lah!"

"Jumpa? Kenapa? Bukannya ada apa-"

Belum sempat Clara menghabiskan ayatnya. Chanyeol menghampiri mukanya dan cium bibir dia.

Clara yang sedang bercakap itu tiba-tiba terhenti. Dia terasa seperti ada sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya. Apabila dia sedar bahawa Chanyeol telah cium dia, cepat-cepat dia membuka matanya. Dia pun menolak tubuh Chanyeol yang hanya beberapa inci daripadanya.

Clara masih terkejut dengan tindakkan Chanyeol itu. Dia hanya diam dan memandang Chanyeol dengan pandangan blurr.

"Kenapa awak ci-u-um s-a-ya?" soal Clara, gugup dengan jari dibibirnya.

"Kau banyak sangat cakap. Aku malas nak dengar kau membebel. Aku nak bawak kau baliklah. Takut kau pergi mana-mana ke dengan kawan kau."

"Perlu ke?"

"Kau bakal isteri aku. Lagi seminggu kita nak kahwin. Kalau apa-apa jadi kat kau nanti aku yang kena tanggung. Apa aku nak jawab dekat omma dengan appa?"

Clara hanya diam mendengar penjelasan Chanyeol itu. Sejak bila dia caring pasal aku? Isteri?

"Jom." kata Chanyeol lalu memegang tangan kanannya dan menariknya.

***

Chanyeol berbaring di atas katil sambil leka membaca buku. Tiba-tiba telefon berdering. Nama yang tertera di skrin telefonnya 'Baekhyun'. Apabila tengok sahaja nama itu, Chanyeol terus mengangkat panggilan tersebut.

"Yeoboseyo? Hello bro~"

"Hello. Asal tiba-tiba telefon
aku pulak ni?
I smell something fishing~"

Kedengaran suara Baekhyun tergelak. Chanyeol hanya tersenyum dengan gelagat rakannya itu.

"Apa? Mana ada. Aku nak tanya kau ni, tinggal seminggu je lagi kau nak kahwin dengan Clara. Ada perkembangan?"

"Perkembangan apa pulak ni?"

"Hubungan koranglah. Makin rapat ke atau sebaliknya."

"Owhh~ Well, macam tu jelah.
Chop chop. Aku yang nak
kahwin ke atau kau?" 

"Of course kau."

"Dahlah. Jangan kacau aku lagi.
Aku nak baca buku ni."

"Kau tak telefon Clara ke? Mesej ke? Aishhh!! Sengsara hidup dia
sebab kahwin dengan kau tau tak?
Bukannya nak call dia."

"Buat apa nak call dia.
Aku dengan dia sa-"

Oppss. Chanyeol hampir-hampir sahaja terlepas cakap. Walaupun Baekhyun kawan rapatnya, tapi dia tak boleh tahu pasal ni.

"Sa apa? Okaylah. Kau pergilah sambung baca buku tu. Anyeong. Bye~"

Setelah habis perbualan telefon mereka, Chanyeol mengurut dadanya. Nasib. Kalau tidak tadi,mesti Baekhyun dah fikir lain.

Naughty Kiss Where stories live. Discover now