Part 14

2.1K 159 3
                                    

Di dalam kereta...

Chanyeol P.O.V

Chanyeol termenung sendirian. Tiba-tiba dia terasa jantungnya berdegup pantas. Dia meletakkan tangannya di dada. Detak jantungnya begitu kuat

"Apa dah jadi dengan kau ni? Ani ani ani. Abaikan jelah."

Tiba-tiba Clara datang menghampiri dan mengetuk-ngetuk cermin kereta tersebut.

"Bukalah pintu ni. Awak nak biar saya mati kesejukkan ke kat luar ni!!"

"Aishh!! Arasso arasso!" kata Chanyeol lalu membuka pintu kereta tersebut.

"Saya tunggu awak lebih kurang 10 minit kat luar tu, tapi awak boleh termenung?!"

"Mianhei. Awaklah yang lama sangat nak salin baju sampai saya pun dah naik bosan tunggu kat situ, tahu tak!!"

Clara hanya diam dan menoleh ke tingkap untuk melihat pemandangan di luar. Malas lagi nak meneruskan pertelingkahan tadi. Kalau cakap lagi, buat sakit hati jelah. Chanyeol pun mula menghidupkan enjin kereta dan memandu beredar dari situ.

Sepanjang perjalanan itu, mereka hanya diam sehinggalah tiba di rumah. Clara masih pelik dengan kelakuan Chanyeol kebelakangan ini. Walaupun masih dengan sikap dinginnya tu, kadang-kadang dia melayan Clara dengan baik.

//Skip//

Di sekolah...

"Clara kalau hari ni kita pergi jalan-jalan nak tak?" soal Sehun tiba tiba.

"Keluar? Pergi mana?"

"Entahlah. Saya pun tak pikir lagi nak keluar pergi mana."

Sehun mengigit bibirnya sementara menanti jawapan Clara.

"Emmm.... Arasso. Anyeong!!"

Clara pun berlalu pergi meninggalkan Sehun di dalam kelas. Sehun hanya tersenyum apabila Clara sudi keluar bersamanya hari ni. Sebenarnya, Sehun mahu mengambil peluang ini untuk menjadi lebih rapat dengan Clara. Semakin hari semakin dalam perasaannya terhadap Clara. Ya, dia mengaku bahawa dia sudah jatuh cinta kepada Clara.

Di rumah...

"Anyeonghaseyo."

"Clara, mari sini makcik nak tanya sesuatu kat kamu ni."

"Ada apa?"

"Hari ni pakcik kamu nak belanja kita semua makan malam di restoran yang selalu kita pergi tu. Kamu free tak hari ni?"

Clara hanya diam membisu. Apa yang dia harus jawab? Nak keluar dengan Sehun atau ikut makcik. Aduhh buntu kepala otaknya memikir. Setelah berfikir sejenak, dia sudah membuat keputusan.

"Okay. Clara ikut malam ni."

"Baguslah macam tu. Pukul 8 kita gerak okay?"

Clara hanya mengganguk perlahan. Dia berasa bersalah terhadap Sehun kerana tidak dapat keluar dengannya. Clara pun mula mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Sehun. Sebelum panggilan diangkat, dia mengeluh.

"Yeoboseyo? "

"Anyeong. Sehun ni saya Clara."

"Owhh. Ada apa ni?

"Sebenarnya...pasal tadi yang awak ajak saya keluar tu, saya minta maaf
banyak-banyak. Saya tak dapat keluar dengan awak sebab saya kena keluar dinner dengan family saya. Saya tak sanggup nk tolak.."

Clara berkata dengan nada kesal. Dia berharap yang Sehun tak marahkan dia.

"Owhh..Tak apalah. Lain kali kita boleh keluar. Hal family lebih penting. Apa-apa pun, enjoy!"

"Nae.. Anyeong.."

Sehun: Anyeong!

Sehun P.O.V

Sehun hanya mengeluh. Dia baru sahaja membuat persiapan untuk keluar bersama Clara pada petang nanti.

"Walau apa pun yang jadi, aku mesti luahkan perasaan aku dekat dia jugak!!"

Sehun sudah nekad yang dia tidak mahu menangguhkan lagi bab ni. Kata orang, tentang perasaan jangan ditangguh-tangguhkan lagi. Kalau suka, cakap suka. Terus terang. Kan senang?

"Tapi, dia ada boyfriend tak? Kalau dia dah ada boyfriend pun, aku tetap nak luahkan perasaan aku dekat dia."

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

//Flashback//

Tiba-tiba Sehun datang menghampiri mereka dan duduk di sebelah Clara.

"Fikir apa?"

"Oh... Sehun rupanya. Fikir pasal si Clara ni. Apa benda yang membuatkan dia ni tersenyum-senyum selain daripada si PCY tuh!"

"Buat pengetahuan kau, nama aku Oh Sehun bukan Oh... Sehun!"

"Ye ke? Sorrylah."

//End of flashback//

"Siapa PCY tu? Mesti orang tu special sebab mampu buat Clara tersenyum. Hurmmm.. Aku mesti kena siasat siapa PCY tu."

End of Sehun P.O.V

Pada malam itu, di restoran barbeque...

Clara hanya termenung sementara menunggu pesanan sampai. Perutnya mula berbunyi menandakan lapar. Disebabkan ramai orang di restoran tersebut, terpaksa menunggu giliran. Restoran ini memang ramai orang terutamanya pada waktu hujung bulan.

Chanyeol hanya memerhatikan Clara yang berada di hadapannya. Dia mencari idea untuk menyakat Clara jadi dia pun menendang kaki Clara pada bawah meja.

"Ouchh!! Sakitlah!"

Terus tersentak Clara dari lamunannya. Dia memandang kiri kanan untuk mencari siapakah yang lakukannya. Dia pun menoleh ke hadapan, dan kelihatan Chanyeol sedang tersenyum sinis.

Apabila melihat reaksi Chanyeol, dia sudah tahu siapa yang melakukannya.

"Ishhh... Awak ni kan! Kalau satu hari tak kacau saya, memang tak lengkapkan hidup awak tu!"

Chanyeol hanya buat-buat tak dengar. Padahal dalam hatinya bersorak kerana dapat menyakat Clara. Tiba-tiba dia tersedar akan sesuatu.

Dia merasa pelik dengan dirinya sendiri sejak kebelakangan ini. Dulu dia lebih suka berdiam diri tetapi sekarang dia rajin menyakat dan mengusik Clara. Dia hanya berfikir tentang perubahan dirinya. Sekarang ni dia pula yang termenung.

Naughty Kiss Where stories live. Discover now