Part 31

727 29 0
                                    

"Nasib baik awak cepat tadi. Kalau tidak, perkara buruk mungkin jadi kat isteri awak," kata Doktor sebaik sahaja dia keluar dari bilik wad bersalin.

"Dia okay ke doktor?" soal Chanyeol masih cemas.

"Dia okay. Jangan risau. Lepas ni kami akan pindahkan dia ke wad biasa," kata doktor tersebut sambil tersenyum.

"Baik doktor. Terima kasih ya," ucap Chanyeol lalu doktor tersebut pun mengangguk sebelum beredar masuk semula ke dalam bilik yang Clara ditempatkan.

Chanyeol terus mengambil tempat semula di kerusi lalu dia teringat semula kejadian tadi.

//Flashback//

Chanyeol terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Sebaik sahaja enjin dihidupkan, dia baru teringat sesuatu.

Dia membuka semula seat beltnya lalu keluar dari perut kereta.

"Ishhh nak pergi mana tu?!" jerit Clara.

"Huh? Jap, wallet saya tertinggal," kata Chanyeol lalu menuju ke pintu dan membuka semula mangga pintu.

Chanyeol menghabiskan hampir 5 minit di situ sementara Clara sudah hilang sabar dan menahan sakit yang tidak dapat digambarkan.

Beberapa minit kemudian, kelihatan bayang Chanyeol muncul semula. Selepas mengunci semula pintu, dia berlari menuju ke kereta dan masuk semula ke dalam kereta.

"Palli!" jerit Clara.

"Arasso. Sabarlah," kata Chanyeol, tak tentu arah buatnya.

***

"Kenapa berhenti?!" soal Clara sambil memaut pada lengan Chanyeol.

Dia terkejut dan berasa geram apabila Chanyeol tiba tiba berhenti.

"Tak nampak tu traffic light merah," kata Chanyeol selamba.

"Awak tahu tak, yang saya ni dah tak tahan. Jalan jelah!" kata Clara, marah.

Dia dah tak fikirkan undang undang atau apa lagi. Sakit yang dia alami sekarang ni dah tak mampu nak bertahan lagi. Dia risau yang dia mungkin terberanak di dalam kereta sebelum sempat tiba di hospital.

"Mana boleh. Nanti kalau apa apa jadi, saya jugak yang kena!" kata Chanyeol kembali.

Clara hanya mampu mengeluh dan mengetap bibirnya, geram.

Nasibnya baik, lampu mula bertukar hijau semula dan Chanyeol pun mula memandu semula.

Selepas itu, kereta yang dinaiki mereka berhenti lagi. Clara pun terus membuka matanya lalu memandang ke arah Chanyeol di sebelahnya.

"Berhenti lagi?!"

"Traffic light," balas Chanyeol ringkas.

Clara menghirup udara dan perlahan lahan menghembus semula cuba menahan sakit dan marah pada masa yang sama.

Perjalanan ke hospital yang sepatutnya hanya mengambil masa 15 minit dirasakan sudah hampir sejam.

"Awak tahu tak, yang saya ni betul betul rasa sakit ni! Rasa nak beranak ni,"

"Sabarlah," kata Chanyeol cuba kelihatan tenang.

Nampaknya sudah mula mereka berdua bertekak di dalam kereta.

"Saya kata naik ambulans kan senang. Awak pulak sibuk nak hantar saya," kata Clara sekali lagi.

Kali ini dia betul betul berangin dengan suaminya, Chanyeol.

"Ishh kejap lagi sampailah. Tahanlah sikit lagi,"

"Saya yang kena rasa sakit ni bukan awak!" marah Clara lagi.

Rasa sakitnya berlawan lawan dengan rasa geram yang membuak buak. Manakala, Chanyeol hanya diam walaupun Clara di sebelahnya tidak berhenti marah dan membebel.

"Ishh dah nak bersalin pun sibuk nak membebel," omel Chanyeol dalam hati.

"Ni kalau dia dengar mati aku," kata Chanyeol sekali lagi dalam hati.

Tanpa sedar, akhirnya mereka tiba juga di hospital dan Clara cepat cepat dimasukkan ke dalam wad kecemasan.

//Flashback End//

Chanyeol tergelak seorang apabila teringat peristiwa tadi. Rasa terhibur pulak secara tiba tiba.

Naughty Kiss Where stories live. Discover now