Part 18

1.9K 133 0
                                    

Di rumah...

Chanyeol duduk termenung di bendul tingkap di dalam biliknya. Sambil menikmati pemandangan di luar yang tenang dan langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang serta bulan yang terang.

Jam menunjukkan sudah pukul 7 malam.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

//Flashback//

"Mengigau rupanya. Ingatkan dah bangun." kata Chanyeol sambil tersenyum.

Tiba-tiba dia terdengar Clara bercakap sesuatu di dalam tidurnya yang membuatkan dia diam terpaku.

"Chanyeol...Chanyeol... Neomu joha. Saranghae Chanyeol..."

//Flashback end//

Sedang dia leka termenung, tiba-tiba hujan lebat turun membasahi bumi.Jap. Tadi lepas makan malam, Clara terus lenyap. Masa dia masuk bilik Clara untuk panggilnya bagi mengulang kaji bersama-sama pun Clara tak ada. Jadi, dia pun bangkit untuk turun ke bawah.

***

"Ma, nampak Clara tak?"Soal Chanyeol sebaik sahaja nampak mamanya sedang menonton televisyen bersama papanya dan adiknya, Minwoo.

"Clara? Owhh... Tadi dia cakap nak keluar jap. Tapi ni kan dah hujan takkan dia tak balik-balik lagi." jawab Ms. Park

Chanyeol hanya diam memproses ke mana Clara pergi pada waktu-waktu begitu.

"Eishhh!! Minah ni. Asyik keluar malam je."Katanya dalam hati sambil mengetap giginya.

"Chanyeol, kamu pergi cari Clara. Mama risaulah pula. Kalau dia pergi rumah kawan dia takpalah juga."Kata Ms. Park dengan muka yang menunjukkan dia risau.

Chanyeol mendengar arahan mamanya itu hanya mengangguk perlahan. Dia mengambil payung yang terletak di sebelah rak kasut lalu berlalu keluar.

***

"Ishhh!! Sejak bila pula aku caring pasal dia ni?!" bebel Chanyeol sendirian sambil matanya melilau mencari kelibat Clara.

Walaupun dia menyukai Clara, tetapi kadang-kala sikapnya yang dingin dan mempunyai ego yang tinggi itu muncul dalam dirinya tanpa diundang.

Sedang dia berjalan dengan sebatang payung dan dalam keadaan hujan yang lebat, dia ternampak seseorang. Dari tepi seperti kenal. Keadaan yang gelap dan hujan yang lebat pada malam itu, mensukarkan dia untuk melihat dengan lebih jelas.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk menghampiri perempuan tersebut. Ianya memang betul Clara dan bajunya sudah basah kuyup dibasahi hujan.

Chanyeol menarik Clara dan ianya menyebabkan Clara berdiri berhadapan dengan dia.

"Kau ni kenapa?! Hujan-hujan macam ni pun nak keluar ke?! Kau gila ke apa?!"

Tengking Chanyeol secara tiba-tiba. Clara yang mendengar bebelan Chanyeol itu, terus memandang tajam ke arah mata Chanyeol.

"Ya memang saya gi..."

Belum sempat Clara menghabiskan percakapannya, tiba-tiba Chanyeol telah kiss bibirnya. Clara yang terkejut itu terus memukul dada Chanyeol minta untuk dilepaskan.

Chanyeol pula menahan kedua-dua belah tangan Clara dari memukulnya. Lama-kelamaan Clara hanya melerakan sahaja.

"Kau sukakan aku kan?"

"Mana ada!!"

Chanyeol merenung tajam ke dalam anak mata milik Clara. Cuba mencari jawapan.

"Ya!! Saya memang sukakan awak!! Saya tak boleh pandang mana-mana lelaki selain awak!!" jawab Clara dengan suara yang meninggi dan di tubir matanya bertakung air mata. Hanya menunggu masa sahaja untuk gugur.

Chanyeol pula hanya terdiam mendengar pengakuan Clara itu. Jadi, memang betullah apa yang dia dengar pada malam itu. Dia fikir yang ianya tidak benar kerana pada waktu tu Clara mengigau. Dan tanpa banyak bicara,dia membawa Clara ke dalam pelukannya.

Naughty Kiss Where stories live. Discover now