Part 4

2.9K 175 0
                                    

Keesokkan hari, mereka pergi ke sekolah seperti biasa. Chanyeol menaiki kereta manakala Clara berjalan kaki ke sekolah. Sebenarnya dari rumah hingga ke simpang hendak memasuki sekolah, Clara menaiki kereta bersama Chanyeol. Tetapi, apabila tiba di simpang tersebut, Clara berjalan kaki sehingga sampai sekolah bagi mengelakkan syak wasangka orang lain.

Apabila Chanyeol tiba sahaja di dalam kelas, Baekhyun lah orang pertama yang menghampiri dia.

"Kau tak datang sekolah dengan dia ke?" soal baekhyun.

"Aku ketuk juga kepala kau ni. Kau dah lupa ke?" soal Chanyeol sambil bercekak pinggang.

"Oppss!! Lupalah pula. Kalau kau pergi sekolah sama-sama dengan dia, mesti orang perasan kan?"

[Skip]

Kring... Kring... Loceng berbunyi menandakan waktu balik. Ketika waktu balik, Baekhyun telah terlihat Clara yang berjalan dihadapan mereka berseorangan. Baekhyun terus meninggalkan Chanyeol di belakang dan mendekati Clara.

"Hai! Sorang je ke?" soal Baekhyun lalu tersenyum, menampakkan sebaris giginya yang putih.

"Hai! Yupp. Chanyeol mana?" soal Clara sambil memandang kiri dan kanan, cuba mencari kelibat Chanyeol.

"Kat sini!"

Tiba-tiba seorang perempuan menghampiri Chanyeol dan terus memeluk lengan Chanyeol.

"Chanyeol oppa. Kenapa balik tak tunggu Hyuna?" kata seorang yeoja dengan nada yang mengada ngada.

"Perlu ke?" kata Chanyeol acuh tak acuh.

"Oppa! Kenapa cakap macam tu kat Hyuna pula? Oppa dah tak sayang kat Hyuna lagi ke?"

"Whatever." balas Chanyeol, berjalan meninggalkan hyuna, baekhyun dan clara yang dari tadi menunggu dia. Sebelum itu, dia sempat menyumbatkan earphone ke telinganya.

"Chanyeol! Chanyeol! Yahh, Park Chanyeol!" panggil Baekhyun, terjerit jerit tetapi Chanyeol sikit pun tak pandang memandangkan telinganya telah disumbatkan dengan earphone.

Baekhyun terus berlari menuju ke Chanyeol dan meninggalkan Clara sendirian di situ terpinga-pinga.

"Budak ni! Nasib baiklah kau kawan aku. Kalau tidak... Aishh!!" marah Clara lalu cuba mengejar Baekhyun yang tinggalkan dia terpinga pinga.

Sementara menunggu kereta tiba di situ, Clara sempat mendengar lagu kegemarannya yang bertajuk "Lost in love" oleh Taeyeon dan Tiffany snsd.

"I love you"

"It's okay, I can wait for you endlessly"

"When you come to find me"

"I can smile at you, always..."

Air mata terus mengalir dengan deras di wajahnya. Dia tahu yang Chanyeol tidak pernah mempunyai perasaan lebih dari kawan ataupun adik terhadapnya. Tetapi, dia tidak boleh melupakan cinta tersebut sejak dia bertemu dengan Chanyeol ketika berumur 7tahun.

Tanpa dia sedari, kereta telah tiba. Itu pun dia sedari bila namanya dipanggil berkali-kali oleh Chanyeol. Clara terus masuk ke dalam kereta dengan air mata yang masih mengalir. Chanyeol menyedari yang dari tadi Clara menangis. Dia ingin bertanya tetapi hatinya berkeras supaya tidak melakukan perkara tersebut. Kereta terus memecut laju menuju ke rumah mereka.

Naughty Kiss Where stories live. Discover now