"Hyebin! Cepattt" jerit Gaeul dari depan pintu bas.
Dengar sahaja jeritan dari Gaeul aku terus tambahkan kelajuan larianku.
Aku naik ke dalam bas dalam keadaan tercungap-cungap.
"Jeosonghabnida" kataku pada pakcik bas itu.
Pakcik bas tu hanya buat muka selamba kerana dia sudah biasa dengan kelewatan aku.
Aku scan kad pelajar di sebelah pakcik bas itu lalu berdiri di sebelah Gaeul.
Seperti biasa bas penuh dengan pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah.
Kalau aku tak lewat tadi, ada juga peluang kami untuk duduk di kerusi.
Sorry Gaeul.
"Kau terlajak tidur lagi lah tu" ujar Gaeul di sebelah aku.
Aku balas dengan sengihan.
Gaeul mengelengkan kepalanya.
"Layan tiktok Sunwoo sampai lewat malam la tu"
"Pandailah kau. Tahu je semua pasal aku." Kataku sambil menepuk bahunya.
"Aku tak tahulah kenapa kau boleh tersuka dengan si Sunwoo tu. Termasuk budak-budak sekolah kita. Kau tak rasa macam geli ke suka dengan rakan sekelas sendiri? Kalau aku kan tak boleh tengok video tiktok Sunwoo tu. Lagi-lagi dia buat video jenis boyfriend vibe"
"Kau tak faham. Aku ni hidup single sejak lahir tau. Walaupun hanya sebuah video, tapi ianya mampu mengisi kesunyian aku yang single ni"
"Kau suka vibe video tu ke atau suka orangnya?"
Aku tersengih.
"Dua-dua" jawabku.
Gaeul mengeluh berat.
"Kalau kau suka dia, kau luahkan perasaan kau pada dia. paling tidak pun, cuba kawan rapat dengan dia"
"Gila ke nak luahkan perasaan pada dia. Aku berbual dengan lelaki pun tidak, lagi nak luahkan perasaan. Takpelah aku rela jadi single seumur hidup aku."
"Apalah kau ni. Mana tahu dia pun ada hati dengan kau ke"
"Dia ada hati dengan aku? Memang taklah. Dekat kelas tu, pandang aku sebelah mata pun tidak. Lagi nak suka pada aku. Aku rasa macam aku ni halimunan pada pandangan dia. Sepanjang aku sekelas dengan dia, dia tak pernah cakap satu patah langsung dengan aku. Entah-entah nama aku pun dia tak tahu. Tak pelah Gaeul. Aku rela jadi single selamanya"
"Ikut kau lah. Aku tak boleh nak kata apa dah."
"Gaeul, aku ada idea"
Gaeul pandang aku dengan pandangan tertanya-tanya.
"Apakata kau je yang couple dengan aku. AHAHAHAHAH"
Gaeul pandang aku geli.
Aku tak henti gelak sehingga bas tiba-tiba memecut laju.
Aku tak tahulah kenapa bas tiba-tiba pecut laju, mungkin dikejar anjing... tapi waktu tu aku hilang imbangan badan aku.
Aku secara tidak sengaja terpijak kasut orang belakang.
Aku memusingkan badanku lalu memohon maaf padanya.
Pada masa yang sama, aku pandang ke arah kasut dia. Mana tahu ada tinggalkan cop tapak kasut aku dekat kasut dia ke.
Tapi nasib baik tak de.
Aku mengangkat kepalaku memandang wajah pemilik kasut itu.
Sebaik sahaja anak mata kami bertemu, aku terus jadi beku.
Rasa macam roh aku keluar dari jasad.
Dia Ialah...
Sunwoo...
TBC