🏫☀️
[Carnival day]"Saya nak semua cikgu pastikan pelajar-pelajar tidak melakukan perkara yang berbahaya atau melakukan benda yang dilarang. Sambil memerhatikan mereka, cikgu-cikgu semua boleh turut berseronok bersama-sama murid-murid. Itu sahaja dari saya."
Selepas Pengetua Lee keluar dari bilik mesyuarat, semua cikgu pun bersurai menjalankan tugas masing-masing.
Aku dan Sunwoo ditugaskan bersama untuk buat rondaan.
"Hyebin. Pakai ni" kata Sunwoo sambil hulur cekak rambut berbentuk telinga harimau kepadaku.
"Apa ni? Tak nak pakailah"
"Pakailah. Semua cikgu kena pakai"
"Sejak bila ada arahan cikgu perlu pakai benda tu?"
Memang taklah aku nak pakai. Watak aku dekat sekolah ni sebagai cikgu yang garang.
Kalau aku pakai benda tu memang kena bahan dengan pelajar lah.
"Saem Kim yang suruh. Pelajar-pelajar pun pakai kostum mereka. Jadi kita kena turut serta untuk memeriahkan karnival ni. Paling tidak pakai cekak rambut ni" ujarnya.
Aku pandang cekak rambut tu dengan hati yang berat.
Sunwoo terus hulurkan pada aku dengan senyuman.
Aku mengeluh berat lalu pakai cekak rambut tu.
"Gwiyowo" gumam Sunwoo.
Walaupun suaranya perlahan tapi aku masih dengar.
Hanya 1 perkataan tu membuatkan jantung aku berdegup dengan laju.
"Hyebin. Pilihkan untuk saya" kata Sunwoo sambil menunjuk beberapa jenis cekak rambut telinga haiwan.
Aku melihat cekak rambut itu satu demi satu.
Selepas melihat semua cekak rambut tu, cekak rambut telinga raccoon menarik perhatian aku.
"Ni" aku tunjuk cekak rambut pilihan aku itu padanya.
Tanpa menolak, Sunwoo terus pakai cekak rambut tu.
Aku...
Tidak dapat henti memandangnya yang memakai celak rambut itu.
Dia nampak...
Comel.
Lamunanku terhenti apabila telefon aku berbunyi.
Nama Hyunjae terpapar di skrin telefon aku.
Dah kenapa dia telefon aku ni.
"Sunwoo" panggilku.
"Ye?"
"Awak pergi dulu. Saya ada hal sikit." Kataku sambil sembunyikan telefonku di belakang aku.
"Baiklah. Kalau awak nak cari saya, saya ada dekat padang"
"Okey"
Selepas Sunwoo pergi, aku kembali memandang skrin telefon aku.
Video call?
Dah bosan telefon nak video call pulak ke.
Malas nak biarkan lama-lama, aku terus angkat video call tu.
"Kenapa tiba-tiba video call ni?" Soalku menyampah.
"Hari ni kan sekolah awak ada buat karnival, jadi saya nak tengoklah-- eh! Hyebin! Apa dekat atas kepala awak tu? Ahahaha comellahhh"
Aku baru perasan yang aku pakai cekak rambut tu.
Aku cepat tutup-tutup kamera.
"Alaaa saya nak tengoklah. Paling tidak bagi saya Screenshoot. Ahahahahaha"