🏫☀️
Aku datang ke sekolah dengan keadaan yang lemah.
Bahu aku sakit...kaki aku sakit...mengantuk...
Haa...
Apa dah jadi pada aku ni...
Sebaik sahaja aku masuk pejabat, aku terus nampak Sunwoo yang sedang memegang kepalanya.
Sudah tentu dia akan sakit kepala. Tengoklah semalam betapa mabuknya dia walaupun minum sikit.
Aku senyap-senyap menyelinap pergi ke tempat aku.
Aku tak nak Sunwoo nampak aku.
Cukuplah aku merana malam tadi teringatkan kejadian itu.
Haa...
Kenapa mesti aku yang kena tanggungnya.
Baru sahaja aku nak mendaratkan punggungku di atas kerusi, tiba-tiba--
"Hyebin" tegur Heedo.
Anak mataku dengan Sunwoo bertembung.
Alamak!
"Hyebin, malam tadi kau--"
Aku cepat-cepat tutup mulutnya.
Heedo pandang aku pelik.
Aku sempat menjeling ke arah Sunwoo yang masih memandang aku.
"J-Jangan cakap apa-apa pasal malam tadi" kataku perlahan.
Heedo mengalihkan tanganku dari mulut nya.
"Kenapa pulak? Aku cuma nak tanya je kau selamat sampai rumah ke?"
"Ah..."
"Kenapa kau tak nak cakap pasal malam tadi? Owh sebab Sunwoo minta maaf dengan kau--"
Sekali lagi aku tutup mulutnya.
"Jagan cakap apa-apa pasal malam tadi. Pleaseeee" Rayuku.
Heedo pandang aku bingung lalu pandang Sunwoo yang duduk di tempatnya.
Tidak lama itu dia menganggukan kepalanya.
Sebaik sahaja aku alihkan tangan aku dari mulutnya...
"Sunwoo, semalam Hyebin yang bawa kau balik--"
"Yah! Shhhh--" aku terjerit kecil lalu letak jari telunjukku di bibirnya tanda diam.
Aku pandang Sunwoo yang berjalan ke arah kami.
Haish!
Aku ambil handbag aku lalu lari keluar dari pejabat tu.
Tolonglah jangan buatkan aku asyik teringat kejadian tu.
•••
[Padang]
Aku berjalan di tepi padang selepas balik dari bilik sukan.
Buk!⚽💥
"Argh!"
Kurang ajar!
Siapa sepak bola sampai kena kepala aku ni?!
Ingat aku tiang gol ke!
Dahlah bahu dengan kaki aku masih sakit. Tambah lagi dengan kepala.
Aku bercekak pinggang lalu pandang ke arah tengah padang.
Niat aku untuk marah terbantut selepas ternampak Sunwoo di tengah-tengah padang itu.
"Maafkan saya! Saya tak sengaja!" Jerit Sunwoo dari tengah padang.
Lah dia ke yang tendang?!
Kenapa mesti dia?!
Sunwoo berlari ke arah aku.
Alamak tak payahlah datang ke arah aku!
Huahhhh
Sebelum sunwoo sampai, aku melarikan diri terlebih dahulu.
Tolonglah aku tak nak bercakap dengan dia.
•••
Aku pergi ke pejabat semula kerana aku lupa ambik telefon aku.
Patutlah rasa macam ada benda tak cukup je.
Keadaan di pejabat sangat sunyi. Semua guru dah pulang kecuali aku.
Aku sebenarnya dah trauma berada di sekolah waktu malam.
Disebabkan itu aku perlu ambil telefon aku cepat lepas tu balik.
Tak nak lagi terlibat benda berbahaya ni.
Aku terus capai telefon aku lalu terus jalan keluar dari peja--
Aku tersentak.
Aku terkejut melihat Sunwoo berdiri di depan pintu pejabat sambil pandang aku dengan pandangan serious.
Aku...
Takut.
Dia menutup pintu pejabat lalu berjalan mendekati aku.
Kami saling membalas tatapan.
"Awak nak apa?" Soalku.
"Malam tadi. Apa yang terjadi?"
Aku dah gelabah apabila dia sebut pasal malam tadi.
"Awak tak ingat?" Soalku sambil mengawal riak wajahku.
"Tak"
"Baguslah kalau awak tak ingat. Saya nak ba--"
"Jakkaman"
"Awak nak cakap apa lagi?" Soalku mula rasa rimas.
"Betul tak ada apa-apa yang berlaku malam tadi?" Soalnya lagi sekali.
Aku merenung matanya...
"Tak" kataku dan berlalu pergi.
•••
[1 week later]
Aku mengheret bagasi baju aku ke kawasan sekolah.
Baru-baru ini Penerbangan ke Pulau Jeju memberi tawaran diskaun 40% khas untuk pelajar. Jadi pihak sekolah mengambil kesempatan itu untuk mengadakan percutian bagi pelajar tahun akhir sebelum mereka menghadapi exam akhir.
Aku salah seorang guru yang akan mengawal dan menjaga mereka sepanjang percutian ini.
"Hyebin, bas akan sampai tidak lama lagi. Pn. Shin minta kita kumpulkan pelajar dekat padang" beritahu Yura.
"Okey baik" tanpa membuang masa, aku terus terima arahan Yura.
Nak bercuti kot. Jangan berlengah-lengah.
Aku dan Yura pandang pelajar yang sedang buat hal mereka sendiri.
Tahulah kalau pelajar dapat pergi rombongan bercuti ni.
"Semua pelajar sila beratur~" aku menggeleng kepala melihat cara Yura panggil mereka.
Itu bukan caranya.
Aku bercekak pinggang lalu berdiri di tengah-tengah padang.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu melepaskannya bersama dengan suara lantang ku.
"SEMUA PELAJAR SILA BERKUM-- uhuk!" Tersedar aku apabila bertembung mata dengan Sunwoo.
Muka aku membahang menahan malu.
"Ehem. Semua pelajar sila beratur kalau tak nak kena tinggal" kataku perlahan lalu beredar dari situ.
TBC