Semua orang memandang ke arah saem Ko seungtak dengan wajah teruja.
Aku...masih tak percaya selepas dengar apa yang dikatakan oleh mereka.
Seriouslah dia pindah ke sekolah kita???
Woahh
Aku tak boleh imagine kalau dia pindah sekolah sini. Lagi-lagi sama kelas dengan dia.
Pasti kehadiran dia membuatkan suasana di sekolah ni nampak ceria. Lebih-lebih lagi bagi kaum lelaki.
Mereka pasti tidak henti-henti memandang dia.
"Saya dah tak tahan dengan pandangan awak semua, jadi pelajar baru boleh masuk."
Kami semua memandang ke arah pintu kelas.
Seorang yeoja melangkah masuk ke dalam kelas kami dengan aura yang kuat.
Kemunculan dia membuatkan suasana kelas kami bersinar-sinar.
"Annyeonghasaeyo, Ha Eun imnida"
•••
(1 week later)
⚽⚽⚽"Tinggal 1 minit lagi sebelum masa tamat. Markah semasa 1:1. Pasukan manakah yang akan menjuarai pada tahun ini?! Oh! Kim Sunwoo dari pasukan hijau membawa bola laju ke arah palang gol pihak lawan! Dia pass bola pada Eric! Adakah Eric dapat menjaringkan gol pada saat akhir ini?! Tendangan dari Eric! GOLLLLLLLL"
pit! pit! pit!
"Tiupan wisel dari pengadil. Masa telah tamat! Ini bermakna pasukan dari sekolah Sunhyo MENANG!!!"
•••
Aku terus berlari dan memeluk Sunwoo.
"Chukahae!" Ucapku.
"Gomawo~"
Sunwoo melihat sekeliling lalu bawa aku ke tempat tiada orang.
"Memandangkan saya menang, saya nak hadiah dari awak" ujarnya dengan senyuman teruja.
"Hadiah? Maaf saya tak sediakan apa-apa dekat awak"
"Jadi awak anggap pasukan kita tak akan menang ke? Sebab tu awak tak sediakan hadiah? Sampai hati awak"
"Bukan macam tu. Saya tak terfikir pun nak bawa hadiah sebab saya terlalu teruja dengan perlahwanan ni. Maaf..."
Sunwoo mencebik.
Dia ni kadang-kadang perangai macam budak kecik.
Aku perlu cari hadiah juga. Kalau tidak sampai ke esoklah dia muncung macam tu.
Hadiah apa yang mudah dapat dekat sini eh...
Sekejap.
Kenapa aku fikir benda tu??
Macam mana aku boleh terfikir benda tu??
Patut ke aku bagi hadiah tu??
Woah aku tak percaya dengan diri aku sendiri.
Aku pandang Sunwoo yang masih muncungkan mulutnya.
Betul ke ni hadiah yang terbaik??
Ah! Lantaklah!
Aku berdiri rapat dengan Sunwoo.
Sunwoo pandang aku pelik.
Aku merenung wajahnya.