🍒08🍒

107 28 3
                                    

"Saya nak tanya awak sesuatu"

"Awak nak tanya saya apa?"

"Kenapa awak nak saya jadi Yeochin awak?" Soalku serious.

"Sebab saya cintakan awak" ujarnya tanpa teragak-agak.

Aku sedikit terkejut kerana dia terus jawab persoalanku.

"Kenapa awak cintakan saya?" Soalku lagi kerana aku tidak puas hati dengan jawapan dia sebelum ini.

Memang dia cakap dia cintakan aku, tapi aku tak yakin kalau kata-kata yang dia luahkan itu betul atau cuma ingin mempermainkan aku.

"Saya perlu ada sebab ke untuk cintakan awak?" Soalnya balik.

Aku terkedu.

"Kalau awak nak sangat dengar jawapan saya, jawapan saya ialah awak. Saya cintakan awak sebab awak. Hanya awak" ujarnya.

Melihat wajahnya yang serious membuatkan pandangan aku pada dia berubah.

Dia betul-betul maksudkannya ke?

💡

Lampu di seluruh bangunan menyala.

Sekolah menjadi terang semula.

"Kajja" ujar Sunwoo lalu tarik aku sekali menunju ke kelas.

•••

🌙

Aku pulang ke rumah dengan ditemani oleh Gaeul.

Nasib laluan rumah kami sama cuma rumah aku jauh sikitlah.

"Waktu kelas tambahan tadi, kau asyik termenung je. Kau tengah fikirkan apa? Kau ada masalah ke?" Soal Gaeul.

Aku tak perasan yang aku banyak termenung tadi.

Aku sebenarnya banyak fikirkan apa yang dikatakan oleh Sunwoo tadi.

Aku tidak tahu kenapa aku masih ragu-ragu dengannya.

"Ha! Termenung lagi. Hyebin telefon kau bunyi tu" kata Gaeul sambil memukul lengan aku.

Aku tersedar lalu memandang ke arah skrin telefon aku.

Nama Sunwoo terpapar di atas skrin telefon aku.

Aku terus sembunyikan telefon aku lalu pandang Gaeul berharap dia tak nampak.

Gaeul pandang aku pelik.

"Kenapa tak jawab?" Soalnya tertanya-tanya.

Aku berbelah bahagi untuk menjawabnya.

"Jawab je lah." Ujar Gaeul yang semakin rimas dengan bunyi telefon aku.

Aku dengan berhati-hati mengangkat panggilan itu dan memastikan Gaeul tak nampak nama Sunwoo.

"Yobosaeyo?"

"Yobosaeyo. Hyebin awak masih dalam perjalanan ke rumah?"

"Nae. Kenapa?"

Aku sekali sekala memandang Gaeul memastikan dia tidak cuba curi dengar perbualan kami.

"Tak ada apa. Saya cuma nak pastikan awak selamat"

Okey...

Aku rasa sedikit tersentuh.

"Awak balik dengan Gaeul kan?"

"Nae"

"Baguslah macam tu. Hati-hati jalan tu. Jangan dekat dengan orang yang pelik. Jangan jalan dekat tempat gelap. Kalau ada orang ikut atau cuba kacau awak, awak pergi je ke balai polis kalau ada atau pergi ke kedai yang masih buka. Okey?"

MY BERRY🍒|| SUNWOO TBZWhere stories live. Discover now