🌙
[2:46 a.m]Aku tak dapat tidur.
Perasaan aku yang kucar kacir menganggu fikiran aku.
Untuk mengelak menganggu Yura yang sedang lena tidur, aku ambil keputusan untuk keluar.
Aku duduk di bangku luar kem.
Aku cuba menelefon Hyunjae. Mana tahu dia masih belum tidur lagi waktu ini.
Tut tut~
Tut tut~
Tut tut~
Tut tut~
Tut tut~
Dia dah tidur lah ni. Kalau tak dia pasti dah angkat panggilan aku.
"Yobosaeyo?"
Mataku membulat terkejut apabila Hyunjae menjawab panggilan aku.
"Hyunjae awak masih tak tidur?"
"Belum. Saya tengah menanda kertas ujian pelajar saya. Kenapa awak call saya? Ada apa-apa masalah ke?"
"Ermm...saya nak luahkan perasaan saya pada awak..."
Mendengar suara Hyunjae tadi je dah buatkan aku sebak. Dia je yang aku ada sekarang ni.
"Wae? Ada apa-apa yang terjadi ke?"
"Hyunjae, saya- *hiks*" air mataku mula mengalir.
"Awak menangis? Gwenchana? Awak perlukan pertolongan saya? Nak saya pergi ke sana?"
"Hyunjae, saya rindukan hubungan saya dengan Sunwoo..."
Hyunjae terdiam.
"Hyunjae, saya tak dapat tipu diri saya lagi. Saya tak boleh menahan perasaan ini lagi. Hyunjae ottokae. Apa perlu saya buat. Kedatangan dia dalam hidup saya memberi impak yang sangat besar"
Aku mendengar keluhan berat dari Hyunjae melalui panggilan itu.
"Apa yang Sunwoo dah buat pada awak sampai awak nak kembali pada dia? Awak dah lupa apa yang dia lakukan dulu?"
"*hiks* saya tahu...tapi saya dah tak kisah semua tu. Bukan ke benda yang dah berlalu, biar berlalu. Kita perlu memikirkan masa depan kita."
"Jadi...awak nak kembali pada Sunwoo?"
Aku terdiam seketika.
"Nae. Saya nak kembali pada dia"
"Awak pasti awak akan kembali gembira lepas bersama dia?"
Sekali lagi aku terdiam.
Tidak lama itu aku ternampak seseorang muncul di depan aku.
Sunwoo.
Dia tiba-tiba melutut di depan aku.
"Hyebin..." Sebut Sunwoo sambil memandang tanah.
"Sunwoo ke tu?" Soal Hyunjae yang terdengar suara Sunwoo dari sebalik panggilan itu.
"Hyunjae. Nanti saya telefon balik" kataku lalu terus menamatkan panggilan itu.
Aku fokus pada Sunwoo yang berlutut di depan aku sekarang ini.
"Hyebin...mari kita cuba semula"
"Cuba apa?"
"Mengembalikan hubungan kita yang dulu."
"Sunwoo...saya akan jujur dengan awak. Saya...masih ada perasaan pada awak. Tapi saya tak pasti jika hubungan kita akan bertambah baik jika kita kembali bersama. Ianya macam botol kaca yang pecah di cantumkan semula. Walaupun dah dicantumkan, ia tetap ada bekas retak dia. Tak nampak cantik untuk melihatnya."
"Saya tahu...tapi kalau botol dihiasi, pasti akan kelihatan cantik semula. Kita boleh perbaiki semula hubungan kita."
Aku memandang tanah memikir apa yang dikatakan oleh Sunwoo tu.
Ting!
Aku pandang skrin telefon aku.
Ada Masej dari Hyunjae."Kalau itu yang awak nak kan, awak jangan lepaskan. Saya tak nak awak menyesal kemudian. Awak buat lah apa yang boleh mengembirakan diri awak. Saya tak nak melihat awak merana seperti dulu. Walau apapun yang terjadi, awak ingatlah yang saya sentiasa ada untuk awak"
Semakin mendalam aku memikirkannya selepas Hyunjae berkata begitu.
Aku pandang Sunwoo.
"Sunwoo, peluk saya" kataku.
Sunwoo mengangkat wajahnya memandang aku keliru.
"Peluk saya" kataku lagi.
Sunwoo masih keliru.
"Peluk saya..." Ulangku dengan air mata yang mengalir.
Dalam keadaan keliru, Sunwoo bangun dan perlahan-lahan mendekati aku.
Apabila dia berada di hadapan aku, dia teragak-agak untuk memeluk aku.
"Peluk saya kalau awak nak kembalikan hubungan kita"
Dengar sahaja apa yang aku katakan, dia terus memeluk aku dengan erat.
Sudah lama aku tak merasa pelukan hangat ini...
"Sunwoo...saya akan bantu awak untuk menghiasi botol kaca itu sehingga kelihatan cantik. Bukan-- saya nak botol tu bertahan dari pecah semula walaupun di campak dari bangunan tingkat 69."
-THE END-
Akhirnya dapat juga tamatkan fanfic ni walaupun ending nya agak...Emm...
Btw, thanks sangat² sebab sudi baca sampai akhir.
Jumpa lagi di fanfic yang seterusnya♥️♥️♥️
Nantikan comeback THE BOYZ juga😊📢♥️
#whisperSTART: 06/12/2021
END: 15/08/2022