🏥
"Maafkan kami kerana tersilap. Kami tak sangka dia akan mengalami Amnesia atau dikenali sebagai hilang ingatan. Kami tak sangka kecederaan kepalanya itu memberi kesan yang besar. Pada mulanya, kami tidak menyangka Hyebin akan mengalami amnesia kerana kecederaan di kepalanya tidak begitu teruk. Tuan dan Puan jangan risau. Amnesia dia tidak begitu teruk kerana dia cuma alami cedera kecil di kepala. Jika Tuan dan Puan bantu dia atau beri dia berehat yang secukupnya, kemungkinan ingatannya kembali. Maafkan kami sekali lagi kerana cuai dengan pemeriksaan terhadap Hyebin"
"Tidak mengapa. Saya dah bersyukur Hyebin Salma kepadanya yang baik. Terima kasih ye dokter"
Selepas dokter berjalan keluar dari bilik ku, Omma dan appaku datang dekat mendekati aku yang duduk di atas katil.
"Hyebin masih kenal appa dengan Omma kan?" Soal Ommaku risau.
"Nae"
"Syukurlah"
Aku rasa bersalah kerana menipu Omma dan appaku.
Begitu juga dengan dokter tadi.
Aku betul-betul rasa bersalah dengan mereka.
Aku terpaksa buat begini untuk jauhi dari dia.
Aku tahu aku pentingkan diri sendiri.
Tapi aku tak boleh.
Cuma ini sahaja jalan terbaik untuk aku dan dia.
"Hyebin, betul ke kamu tak kenal kawan kamu tadi? Yang lelaki tu?" Soal appaku.
"Tak. Hyebin tak kenal"
"Kesiannya dia. Dia pasti kecewa. Takpe, kamu pasti ingat dia selepas ingatan kami pulih nanti. Ouh ye, Dia ada beri kek untuk kamu. Dia sedih sebab tak sempat beri kek ni pada kamu semalam."
Aku mengangguk kecil tanda faham.
Aku pandang kotak kek yang berada di meja sebelah katil ku.
Sunwoo
Mianhae...
•••
🏫☀️
Selepas 1 minggu aku berehat, akhirnya aku kembali ke sekolah.
Aku mengikut Saem Ko ke kelas.
Tiba sahaja di kelas, semua orang memandang aku.
Aku juga nampak Sunwoo memandang aku.
Aku cuba sedaya upaya untuk tidak bertentangan mata dengannya dan terus buat seperti tidak mengenalinya.
"Hari ni Hyebin kembali ke sekolah selepas berehat seketika. Saya harap kamu beri kerjasama. Tolong jangan beri tekanan kepada dia. Hyebin, kalau awak rasa tak sihat terus pergi ke bilik rawatan atau awak boleh terus jumpa saya. Kamu yang lain tolong jagakan Hyebin. Hyebin boleh duduk di tempat awak"
"Nae. Kamsahamnida"
Semua orang memandang aku seperti aku sedang berjalan di atas karpet merah.
"Hyebin, gwenchana? Kau masih ingat a--"
Aku meletakkan jari telunjukku di bibirku tanda diam.
Gaeul terdiam seketika lalu menganggukan kepalanya tanda faham.
Aku curi-curi pandang Sunwoo yang letakkan kepalanya di atas meja.
Dia kelihatan sangat murung hari ni.
•••
Aku dan Gaeul lepak di tempat biasa kami iaitu di taman sekolah.
"Jadi macam mana keadaan kau sekarang ni? Kau dah okey? Kau...masih ingat aku lagi kan?"