February, 2010
"....majorities do not decide what is right or wrong. Your conscience does."
Jung Romeo menutup buku catatan tersebut setelah mengakhiri tulisan jurnalnya pada hari ke -12 itu dengan petikan dari filem The Debaters. Antara beberapa filem yang di gemarinya.
Bersama helaan nafas kelelahan, dia meleraikan ikatan tali leher bewarna maroon sebelum menyandarkan tubuhnya ke kerusi kayu, membuang pandangan ke luar cermin tingkap, tenggelam ke dalam kelabunya awan pada petang Khamis itu.
Kebelakangan ini, cuaca tidak begitu bersahabat. Entah apa yang dimarahkan tuhan dilangit, sehingga menghantar petir dan guruh yang saling berdentum. Tetapi itu seakan tidak menjadi masalah buat pemuda itu kerana betapa dia menyukai hari hujan yang selalu terkait dengan kisah-kisah sedih. Bau-bauan langit yang menebar di udara ketika beberapa titis hujan yang pertama membasahi bumi itu cukup mengkhayalkannya.
Kebelakangan ini juga, fikirannya selalu kacau. Mengutuk nasib yang tidak menyebelahi sejak beberapa minggu lalu. Terkadang menyesali tindakan-tindakan heroic yang dilakukannya yang membuat dia harus berakhir seperti sekarang. Lalu di sinilah dia menghabiskan masanya, di tingkat 5 perpustakaan sekolah yang tidak sering dikunjungi sesiapa. Ditemani bau-bauan kepam dari buku-buku tebal yang tersusun rapi, rasa dingin dari penyaman udara dan tentunya kepulan awan di langit yang menggebu seperti gula kapas.
Romeo mengeluh.
Hanya saja jika waktu itu dia tidak menurut ajakan Jimin. Hanya saja jika waktu itu dia berputus asa untuk menenangkan Taehyung yang tak ubah seperti manusia yang kerasukkan iblis dan membiarkan lelaki itu memukul separuh mati mangsanya. Dan yang paling penting, hanya saja jika waktu itu dia tidak memiliki sifat ihsan untuk menanggung kesalahan yang tidak dilakukannya, Romeo amat pasti yang dia tidak akan tercampak dalam keadaan yang melemaskan seperti sekarang.
Otaknya mencongak segala tindakan bodoh yang pernah diambilnya kerana seorang lelaki sialan bernama Kim Taehyung itu.
Tetapi kita semua tahu, tak kira berapa banyak peluang diberikan kepadanya untuk membetulkan keadaan, Romeo masih akan tetap membuat pilihan yang sama, melindungi sosok iblis seperti Taehyung. Salahkan semesta yang menghadirkan rasa kasih dan sayang yang cukup besar di dalam hatinya buat lelaki yang lebih muda setahun darinya itu. Romeo tidak akan sanggup membiarkan Taehyungnya jatuh ke bahagian dunia yang penuh derita. Lelaki itu sudah terlalu banyak menyimpan duka. Walaupun itu bermakna, dia yang harus menanggung akibatnya atas setiap tingkah laku Taehyung yang tidak masuk akal.
Bunyi getaran telefonnya yang dibiarkan dalam mode silent, memecahkan lamunan Romeo. Sangkanya itu hanyalah pesanan-pesanan ringkas dari gadis-gadis yang merindui kehadirannya, kata-kata manis dan kenakalannya. Pesanan-pesanan yang sekian lama diabaikan. Namun apabila dicapainya telefon tersebut, ternyata itu adalah panggilan telefon dari Seokjin. Romeo mengerutkan dahinya. Tidak biasanya seorang Seokjin yang menghambakan dirinya dengan segala jenis permaianan video mensia-siakan waktunya hanya untuk menghubungi temannya itu.
"Di mana kau Jung?"
"Perpustakaan. Tak biasanya kau menelefon aku Jin. Apa yang kau mahu?"
Dari balik telefon, Romeo dapat mendengar dengusan kasar Seokjin. Seperti saat ini dia telah melakukan sebuah kesalahan fatal.
"Baiklah. Sepertinya kau lebih memilih untuk menghabiskan waktu kau dengan jalang-jalang murahan di perpustakaan berbanding ke studio untuk latihan kelab kita?" Kata-kata sinis yang dilemparkan Jin membuatkan Romeo berdecih kesal. Jam dipergelangan tangan kirinya ditatap.
Shit!
Lelaki itu menyumpah di dalam hati. Dia sudah terlewat 10 minit untuk menghadiri perjumpaan kelab. Walau bagaimanapun Romeo tidak akan segera menuju ke studio yang letaknya jauh di bahagian belakang sekolah memandangkan dia harus bertemu dengan Encik Zulfakar terlebih dahulu, guru kaunseling yang akan menyemak penulisan jurnalnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/293727220-288-k679133.jpg)
YOU ARE READING
Selamat Malam Kekasih
FanfictionObsesi Jung Romeo untuk mencari Julietnya dan menulis semula penamat bagi kisah cinta agung itu menjadikannya seorang lelaki pematah hati paling hebat di sekolah Lalisa Miranda tidak berhasrat untuk hidup lebih lama dalam keadaan yang penuh kesepian...