Temui aku di Studio seni, jam 3 petang, pada hari pertama kejohanan basket bermula. Mari selesaikan perjanjian kita- Romeo
Kepingan kertas itu akhirnya dironyok sekuat hati sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Bait-bait kata yang tertulis ringkas di atas kepingan kertas kecil itu telahpun terpateri kemas di benaknya. Tanpa paksaan. Entah mengapa dia melakukan itu? Memperlakukan kertas yang sepatutnya tidak membawa apa-apa makna itu layaknya sepucuk surat dari kekasih yang dirindukan setelah sekian lama tidak bersua. Membaca isinya berulang kali seperti sebuah puisi cinta yang manis. Sedang hakikatnya isi surat itu tidak lain hanyalah bertujuan untuk menginjak harga dirinya. Harga diri yang tidak pernah Miranda miliki sepanjang 17 tahun hidupnya.
Helaan nafasnya terdengar sesak dan cukup melelahkan. Hayunan kakinya dengan berat diatur, menaiki satu persatu anak tangga menuju ke studio seni. Semuanya akan berakhir. Itulah yang ditanamkan di dalam fikirannya. Miranda hanya perlu bertahan untuk beberapa jam seterusnya bersama dengan si jahanam itu lalu semuanya pasti akan berakhir. Dan kalau takdir mengkehendakkan yang lain, dia tidak akan tinggal diam, sekadar untuk menerima.
Dia mahu seperti dulu. Hidup dalam dunianya sendiri. Meski kesepian itu kadang kala membunuh, bukankah itu lebih baik dari mata-mata yang melihatnya dengan penuh penghakiman. Atau bisikkan kata-kata hinaan yang menyayat jiwanya. Ah sialnya si Jung itu dengan angkaranya.
.
.
.
.
.
.
Apa kau pernah mendengar? Bahawa manusia adalah mahkluk lemah yang selalu terperdaya. Terpedaya dengan rancangan yang dianggap sempurna sedang dalam pada masa yang sama, semesta dengan bermurah hati menuliskan sebuah cerita yang lain. Pemuda Jung itu walau sentiasa tertakdir dengan nasib yang baik, tidak akan selalu mendapatkan apa yang dimahukan.Bukankah, seharusnya lelaki pematah hati paling agung di sekolah itu dengan mudah menundukkan lawannya. Menggoda dengan tubuh telanjangnya, membuai dengan cumbuan yang menghanyutkan. Membuatkan Miranda jatuh tersungkur, seperti mana bekas-bekas kekasihnya yang dulu yang dengan rela hati menyerahkan segalanya kepada jejaka Jung itu. Sebelum dengan kurang ajarnya dia menamatkan segala rasa yang tumbuh secara sepihak antara mereka.
Begitulah seharusnya sebelum dengan pengecutnya, Romeo berundur dari perjanjian yang dibuatnya sendiri. Tatkala dia melihat wajah si gadis yang cantik terhias dengan mata bundar dan bibir penuhnya. Sorot mata sendu dan kelam yang menciptakan sejuta misteri, membuatkan Romeo ingin terus menatapnya, mencuba untuk mengerti tentang sesuatu yang cukup asing yang sedang bercambah di dalam hatinya.
Petang itu, yang sepatutnya berlalu dengan penuh berahi, atas nama sebuah seni, berakhir dengan rasa sepi yang anehnya tidak sedikitpun melemaskan. Perbualan-perbualan random yang terjadi, tentang kehidupan masa lalu dan harapan-harapan yang menuntut pengertian. Antara mereka, sudah tentu si Romeolah yang lebih bersikap terbuka. Bercerita tentang isi hatinya. Sementara Miranda? Sekadar meminjamkan telinganya, mendengar cerita-cerita hebat lelaki itu sambil tangannya tanpa henti melakarkan visual paling sempurna yang pernah dilihatnya, si Jung Romeo itu. Dan tidak seinci pun Miranda lewatkan ketika dia mengabadikan wajah itu di kertas lukisannya. Tidak mahu terbit penyesalan dikemudian hari. Entah hari esok, apa lelaki yang menjadi pujaan setiap gadis di sekolah itu akan tetap mengingatinya, dan detik-detik nyaman yang mereka lalui bersama ini?
Hinggalah langit jingga mula berlabuh. Dan mengertilah mereka, bahawa telah sampai waktunya untuk pulang ke takdir yang telah ditentukan.
"Kita akan berjumpa lagi?"
Romeo tahu. Semuanya akan berakhir, apabila mereka melangkah keluar dari studio seni itu. Hanya saja dia ingin egois untuk kali ini. Meminta agar pertemuan ini tidak menjadi yang terakhir buat mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/293727220-288-k679133.jpg)
YOU ARE READING
Selamat Malam Kekasih
FanficObsesi Jung Romeo untuk mencari Julietnya dan menulis semula penamat bagi kisah cinta agung itu menjadikannya seorang lelaki pematah hati paling hebat di sekolah Lalisa Miranda tidak berhasrat untuk hidup lebih lama dalam keadaan yang penuh kesepian...